Oleh : yaqut hulaif
Bagaikan mimpi datang di depan mata, sebelum ini hanya dapat melihat bayangan raut wajah dalam laman web dan facebook. Tapi sekarang sudah dapat dilihat di depan mata. Hilal Asyraf nama yang tak asing lagi dalam bidang penulisan di malaysia turun padang menemui masyarakat. Niat ingin memenuhi masa lapangnya memberi pengisian dan perkongsian sebaiknya kepada masyarakat. Sungguh tinggi matlamat dan semangatnya.
Perkongsian yang amat bermakna dari Hilal Asyraf, tapi tak berniat pula nak berkongsi sepenuhnya dalam laman blog ini. Apabila orang yang diimpikan untuk dijumpai telah datang di depan mata, maka peluang berkongsi ilmu diambil sebaiknya. Bengkel penulisan islami atau pun motivasi tarbawi berjalan lancar seperti yang diinginkan walaupun ada serba kesulitan yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Perancanga untuk mengadakan bengkel penulisan bersama Hilal Asyraf akhirnya tercapai juga, penat yang datang bagaikan sudah pergi apabila hasilnya dapat menampung keperitan pada awalnya.
motivasi tarbawi bersama HILAL ASYRAF
Berikut merupakan profil serba sedikit mengenai Hilal Asyraf:
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak.
Nama penuh beliau ialah Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Dilahirkan di Batu Pahat, Johor dan kini rumah di Malaysia adalah pada alamat No 28, Jalan 3/3 Sri Pulai Perdana, Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Pendidikan awal di Tadika Ibu, Skudai, Johor dan kemudian di Tadikan Iman, Skudai, Johor. Seterusnya menyambung pendidikan rendah di Sekolah Rendah ISLAM Hidayah, Senai, Johor dan meneruskan pendidikan menengah di Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis sehingga tingkatan enam. Kini beliau sedang menuntut di University of Yarmouk, Irbid, Jordan dalam jurusan Usuluddin. Beliau bercita-cita untuk bekerja sebagai pensyarah di samping sedang berusaha menjadi seorang penulis yang baik. Namun cita-cita sebenar beliau adalah untuk menjadi hamba ALLAH SWT yang baik dan diredhaiNya dan juga bermanfaat untuk ISLAM itu sendiri.
Tatkala ini, telah banyak hasil karya beliau sedang berada di pasaran yang telah diterbitkan oleh syarikat GISB (Galeri Ilmu Sdn. Bhd.). Disamping itu, beliau juga turut menyertai GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam medan penulisan. Sehingga kini beliau telah menulis 7 buah buku berbentuk motivasi Islam dan beberapa buah Novel. Antara karya beliau ialah Novel Relasi, Terasing dan Sinergi. Turut mendapat sambutan hangat dari pembaca ialah Buku Motivasi yang mudah difahami iaitu Langit Ilahi. Turut berkongsi pengalaman, melalui laman sesawangnya ialah Langit Ilahi yang kini semakin popular di alam maya. (www.langitilahi.com).
Pertama kali berjabat tangan dengan hilal asyraf, riak wajahnya serius penuh makna “saya hilal asyraf !”, bersama saudara 'Ali 'Irfan Jamalludin yang mana pertemuan mungkin kali kedua dengannya semasa mengikut satu program di Perlis. Mungkin orang lain tidak berapa kenal sangat, ini alamat blognya, http://brohamzah.blogspot.com/.
Bengkel bermula seperti yang telah dirancangkan, suara lantang Hilal Asyraf sudah cukup untuk semua peserta mendengarnya tanpa menggunakan mikrofon. Suara yang lantang berserta semangat penyampaian yang membuak-buak. Kata-kata awal beliau, “hilal asyraf tak layak ajar sesiapa, bengkel kita hari ini hanyalah perkongsian ! ”, rendah diri dan selalu meminta pandangan daripada peserta bengkel. Kagum dipermulaan bengkel sudah cukup untuk menarik minat para peserta untuk menumpukan perhatian sepanjang perjalanan bengkel, masing-masing sudah bersedia dengan bekas untuk menadah segala kata-kata dari penulis muda tersebut.
Semangatnya untuk menyampaikan dakwah melalui penulis amatlah tinggi, cuti musim panas yang diluangkan di Malaysia digunakan sebaiknya, katanya, “ ana di Malaysia untuk bersama masyarakat, dan selebihnya bersama keluarga”, dakwah islam sememangnya tak pernah berhenti.
“Menghentikan jihad sejenak sahaja sama ertinya dengan menghentikan gerak laju deen Allah dalam kehidupan ini.”
saudara 'Ali 'Irfan Jamalludin
Beliau amat sensitif jika disentuh perkara-perkara yang berkenaan dengan penulis, kritikannya yang membina dan pendapat yang bernas. Targetnya, setahun mesti perlu mengeluarkan penulisan buku yang berhubung rapat dengan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dilahirkan bagaikan kain putih perlu dimanjakan dengan sirah-sirah nabi, dan cerita-cerita para sahabat. Agar generasi akan datang berakhlak seperti akhlak para sahabat. Penulisan buku kanak-kanak bagaikan persediaan dunia anak-anak kita juga nanti yang lebih mencabar dari sekarang. Kitalah yang menentukan masa depan anak sendiri walaupun kita sudah tiada dan tak sempat untuk melihat dunia akan datang, tetapi fungsi kita sekarang ialah dengan membentuk dunia sekarang agar dunia zaman anak-anak kita nanti tidak berada terus di dalam kegelapan.
Penulisan sebagai jalan dakwah atau salah satu daripada wasilah dakwah. Penulis juga merupakan doktor, dan boleh juga dikatakan sebagai seorang pejuang. Setiap pejuang semestinya mempunyai medan perjuangannya dan juga targetnya. Doktor juga mempunyai lapangan tempat perjuangannya. Secara realitinya setiap perkara memerlukan medan perjuangan untuk menuju sesuatu matlamat yang baik dan cara dan wasilahnya saja yang mungkin akan berbeza.
Penulisan juga merupakan jalan juang. Ingin menebus segala janji-janji Allah, meninggalkan kota kegelapan menuju kota yang penuh dengan cahaya, niat kerana Allah dan hanya mempercayai janji RasulNYA. Allah akan melindungi perjalanan hamba yang berjuang di jalanNYA.
Seorang penulis berada di medannya, segala alatan penulisannya atau aksesori penulisannya adalah senjata seperti pen. Segala hasil daripada penulisannya, buku-buku penulisannya, itu semua merupakan peluru, peluru yang mencari sasarannya. Apakah sasarannya? Siapakah sasarannya? Penulis ingin menembak dan membunuh siapa?
Setiap peluru yang dihasilkan mensasarkan segala hati-hati yang membaca, menggunakan peluru-peluru untuk menembak dan membunuh jahiliyyah, mengikis segala kejahilan yang terdapat dalam diri sendiri dan masyarakat.
Membetulkan kembali pemikiran masyarakat yang sudah kotor dengan pengaruh-pengaruh luar, penerapan kejahilan pihak-pihak yang sememangnya membencikan islam, sememangnya musuh yang nyata tidak akan membiarkan musuhnya berada di dalam kesenangan. Cubalah untuk memadamkan segala anasir yang bisa membakar kita dan semaikan benih mahmudah yang suburnya yang boleh membawa erti,ertinya yang mampu mengubah ummah.
Tapi, penulisan juga boleh berlaku perkara yang disebaliknya pula, berjaya menangkap hati-hati pembacanya, tetapi dengan tujuan yang lain. Hanya memberi kesan kepada minda masyarakat dari sudut lain, hanya memandang hasil, duit, pangkat dan populariti. Penulis yang hanya menghasilkan bahan penulisa duit, penulisan yang langsung tidak mampu menyelesaikan masalah ummah, tapi menambah lagi kerosakannya. Karyanya hanyalah hiburan dan khayalan semata-mata dan membunuh hati-hati pembacanya sendiri di dalam kegelapan, dan terus berada di dalam kegelapan. Setiap pelurunya membunuh pembacanya sendiri.
Maka, penting kepada setiap pembaca agar membetulkan setiap penulisannya agar dekat dengan ummah, dan melihat penulisannya juga merupakan jalan juang kerana Allah. Pejuang yang mampu mengikis segala anasir-anasir kotor dan kejahilan di dalan jiwa ummah. Berbanggalah menjadi seorang “pejuang”, bermegahlah dengannya walaupun di sebaliknya penuh dengan kepahitan. InsyAllah segala kemanisannya akan tiba dan akan dapat dirasainya.
“Cubalah sedaya mampu menggunakan peluru-peluru karya semoga hidup akan lebih bererti”
penulis islami.
Siapakah penulis islami di mata saya???
selambanya beliau berkata-kata, siapakah penulis islami di mata saya? Di hati saya? Penulis yang bagaimana?
Ya, bebas mengkritik merupakan perkara yang dapat mencari kelemahan, dan akan terjumpa juga kebaikannya. Ya, nikmatnya membaca novel yang mengarut, memang nikmat pun. Tapi hati dapat apa? Kosong? Dibawa berkhayal di dalam cerita-cerita di dalan novel, dan akhirnya pengajaran yang mencelarukan, entah di mana permulaan dan entah di mana pengakhiran. Apabila permulaan jalan cerita sudah menambat hati si pembaca dengan nilai-nilai murni si watak utama di dalam novel.
Si watak utama sudah pun menjadi idola si pembaca, tetapi di pengakhiran cerita sebaliknya. Si watak utama berzina didalam cerita tersebut. Itulah realiti penulisan sekarang, adakah si pembaca akan memandang si idolanya berzina merupakan perkara buruk? Novel-novel barat banyak menghasilkan karya sebegini rupa. Memerangkap hati dan pemikiran kita secara halus. Ya, memang cukup luas bidang penulisan. Jadi kita pun gunakan juga cara ini, wasilah ini, pendekatan halus ke hati-hati pembaca. Damai akan terasa juga kelak.
Matlamat tidak menghalalkan cara?
Ya, matlamat baik, tujuan yang baik, caranya?? Barat menggunakan juga penulisan untuk memerangkap fikiran dan hati kita, dibentuk pula akhlak kita dari jauh. Halus sungguh caranya. Jadi persoalan akan timbul di sini, kita menggunakan facebook buatan yahudi untuk berdakwah dan menyebarkan islam. Tidakkah terfikir caranya sudah terpesong jauh oleh kerana menggunakan facebook buatan yahudi untuk berdakwah.
Terang lagi bersuluh caranya sudah salah. Bolehkah macam tu? Banyak organisasi dalam facebook? Page-page dan group-group islamik di dalam facebook? Group dan page ustaz,ustazah dan penulis terkenal di dalam facebook? Ya, bila difikirkan melalui logik akal memang sudah jauh lari dari cara sebenar, tetapi fikirlah dari sudut lain. Yahudi yang mencipta facebook, jadi gunalah facebook untuk menjatuhkan mereka kembali. Gunakan senjata mereka sebagai senjata kita juga. Ya, memang luas sangat penggunaanya. Baru tersedar luas sungguh ruang yang telah diberikan untuk membawa islam dan bekerja untuk islam. Janganlah diberi alasan tak ada idea dan cara untuk berdakwah. Itu hanyalah alasan orang-orang yang cintakan dunia kerana takutkan mati.
Persiapkan diri sebagai seorang penulis, binalah seutuhnya hubungan dengan Allah agar segala impian kejalanNYA akan tercapai. Tulislah penulisan di atas jalan islam itu sendiri, biarlah dikatakan aneh, tetapi aneh kita kerana Allah. Tak akan ada cacat celanya, sampaikan berita agar diri ceria aman dan bahagia walaupun pada hakikatnya susah untuk bernafas di dalam jiwa hamba. Serapkan dan semadikan kehidupan islam di dalam diri sendiri dan ummah, agar segalanya selari dengan islam. Keranaa islam merupakan cahaya tika malam menjelma. Tidak akan menyesal apabila merasai kepahitan setelah janji kemanisan sudah pun dipegang pada janjiNYA.
