Oleh : yaqut hulaif
Alhamdulillah berakhir sudah seperti yang dirancangkan, atas izinNYA, moga Allah redha. Mahabbah fasilitator 2010. Ukhwah terpatri alam dihayati.
Program santai yang hanya mahukan matlamatnya tercapai. Menyaksikan ciptaan Allah S.W.T. Apabila mata melihat maksiat dan doasa, hati dan mata akan menjadi gelap. Akan tetapi dengan melihatnya alam ciptaan Allah, hati akn menjadi tenang. Melihat kehijauan ciptaanNYA dengan mata hati.
Hanya yang menghayati sahaja yang akan memahaminya.
Apabila hati dapat merasakan indahnya ciptaan Allah SWT. Dengan hanya sehelai daun sahaja hati akan sedih dan tunduk mengagungkan ciptaan Allah. Pernah merasainya, tetapi tidak diingati akan saat itu dan tidak ada kemahuan untuk mengingatinya kembali dan mengulanginya kembali, itu merupakan sesuatu yang amatlah rugi.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (al-Hujurat: 10)
Moga ukhwah sempurna.
Sengaja menyibukkan diri dengan program ini. Ya sibukkanlah diri dengan dakwah. Agar bisikan syaitan musuh warisan dapat disingkap. Saya ulang, dakwah itu banyak wasilahnya, dakwah itu 24 jam, jadi program ini juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Moga segala helah nafas mendapat redhaNYa. Hanya mengharap kepada Allah tunjukkan jalan menuju cahayaNya.
Inilah detik menyulam kasih dan harapan, hidup bersatu, rasai kehidupan bersaudara sesama muslim tanpa rasa curiga. Ameen.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (at-Taubah: 71)
Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Bukhari dan Muslim)
Apabila islam sentiasa dijadikan panduan, ukhwah islam akan tercipta, moga terbina jalinan cinta kerana Allah dalam meneruskan dakwah. Ukhwah islamiyah.
Hipokrit untuk tarbiyah diri sendiri, untuk berubah.
Fitrah manusia sememangnya sudah beriman kepada Allah dan mahukan perlindungan dan mempunyai sifat perhambaan. Apabila hati suda terdetik ingin mencari perubahan dan redhaNYa. Tidak kisah di mana sekali pun asalkan islam sentiasa di hati. Hipokritlah kepada diri sendiri dan orang lain apabila hati sudah ingin berubah. Kerana Allah sajalah mimpi dan Allah sajalah realiti. Malulah kepadalah Allah dengan dosa-dosa yang sudah disedari agar diri dapat berubah.
Perjalanan hidup terpaksa disukai biarpun penuh ujian yang menghampiri. Jadi rayulah cintaNYa.
Mengimpikan daerah yang tenang sekali pun ada yang mengatakannya usang. Mengimpikan daerah yang hampir dengan Allah dan alunan murni memuji Allah. Cukuplah dengan irama keredhaan Allah. Hanya berpaksi hukum Allah bukannya hukum insan. Semua orang mengimpikan daerah seperti ini. Tetapi tiada yang berusaha untuk membentuknya. Segalanya hilang ditelan cinta dunia.
Hanya ingin membawa dakwah islam.
Berkata benarlah walaupun sukar bahawa janji-janji Allah itu sudah pasti. Kerana yang bernar itu tetap benar kerana yang benar itu adanya sinar. Nyataklanlah yang benar akan kebesaran Allah. Bawalah ayat-ayat Allah di mana sahaja.
Jannganlah takut walaupun ianya tidak dibenarkan kerana Allah maha benar. Dakwahlah di mana sahaja walaupun di stesen bus, di sawah dan di mana-mana sahaja, ke desa dan bandar. Kerana yang benar itu walaupun sukar tetap akan dibenarkan oleh Allah S.W.T. Subhanallah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata , “ Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”,
( Fussilat (41) : 33 )
Dakwah merupakan satu kewajipan pada setiap insan dalam meneruskan kesinambungan dakwah islam. Dakwah perlulah berhikmah, walaupun ianya sukar.
Mengajak orang lain kepada kebaikan juga perlu menggunakan cara yang baik. Kenalilah orang yang ingin didakwah. Tambatlah hatinya dengan janji-janji Allah agar hatinya terus terpaut.
Tidak jemu menempuh dugaan dalam mencari keredhaanya. Walaupun adakalanya kadang tersungkur.
Binalah kesenian untuk menambat hati dan binalah jambatan hati, jambatan hati untuk mengajak kepada islam.
Ya, saya juga masih muda dan juga ingin mengajak sahabat-sahabat lain juga yang masih muda. Jadi kefahaman di situ sudah pun sudah dibentuk. Anjurkan program yang sama alirannya dengan hati remaja. Segala program yang dirancang tidak kosong dan sia-sia walaupun hanya program meredah hutan.
Adulah rasa yang menimpa kita kepadaNYa apa yang menimpa. Allah habibi dialah pengubat hati. Maha perkasa, jadi carilah DIA dan pintalah DIA apabila merasa kian sengsara apa yang ada di dalam jiwa.
Mencari ubat hati yang dihantu sepi. Dakwah islam, setiap program yang dirancang perlulah mempunyai didikannya, perlu ada tarbawinya. Walaupun peserta tidak merasakan suntikan tarbiyah ataupun tarbawi yang dimasukkan semasa program yang dijalankan tersebut. Tetapi kita akan dapat merasakan perubahannya. Ya Allah, banyaknya wasilah menuju redhaMU.
Alhamdulillah atas segalanya. Acuan penting yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui kekasinNya yang perlu diteladani dan menjadi panduan. Sentiasa menjunjung kehendak Al Quran dan sunnah.
Rasulullah SAW menggunakan kaedah berhikmah serta penggunaan kata-kata yang baik dalam dakwah Rasulullah. Ini sebenarnya merupakan anjuran Allah SWT yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.”
( An-Nahl (16) : 125)
Pendakwah yang baik.
Apabial melihat kemungkaran maka tersentaplah hati, di mana usaha kita? Takut bencana datang kerana bencana datang tidak tahu siapa yang perlu diserang? Agamanya serupa dengan kita tetapi hatinya sekeras batu??
Bencana yang datang yang jahat pun kena yang baik baik pun kena, tidak mengira usia itu semuanya hukuman kita di dunia atas kifarat dosa-dosa kita. Taubatlah sebelum terlambat untuk cari keredhaanya. Apabila dakwah diabaikan.
Jadi kita sebagai orang yang sedar akan kemungkaran yang berlaku di sekeliling masyarakat kita, tak kanlah hanya berdiam diri. Usahalah setakat yang termamapu. Usaha yang lahir dari hati kerana rindukan Rasulullah. Kerinduaan yang bertamu merindui Rasulullah boleh diluahkan dengan pelbagai cara dan kata bermadah, jadi kita meneruskan kesinambunga dakwah Rasulullah.
Rasulullah terkenal dengan sahabat-sahabatnya, para mujahid-mujahid islam juga terkenal dengan keramahan dan tutur kata dalam bersahabat. Kita bersahabatlah untuk berdakwah. Helah nafas hanya untuk islam, dakwah islam, dakwahlah islam melaui ukhwah islamiyah. Jadilah pendakwah yang kreatif dalam membina ukhwah islamiyah.
Kisah dakwah.
Mulakanlah bibit persahabatan sebagai bibit-bibit dakwah. Walaupun kita berada di mana sekali pun, teringat akan kisah yang pernah didengar. Ketika di dalam bus, sahabat ini hanyalah ingin memulakan perbicaraan untuk mengenali seseorang. Dia hanyalah dengan sengaja memijak kaki rakan sebelahnya, dengan hanya kejadian sengaja memijak kaki tersebut akan memberi makna yang besar dalam mengajak rakan tersebut berbual.
