yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Thursday, August 19, 2010

RAMADHAN KAREEM

oleh : yaqut hulaif

Ramadhan kareem. Madrasah ramadhan. Indahnya ramadhan, kita menggunakan air tanpa meminumnya, dan kita berubat tanpa memakan dan meminumnya.

Menghidupkan Ramadhan 1431 Hijrah - Kredit untuk damai, sabar di bulam ramadhan, sabar menahan dari segala nafsu, sabar untuk bangun qiamullail.

”Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 183)


“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Hidupkan sahur, kerana keberkatannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dan rasai kelebihannya tanpa sebarang kekurangan.

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Perbezaan di antara puasa kita dengan (puasa) ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) adalah terletak di atas makanan yang dimakan ketika bersahur. Mereka tidak bersahur."

Meneliti dan memahami kandungan Al-Quran pada harimu, agar Ramadhan lebih bermakna kerana dahagakan redhaNYA. Kemanisan pasti akan dirasai.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

sabda Rasulullah daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

“...Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan (iaitu) kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

nikmat ketika berpuasa

“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak (iaitu) pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka, dan do’a orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi)

Moga kita dipilih oleh Allah untuk dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT agar dapat kita hidupkan dan imarahkan Ramadhan ini dengan ibadah,infaq,zikir,selawat,tilawah serta mujahadah.

No comments:

Post a Comment

Followers