Hangat terasa bahang yang menyakitkan, tetapi sudah merasai nikmat sebelumnya. Mahukan nikmat pada permulaan? atau kesusahan pada permulaan ? mahukan nikmat di pengakhiran atau nikmat semasa permulaan? Tentulah nikmat pada pengakhiran kerana sudah merasai kesusahan pada permulaanya.
“bermujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis”.
Mengembaralah keseluruhan alam dengan penulisan nescaya akan menjumpai semurni cinta, dan seindah kasihNYA. Meskipun ditusuk sembilu, ingatlah kembali pesan-pesanNYA, dan kembali ke jalanNYA.
Sebelum turun ke medan perang ??
“Jangan sesekali berpaling lagi setelah semalam sudah pun pergi”
Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing, Allah menjanjikan yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. surah An-nisa’ ayat 95
Kita hanya mampu berusaha dan merancang, segalanya Allah yang akan menentukan. Semoga segala usaha kita dipandang oleh Allah meskipun dipandang serong oleh orang lain. Berusahalah berdakwah dalam apa cara sekalipun, kerana kita tidak dapat memberi hidayah kepada orang lain. Hidayah hanya diperoleh daripada yang maha esa.
Perlu diingat, dalam bidang penulisan caranya biarlah betul. Kerana kita semua membawa islam, caranya juga berlandaskan islam. Jadi jangan sesekali memberi pembaca mengenali jahilyyah lebih. Cukuplah hanya sekadar contoh. Dalam cerita mengatakan Ahmad mencuri motosikal, jadi cukuplah mengatakan Ahmad mencuri motosikal, jangan pula diajar dan dinyatakan di dalam cerita tersebut cara-cara untuk mencuri motosikal. Dengan cara ini sudah pun salah, kerana telah mendedahkan kepada pembaca akan cara membuat kejahatan. Contoh sahaja sudah pun cukup untuk menyatakan perbuatan Ahmad, kerana dengan cara tersebut pembaca sudah pun dapat memahaminya.
Dalam bidang penulisan juga memainkan peranan dalam membentuk akhlak masyarakat, penulis hanya perlu menerapkan nilai-nilai islam di dalam penulisannya. Jangan sesekali mengotori pembaca oleh kerana mahukan penulisannya diminati ramai. Padamkan segala kekotoran melalui penulisan di dalam jiwa ummah dan juga jangan sesekali menjadikan penulisan-penulisa barat sebagai contoh dalam penulisan. Bersama rayu doa mohonkan agar penulisan di jalan dakwah diberkati dan sampai ke matlamatnya merupakan sebaik-baik usaha.
Penulisan yang dapat mentarbiyah hati dan jiwa merupakan sebaik-baik penulisan. Penulisan yang dapat mendidik nafsu. Hanyut dan tenggelam dalam bidang penulisan mengarut tak akan ke mana-mana. Kerana semalam yang pergi tak akan berulang kembali. Jangan dikenang perkara semalam, laluilah yang mendatang dengan sebaik dan jayanya. Mencari sebanyak mungkin pendakwah melalui penulisan, kerana kita meneruskan kesinambungan dakwah nabi. Ikuti sunnah Rasulullah, jangan kita ragu, cubalah sedaya mampu kerana hidup akan kita bererti.
“Enta niehh!! Pandai saja tegur-tegur orang lain, tapi diri sendiri macam tu jugak !“. Betulkan diri sendiri dahulu sebelum betulkan orang lain ! .
Sudah banyak kali terkena tamparan seperti di atas. “ana tahu enta bagus dalam memberi nasihat, tapi tengoklah diri sendiri dahulu sebelum tengok orang lain”. Hati siapakah yang bergolak? Insan yang memberi nasihat ? atau insan yang diberi nasihat tetapi tidak mahu menerimanya ? apabila madu sudah dihadapkan, tetapi mulut tetap mahu mengkritik.
Kata-kata tersebut seperti menyentap semangat yang selama ini membuak-buak dalam diri dalam membetulkan diri sendiri dan orang lain. Bolehkah menegurorang lain jika kita masih tak terurus? Bolehkah kita sampaikan ilmu atau sesuatu fakta sedangkan kita masih tidak mengamalkannya lagi?
Telah banyak kali mengatakan, datanglah ke hadapan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat, sesuatu ilmu, atau amalan atau pun perkara yang kita ingin kita ubah di dalam diri. Berkongsilah bersama sahabat-sahabat, mungkin dengan cara ini akan lebih berkesan, kerana mengajak sahabat-sahabat lain juga berubah bersama. Tak salah kalau hendak berkongsi, hanya sekadar perkongsian, bukannya suruhan, tetapi itu jugalah suruhan daripada yang maha esa. Kita perlu ingat juga, islam tidak memaksa pun tetapi islam ada ketegasannya bukannya keganasan.
Kita perlu ingat bahawa tanpa ilmu ada apa pada rupa, kerana dengab ilmulah yang dapat mentadbir diri. Semua itu kurniaan Allah. Nasihatlah kepada yang terlupa, agar kita akan juga ingat. Niatkanlah di hati, tarbiyahlah diri kita bersama mentarbiyah orang lain, bukannya mempersiapkan diri kita dahulu, baru layak mempersiapkan orang lain. Tetapi jika kita perlu mempersiapkan diri kita dahulu, segalanya tak akan selesai hingga akhirat. Apabila mendapat sesutu ilmu, simpan sahaja ilmu tersebut tanpa menyebarkannya, alasan? Alasannya kerana masih tidak mengamalkannya lagi? Jika berfikiran sebegitu, sampai bilalah dakwah islam akan terus berjalan. Ingat ! sampaikan sahaja apa yang ada walaupun sedikit. Jangan dipandang orang yang memberi ilmu tersebut, tetapi pandanglah pada apa yang disampaikan.
Jangan sesekali cepat menghukum orang lain. Jangan disangka diri sudah elok, dan terus senang lenang menghukum orang lain. Kerana kita masih tidak tahu pengakhiran seseorang itu, adakah di dalam islam atau di dalam kekufuran? Hanya Allah yang mengetahui dan menentukannya.
Apabila kita merancang program tarbiyah untuk mentarbiyah orang lain, adakah kita sudah ditarbiyah? Jadi, jika masih tidak ditarbiyah tak perlulah melaksanakan program tarbiyah? Jangan sesekali berfikiran sedemikian, buatlah progam tarbiyah yang mampu mendidik jiwa dan melalui progranm tarbiyah itu juga dapat mentarbiyah diri kita juga. Jadi di dalam kondisi sebegini, kita mentarbiyah orang lain di dalam program tarbiyah di dalam masa yang sama juga kita mentarbiyah diri sendiri. Jangan sesekali menyempitkan islam kerana wasilah dakwah amat luas. Gunakanlah sebaiknya kesempurnaan islam itu sendiri.
Keajaiban itu hanya ditanganmu??
Eleh, kau berpengalaman dan berbakat, boleh la menulis. Bukan macam kami, bakat pun langsung tak ada.
Keajaiban ada di mana-mana, ada pada sesiapa sahaja, ada pada orang yang mahukannya, ada pada orang yang meminatinya, ada pada orang yang menginginkannya?
gerakkan tanganmu itu.
Jika sudah tahu diri tidak berbakat dalam penulisan tetapi minat sahaja yang menebal. Buatlah latihan penulisan. Walaupun sedikit latihan penulisan, tetapi berterusan dan berpanjangan ia akan membantu.
Penulis itu merupakan makhluk ajaib yang sukar dijumpai? Benda yang sukar ditemui dan amat sukar dicapai?
Apabila hati sudah mengatakan tidak, bagaimanakah perbuatan akan bergerak untuk melaksanakan perkara yang sudah dikatakan tidak pada hati. Tentulah mustahil untuk berbuat demikian. Segalanya akan bermula apabila kemahuan sudah ada.
Segala perkongsian pengalaman oleh saudara hilal asyraf diterima sebaiknya, dengar biasa, nampak biasa, tetapi jika difikirkan kembali segala perkongsiannya memang berguna dan bermakna. Merangkumi segala aspek, walaupun cara penyampaiannya rileks dan selamba,tapi tetap dapat mencuit hati-hati kami. Penyampaian berkesan yang tidak menjemukan dan sempat juga diselangi dengan perkara-perkara yang kelakar untuk ditertawakan.
Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh beliau telah membuatkan semua orang berfikir, walaupun mulut tidak terus mengatakan ‘ya’ tetapi hati sudah dulu mengatakan sedemikian. Penyampaian yang diselaraskan dengan realiti semasa, dan harapan juga sedikit sebanyak diselitkan.
Disentuh juga mengenai isu aqidah saudara kita di palestin. Pelbagai mesej kita dapat daripada apa yang berlaku di palestin, mungkin semua itu merupakan kesalahan kita yang dilakukan dahulu. Mungkin maksiat-maksiat yang kita buat selama ini telah menguatkan lagi musuh kita di luar sana. Segala telunjuk musuh islam yang kita ikut-ikutkan selama ini telah menjadi modal berpanjangan kepada mereka agar terus membenci islam, agar islam tetap mundur dan masih ditakuk yang lama.
Ya, betul. Kita bersemangat mencemuh dan memaki hamun di sana sini atas kekejaman israel ke atas palestin. Tapi semua itu masih tak cukup, jangan semangat sahaja tetapi tangan masih tidak bergerak. Bergeraklah dalam bentuk apa sekali pun agar maruah islam kembali bersinar. Jangan pula kita menjadi askar-askar senyap israel yang memperjuangkan pula perjuangan mereka, mulut bersemangat mengutuk israel, tetapi mulut itu jugalah yang menghisap rokok buatan israel. Boikotlah segala produk israel, banyak alternatif sudah ada melalui produk-produk keluaran islam itu sendiri.
Biasakanlah dengan penulisan, carilah masa yang sesui untuk menulis agar menjadi kebiasaan dan akan terus maju di dalam bidang penulisan. Mendengar perkongsian Hilal Asyraf, rutin harian beliau adalah menulis selepas subuh. Sebelum masuk kuliah beliau menghadap laptop menulis segala idea. Disimbahkan sebaik mungkin di dalam penulisannya. Agar berguna kepada sesiapa sahaja yang sudah membuka pintu hatinya untuk menerima segala mesej yang disampaikan melaui penulisan beliau.
Menulis adalah saham akhirat jika penulisan atas jalan Allah, jika akhirat sudah di cari, maka Allah akan memberi juga dunia. Tidak akan tercicir sedikit pun jika membawa agama Allah. Kerana dakwah harus berpanjangan. Dakwah 24 jam tanpa henti dan menulis juga merupakan salah satu daripada wasilah dakwah. Jadi menulis adalah sebahagian daripada dakwah. Dari itu, jangan mengeluh jika tak ada idea untuk menulis, mood tak ada, dan pelbagai alasan lagi karana dakwah tak penah berhenti dan dakwah akan sentiasa berjalan selama-lamanya. Kerana dakwah islam merupakan tanggungjawab kita bersama.
Niat baik Hilal Asyraf adalah untuk bersama masyarakat pada cuti musim panasnya. Memang sungguh bersemangat, lalu terus terasa teringin untuk ikut serta dalam perjalanan beliau bersama masyarakat. Mungkin dengan cara ini akan dapat menaikkan semangat dakwah apabila berdekatan dengan masyarakat. Mata akan dapat melihat realiti sebenar masyarakat dan pengharapan dan tanggugjawab akan terasa atas bahu-bahu yang sedarkan peranan sebenar sebagai hamba Allah. Perbetulkan segala yang termampu, masuklah segala bidang yang diminati agar ideologi ummah dapat diperbetulkan dan memegang kukuh aqidah yang sama.
“Berusahalah untuk berubah, ubahlah diri sendiri bersama-sama mengubah orang lain, mungkin kita tidak lagi berubah, tetapi di luar sana telah ramai yang berubah.”