Jelas dalam Al-Quran, Allah SWT menegaskan tujuaan dijadikan manusia bersuku-suku, berbilang bangsa adalah untuk berkenalan dan saling kasih mengasihi dalam suasana harmoni. Ini disebutkan di dalam Surah Hujurat ayat ke 13 yang bermaksud :
“Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan , kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui Maha Teliti.”
( Al Hujurat (49) : 517)
Dari kisah tersebut sahabat telah meminta maaf kerana memijak kaki rakannya itu. Dari situlah bermulanya kemesraan dalam membawa risalah islam. Dakwah mengajak insan lain mengenali islam dengan cara yang sangat kreatif dan mesra.
Bagaimanakah untuk kembali kepada Allah jika amanah dakwah islam tidak dijalankan? Untuk mendapatkan kepercayaan Allah.
Kuasai Kaedah berdakwah
Jum’ah Amin Abdul Aziz,buku susunannya Ad Dakwah, Qawaid wa Ushul (Buku terjemahannya Fiqih Dakwah Prinsip dan Kaedah Asasi Dakwah Islam) memberi panduan dalam keterikatan seseorang dai dalam memahami dan melaksanakan kaedah Fiqh Dakwah. Katanya sekurang-kurangnya seseorang dai itu perlu ada 10 kaedah dakwah yang difahami, dihayati dan cuba dilaksanakan dalam menjayakan usaha dakwah ini. Antaranya kaedah itu ialah Qudwah Qabla Dakwah ( Menunjukan Contoh yang baik sebelum berdakwah), membina ikatan hati sebelum berdakwah, bertaaruf sebelum berdakwah dan bertahap dalam berdakwah.
Hati yang lembut mudah untuk disentuh.
Dalam salah satu daripada slot program ini. Tertarik apabila ada sahabat yang menyebut “hati lembut dan mudah disentuh”. Amat tertarik dengan kata-kata tersebut apabila telinga mendengarnya. Alangkah mudahnya apabila semua orang bersikap demikian, mempunyai hati yang mudah disentuh. Dia sahabat saya, tetapi saya tidak pernah mengenalinya.
Ya, dia sahabat saya, tapi tak pernah mengenalinya. Mengenali yang bagaimana? Raut wajahya tenang tetapi sebagai seorang sahabat tidak pernah langsung mengenali sahabatnya. Kita melihat air yang tenang, ada juga jiwa yang melihat air tersebut membuatkan dirinya tenang. Cubalah melihat dari segi lain, air yang tenang tersebut itulah yang perlu diteroka.
Sahabat kita yang tenang dan setiap hari kita hanya mengenalinya denga rutin-rutin hariannya. Sahabat tidak perlu dipanggil sahabat jika tidak betul-betul mengenalinya. Jadi, melalui program-program seperti inilah yang dapat memahi kawan dan mencari kawan yang perlu dipanggil sahabat. Mencipta persahabatan ukhwah islamiyah. Kawan hanyalah kawan, sahabat ialah seseorang yang betul-betul mengenali sahabatnya. Itulah yang perlu dipanggil sahabat. Menjadi fitrah hidup manusia hidup bersama, peduli, menolong bersama.
Melihat mendengar dan merasa.
Cuba rasakan setiap tangisan saudara kita di palestina, cuba dengarkan suara mereka inginkan kedaimaian dunia yang lebih sempurna, cuba melihat dengan mata hati akan penderitaan mereka. Cuba tanya diri di manakah cinta rasa peduli kepada mereka? Bukan hanya bicara tetapi tindakanlah yang lebih utama, jadi tindakan kita sekarang hanyalah dakwah islam untuk mengagungkan islam. Tanya diri sendiri ! jadilah pencinta bidadari (Women of Heaven), dan syurga menantimu.
Ini saja yang mampu dikongsi. 11.34 p.m 13 Okt. 10
salam.
ReplyDeleteperkongsian yang amat berharga, subhanallah.