yaqut hulaif
The official blog of Furqan Rezqi
Pages
Tuesday, April 27, 2010
PERINGATAN BUAT SEMUA..KISAH BENAR !!
HARIAN METRO,AHAD 4 OKT 2009
KUALA LUMPUR: Di siang hari, penampilan
mereka bak muslimah sejati tetapi apabila tirai malam dibuka, hilang
segala tudung, baju kurung atau jubah yang dipakai dan perwatakan
mereka juga bertukar 100 peratus.
Ada yang ‘kemaruk’ berhibur di disko atau karaoke dan lebih
mengejutkan, ada juga yang ‘lemas’ di pangkuan lelaki yang jauh lebih
berusia tetapi berpoket tebal.
Itu tembelang segelintir ‘siswi alim kucing’ yang hanyut dengan gaya
hidup kota metropolitan selepas bebas daripada pemantauan ibu bapa
berikutan berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi
(IPT).
Pendedahan itu dibuat seorang kontraktor berusia pertengahan 40-an yang
hampir dua tahun mengadakan hubungan sulit dengan seorang siswi.
Kontraktor itu mendakwa siswi ‘belaannya’ bukan saja kemaruk berhibur
tetapi benar-benar mata duitan kerana sentiasa meminta wang setiap kali
berjumpa.
“Jika keluar dengan mereka, asyik minta wang saja, kononnya nak bayar
sewa rumahlah, beli bukulah, walhal pergi joli dengan kawan.
“Jika diajak menginap di hotel, lagi banyak jumlah diminta,” kata kontraktor itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abidin.
Abidin menamakan siswi yang menjadi temannya sebagai Gina, berusia 20 tahun dan berasal dari selatan Semenanjung.
“Saya mengenalinya (Gina) menerusi seorang rakan yang menuntut di IPT
sama dengan Gina. Ketika mula berkenalan, saya sangka dia budak baik
sebab bertudung dan berbaju kurung, tetapi apabila berjumpanya pada
waktu malam, saya terkejut lihat penampilannya.
“Habis hilang semua tudung dan baju kurung. Wajahnya penuh solekan, kuku dicat dan pakaian ketat habis!” katanya.
Abidin berkata, siswi itu kemudian meminta supaya dibawa jauh dari
kawasan kediaman dan tempat pengajiannya kerana bimbang dilihat rakan
atau pensyarah.
“Gina beritahu, hanya rakan terdekat tahu siapa dirinya yang sebenar.
Di tempat pengajian, dia menyembunyikan tembelangnya dengan penampilan
bak muslimah sejati. Malah, Gina beritahu dia mengehadkan pergaulan
dengan rakan lelaki kerana bimbang disalah tafsir oleh rakan,” katanya.
Kali pertama Abdin berjumpa Gina ketika pergi makan, tetapi untuk kali
kedua Gina tidak mahu pulang awal, sebaliknya mahu ke pusat karaoke.
“Rupa-rupanya ‘ligat’ siswi itu. Bukan saja berkaraoke, disko pun dia
layan juga. Pada mulanya saya sekadar membelanja, tetapi lama kelamaan
dia asyik minta wang dan kerap ajak saya membeli-belah,” katanya.
Abidin berkata, apabila asyik mengeluarkan wang, dia mahu mempergunakan
‘sepenuhnya’ siswa itu dan mempelawanya bermalam di hotel bersamanya.
“Tak susah rupanya (bawa Gina ke bilik hotel). Asalkan saya beri jumlah
wang diminta, dia rela. Rupa-rupanya Gina bukan budak baik, ‘alim
kucing’ saja,” katanya.
Sepanjang hubungan mereka, kata kontraktor berkenaan, Gina turut menjalin hubungan sulit dengan rakannya.
“Apabila saya tanya dia tidak mengaku, tetapi dia tidak tahu rakan saya
sudah cerita semuanya kepada saya. Rakan saya juga kontraktor. Asalkan
boleh berhibur dan dapat wang, Gina terima saja,” katanya.
Abidin berkata, dia turut berkenalan dengan rakan Gina yang juga
berperwatakan ‘alim kucing’. Rakan Gina itu pun saya ‘pakai’ (tiduri)
juga, tetapi tak mampu mengawalnya. Asyik ajak saya ke disko saja.
“Rakan Gina memang lebih ‘ligat’. Hisap rokok, minum arak dan layan pil khayal,” katanya.
Bagi membuktikan dakwaannya, Abidin mempelawa wartawan Metro Ahad
menemui Gina dan sepanjang pertemuan, perwatakan Gina sememangnya
seperti didakwa Abidin.
Gina yang bermekap tebal dan berpakaian ketat mengakui bertudung untuk
ke kelas dan bijak menyembunyikan tembelangnya. Malah ketika dibawa
keluar, dia mahu bertemu di lokasi yang jauh dari tempat pengajiannya.
“Bukan apa bang, nanti kawan nampak, kecoh! Penampilan saya di kelas
bukan begini. Mereka (rakan) tak tahu saya ligat,” kata Gina.
Seperti didakwa Abidin, siswi itu memang mata duitan. Dia asyik meminta
wang daripada Abidin, minta dicarikan rumah sewa, malah turut meminta
dibelikan kereta.
Ketika berbual, Gina menyatakan ramai ‘siswi alim kucing’ sepertinya, malah lebih ligat daripadanya.
“Abang jangan ingat siang hari mereka pakai tudung, mereka memang
berpenampilan begitu. Siang pakai baju kurung dan jubah, tetapi malam
hari pakai seksi dan ketat, malah ada yang pakai skirt pendek.
“Ada yang hisap rokok, minum arak, makan pil khayal. Saya ini oklah
lagi sebab saya tak hisap rokok, tak minum arak dan ambil pil,” katanya
yang mengaku apa yang berlaku disebabkan pengaruh kawan.
“Bila dah berkawan dan jauh daripada ibu bapa, kita bebas buat apa
saja. Kawan keluar malam, kita ikut. Kawan cari teman, kita buat juga,”
katanya.
Malam itu, selepas menghantar Gina pulang, terbukti dia belum puas.
Gina rupa-rupanya tidak mahu pulang awal, tetapi mahu keluar lebih lama
bersama Abidin.
Apabila Abidin mempelawa Gina bermalam di hotel, Gina tidak kisah
asalkan diberi wang. Satu lagi syarat, pulang sebelum jam 11 pagi esok
kerana dia ada kuliah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment