yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Tuesday, July 13, 2010

“Mengikis kembali karat-karat jahiliah’’

Oleh : yaqut hulaif

Tefikir dan kadang tersedar,tersentak mendengar kata-kata perkongsian dari sahabat-sahabat semasa perkongsian ilmu,”buangkan semua karat-karat jahiliah” ! kata yang keras dan amat bermakna,hati akan resah jika tandus dengan makanan rohani. Jahiliah sekarang dengan jahiliah dahulu memang berbeza. Terus tersedar akan peranan diri ini kepada masyarakat luar, tujuan yang amat hakiki, jalan yang berliku, tapi semuanya fitrah azali untuk insan-insan yang hanya mahukan redhaNya dan meneruskan kerja-kerja islam, memetik kata Syed Qutub.

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai" - Syed Qutub –




Sesungguhnya bukan kita yang memulakan perjuangan dakwah islam, kita hanyalah penerusnya, penyambung jalan juang Rasulullah dan para sahabat. Kadang terus terfikir, ilmu tak seberapa, tak banyak, layakkah untuk berjuang di jalan Allah?
Jalan dakwah pelbagai, banyak wasilahnya, tujuannya hanya satu iaitu islam, aqidah yang satu, dakwah seorang anak kecil kepada orang dewasa pun amat bermakna apabila betul pada tempatnya. Jahiliah dalam diri hanya dapat dibuang dengan selalu mengingati segala janji-janjiNya, janji-janji yang sudah pasti, tak akan kesal langsung hingga ke pengakhiran, jentera dakwah wajib diteruskan. Rasulullah terkenal dengan akhlaknya, jangan marah apabila dakwah kita tidak diterima, ataupun terus saja ditolak, fikirkan kembali kepada diri sendiri, betul atau tidak caranya ? Adakah pendekatan dakwah sesuai ? Islam yang kita dakwahkan serupa dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah? Niat?




Jangan hanya semangat semata-mata, tanpa cara yang sesuai. Islam yang dibawa tak akan sampai matlamatnya, dakwah Rasulullah penuh dengan strateginya, fikirkan cara yang terbaik demi kebaikan bersama, jangan hanya semangat semata-mata dan cepat-cepat mahukan matlamat, hasil kerjanya tak seberapa. Dakwah kepada hati-hati yang mahukan islam perlulah melalui pendekatan yang syumul dan indah seperti indah islam. Kuatkan semangat untuk dakwah Allah, turunlah bersama masyarakat agar semangat dakwah makin naik, pendakwah akan makin sedar peranannya sebagai penyambung kerja Rasulullah apabila melihat masyarakat sekeliling. Masyarakat yang dahagakan ilmu masih tercari-cari, masih mencari jawapan atas segala persoalan mengenai islam yang masih tidak jelas.

“Barangsiapa yang menyeru kepada hidayah maka baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikit pun ganjaran mereka”. (HR. Muslim)


Kadang masih tidak faham, adakah islam kita sekarang ini islam yang sebenar? Sudah kenalkah islam? Sudah jatuh cinta kepada islam? Adakah hati kita sudah ada pada islam?Mendengar kata-kata sahabat mengenai pengalaman mereka mengenali islam, inginkan juga perkara sama terjadi pada diri sendiri, bagaikan mahukan juga kemanisannya, nikmatnya islam, di tahap manakah kita? Atau hanyalah islam keturunan, masih tidak jumpa, hilang ditelan masa, mencari sinar. Mungkin hanya islam di luar tapi dalamnya tidak, kulit sahaja yang islam, tetapi dalamnya hancur.

“Mengikis kembali karat-karat jahiliah’’,mencari inspirasi melalui insan-insan yang berpengalaman dan lebih mengenali dunia berbanding kita, lebih mengenali islam, lebih dahulu marasai pahit manisnya hidup. Bila diminta berbicara, tetapi atas dasar emosi dan nafsu semata-mata. Tidak mendengar langsung kata-kata insan yang lebih mengenali hidup. Apabila mendapat sesuatu ilmu atau fakta, terus sahaja percaya tanpa memikirkan dahulu sumber dan asasnya, inilah yang dikatakan jahil.

Analoginya boleh dikatakan sebegini, kita yang masih kerdil dan muda ini berdiri bersebelahan ustaz-ustaz atau pun orang yang lebih berpengalaman di hadapan “wall” ataupun satu dinding. Ustaz-ustaz yang lagi tinggi ilmunya sudah dapat melihat apa yang disebalik dinding tersebut, kita yang masih kerdil ini hanyalah mendengar daripada mereka setiap kisah, cerita dan pengalaman disebalik dinding tersebut. Kesimpulannya, semangat muda yang tidak terarah asasnya hanyalah takhlit buta semata-mata tidak akan ke mana-mana, apabila hanya menerima dan terus menyebarkan tanpa memikirkan terlebih dahulu, hanya melayan perasaan, semangat yang ada tanpa disedari memakan diri sendiri oleh kerana kejahilan.
“ Jangan ditolak terus pendapat para sahabat kerana islam datang kepada kita melaui para sahabat terus dari Rasulullah”. Jadi teruskan kesinambungannya.

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.


cintakan dunia dan takutkan mati.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan emosi dan hawa nafsu.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).


Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Apabila nikmat dari Allah sudah ditarik sedikit demi sedikit. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur, segala-galanya tidak seperti dahulu lagi. Walaupun cuba dipertahankan dengan ubat, makanan tambahan, rawatan, senaman dan usaha-usaha yang lain, usia tua tidak dapat dielakkan. Ia hanya dapat diperlahankan. Terjadilah apabila ia sudah ditetapkan. Kehilangan mengajar kita menghargai apa yang masih ada.
Segala kemanisan dan kelazatan dunia mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia meningkat agar manusia beransur-ansur beralih kepada kelazatan rohaniah pada saat-saat terakhirnya dalam hidup. Seolah-olah manusia ‘dipaksa’ menumpukan fokus hatinya untuk mencintai Allah. Semua ‘kesayangan’ kita sudah diambil, maka usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cinta-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Apabila kelazatan dunia semakin hambar dan tawar, itu petanda detik berpindah ke akhirat sudah dekat. Sediakan bekalan dengan cepat!

Inilah keesedaran yang perlu ada pada setiap insan. apabila segala-galanya menjauh, datanglah mendekat kepada Allah. Jika sudah terasa tidak ada apa-apa,terasa dunia sudah kosong, kuatkan pecutan hati mu menuju Ilahi. Jangan dilalaikan lagi oleh cinta-cinta yang lain. Cinta dunia hanyalah cinta semusim, harum wanginya hanyalah sementara, tidak akan kekal selama-lamanya.cinta Allah dan RasulNya adalah cinta hakiki.


‎"Sayangkan Allah sedar-sedarkan, Sayangkan rasulullah ingat-ingatkan''.

No comments:

Post a Comment

Followers