yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Friday, February 20, 2015

About yaqut hulaif

Kenali yaqut hulaif

Saya empunya blog ini, diberi nama blog yaqut hulaif, kalau tidak silap saya buka blog ini pada tahun 2008, setelah seorang kawan yang bernama Shairazi memperkenalkan blog brohamzah dan penulisan Hilal Asyraf di langit ilahi.com ketika itu Hilal masih bersendiri menulis di laman tersebut.

Tercetus hati mahu bina blog sendiri kerana sememangnya minat menulis, minat berfikir, minat membuat ayat, minat memerhati, minat meneliti dan mentafsir segala minat tersebut kepada bentuk penulisan.

Memang terkadang penulisan di laman yaqut hulaif ini kadang tidak berterusan, terkadang ada dan terkadang tidak ada penulisan, ianya mengikut suasana dan keadaan hati saya.

Antara penampilan blog yaqut hulaif pada suatu masa dulu. Rindu?

Kenali Tuan

Nama, Mohamad Purkon bin Razak, mix Malaysia Thailand, berasal daripada Perlis negeri di hujung sempadan siam sana, Smk Agama Arau tempat beroleh tarbiyah pertama walaupun ianya hanyalah sekolah smka biasa tidak seperti madrasah lain yang sering terdengar dengan basah dan lumatnya tarbiyah mereka, walau bagaimanapun saya tetap mahu katakan Smk Agam Arau merupakan tarbiyah pertama saya, saya sedikit sebanyak telah dibentuk di sana.

Selesai di Smk Agama Arau Perlis, terus ke peringkat asasi Usuluddin di Kelantan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, dua tahun di sana merasa bau harum serambi Mekah dengan kerajaan Kelantan yang sering membuat majlis ilmu besar-besaran untuk rakyat.

Selesai asasi, ijazah pertama di Universiti Malaya Kuala Lumpur, Usuluddin dalam Akidah dan Pemikiran Islam, tiga tahun setengah mendalami bidang, sudah selesai, menunggu hari diberi skrol.


yaqut hulaif

Yaqut hulaif, tidak terlalu berkerut dahi mahu memikirkan namanya, boleh kalian sendiri mencari maksud namanya, bahasa arab. Terus kepada description blog ini, iaitu “jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya”, tercetus daripada nasyid Izzatul Islam, Sang Murabbi, kalian boleh dengar sendiri di youtube, kerana liriknya terdapat perkataan ‘jiwa-jiwa’ dan ‘redha’, mahukan redha.

Niat membina blog, utama dan pertama ialah kerana dakwah, setelah sedikit sebanyak disuntik semangat menulis hasil bacaan di blog brohamzah dan hilal asyraf, memang tidak disangkal mereka sedikit sebanyak memberi titik mula kepada saya, moga mereka ada saham pahala atas terbinanya blog ini juga.

Seawal di asasi mula menulis, istiqamah dua minggu sekali akan menulis artikel, artikel terhasil semestinya daripada pembacaan, pengalaman dan pengamatan, segala yang dipandang dimasukkan dan diniatkan adanya pengajaran, ibrah dan khibrah.

Genre yang ditulis agak bercampur aduk, kalian boleh teliti sendiri, jenis cinta, keluarga, iman, ilmu, sirah dan sebagainya, terserah kalian cenderung mahukan yang mana yang disuka.

Sejujurnya penulisan di laman ini atas perasaan atau ilham yang datang, atau rasa mahu menulis yang kadang datang dan pergi, apabila jari diletak di papan kekunci maka tergerak sendiri ayat dan perkataan yang terkeluar sendiri, semestinya penulisan saya ini kelihatan tidak tersusun seperti penulisan orang lain.


Pengalaman.

Pengalaman apabila blog ini pernah dikenali ramai, saya pernah ditegur oleh seseorang ketika menghadiri satu forum di fakulti lain, kedua terdapat cakap-cakap dari rakan kepada rakan, kakak kepada rakan dan sebagainya. Pernah dipelawa menyumbangkan artikel ke salah satu majalah dakwah tempatan, dukacita artkel itu tidak dapat dikeluarkan. Pernah juga dipelawa menulis lirik tentang bonda, gabungan penulis peminat sastera dan lain-lain.

Segala pengalaman di atas saya anggap sebagai respond atau tindak balas dari pembaca bahawa blog ini pernah dikenali, pernah diikuti dan dibaca oleh ramai orang.

Atas sebab itu atau atas alasan itu saya harus terus menulis, mungkin penulisan ini pahala offline, walau saya offline jika orang lain tetap online dan terus membaca, saya rasakan itu sudah memberi pahala. Mahu jadi penulis yang disayangi Tuhan, mungkin.

gambar tahun 2013

Baru permulaan.

Seperti diuji dengan penulisan sendiri, sebab itulah saya tidak istiqamah, saya canangkan nasihat pada orang lain sedangkan saya tidak tahu apa yang mereka rasakan, mungkin ini saat pembuktian, kembali segar hidup menghirup udara semangat seperti dulu, mahu bangkit, panaskan kembali.

Blog yang saya niatkan untuk dakwah ini, sekali saya tinggal daripada terus menulis, bermakna saya juga tinggalkan dakwah.

Jika rasa berdosa, tidak cukup masa, rasa kotor, rasa tidak mahu turun ke lapangan dakwah atau rasakan hanya orang beriman yang layak menulis, kerana penulisannya layak mengajak orang lain berbuat baik sahaja. Atau pilihan terakhir kalau rasa tidak beriman atau tidak cukup baik pun, niatkanlah mahu ajak beriman bersama, mahu ajak berubah bersama, dan terus baiki diri. Jangan mengeluh mahu cari alasan lagi. 

Saya juga di:

Facebook Profile (Korn Razak)

Facebook Page (yaqut hulaif)

Twitter (yaqut_hulaif)

Instagram (furqanrezqi)

Sekian dulu, artikel ini akan dikemaskini mengikut perkembangan, agar lebih kenal.

Boleh tinggalkan komen, terbuka buat kalian, mahu kritik, nasihat, soalan atau cadangan, insyaAllah saya balas. Sedikit sebanyak kalian kenal saya sedikit sebanyak kalian boleh tegur salah saya.


Updated  21 Feb. 15

1 comment:

  1. Apabila ada kemahiran menulis, jangan sia-siakan ia. Sebab kita tak tahu, dalam diam ada yang sedang menanti pesanan anda yang terbaru, walaupun ringkas.

    Sekadar dorongan. Moga istiqomah menulis, yaqut hulaif :)
    Moga2 Allah rahmati anda selalu .

    ReplyDelete

Followers