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Surah
Ar- Ra’d ayat 11
Masa depan islam di tangan kita, janganlah sesekali merasakan diri terlalu kerdil untuk berjuang di medan dakwah islam. Niatkan di hati, sematkan di hati, tanamkan niat sedalam-dalamnya bahawa niatkan dakwah melalui penulisan. Kerana hanya dengan penulisan merupakan salah satu usaha yang termampu yang dapat dilaksanakan. Hanya dengan wasilah ini sahaja yang termampu yang dapat menyampaikan mesej dakwah kepada ummah. Berusahalah untuk mengubah keadan diri sendiri dan ummah. Islam tak akan hancur jika umat islam menyatu dan memperjuangkannya.
Ya, tingkatkan cara penulisan agar lebih menarik, Hilal Asyraf telah mengesyorkan novel VT dan SINERGI sebagai contoh terbaik dari beliau dalam mendalami bidang penulisan. Kerana dua buah novel tersebut merupakan karya terkini yang sesuai dijadikan rujukan. Gaya penulisan beliau juga banyak dipengaruhi oleh bahan bacaannya selama ini dan juga drama-drama yang pernah ditonton. Drama dan filem kemasyarakatan menjadi salah satu pengaruh di dalam penulisannya. Nilai-nilai murni yang baik dari mana-mana sumber diambil sebagai idea dan diolah kembali supaya lebih menarik dan sesuai kepada masyarakat umum.
Keadaan dalam bengkel penulisan bersama Hilal Asyraf nampaknya semakin hangat dengan perbincangan dan curahan perkongsian. Peserta yang tidak berdaftar juga turut memenuhi kerusi, mungkin tertarik dengan nama besar Hilal Asyraf yang terkenal dalam pentas penulisan tanah air.
“Pok guard juga ada bersama, mungkin kerana minat? Atau saja memantau?” entah.
Terus berfikir sejenak, perlukah menulis dalam hal-hal besar seperti politik? Mahukah masyarakat tentang pendapat mengenai politik melaui buah fikiran orang muda? Ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai islam mungkin juga akan menyentuh serba sedikit berkaitan suasana politik tanah air.
Terasa malas untuk menulis berkaitan dengan politik walaupun banyak berfikir mengenainya dan mengikut setiap perkembangan politik. Atau pun cukuplah sekadar menyokong yang hak yang sudah terzahir nampak. Parti yang sememangnya memperjuangkan islam bukannya yang hanya memperjuangkan bangsa semata-mata. Hanya perlu selamat di dalam arus, berjuang di dalam senyap, mungkin dengan cara ini lebih baik daripada cara yang sering dihangatkan di luar sana.
Cukuplah setakat ini perkongsian yang terus dikongsi di dalam blog ini, sudah panjang lebar. Jadi, didiklah diri untuk menyayangi dunia. Impikanlah dunia yang baik pada masa hadapan kelak. Dunia generasi akan datang mungkin lebih teruk dari suasana sekarang tapi ianya boleh diubah oleh kita pada masa sekarang ini.
Semangat untuk menulis blog post ini juga mungkin tempias semangat yang dicurahkan Hilal Asyraf, cara penyampaiannya walaupun ditulis semula dan dibaca semula rasa biasa sahaja, tetapi cara penyampaian dan intonasinya amat berbeza. Penyampaian yang mampu menangkap hati kami untuk memahami maknanya.
Perkataan yang pelik hanya dapat difahami ketika di dalam sesi tersebut sahaja, jadi pentingnya penulisan!! Jadi pentingnya pen sebagai alat bantuan ingatan. Jangan abaikan dan rugikan begitu sahaja ilham semulajadi yang datang. Sediakan buku nota dan pen agar ilham yang mendatang dapat dizahirkan dengan mudah dan tidak lenyap. Kerana ilham itu mahal !!
“Hilal Asyraf, antara ilham semulajadinya datang ketika di dalam bilik kuliah”
19 Julai 10 9:37 pm
juga mengikuti bengkel tersebut thun lepas. tapi, bengkel terakhir.
ReplyDeleteMacam tak percaya Hilal Asyraf sudah di depan mata waktu tu.
Ya,dia berkata perkara sama, tidak layak-cuma kongsi pengalaman- :merendah diri. :)
p/s: teringin mahu jumpa dengan brohamzah-ali irfan pula. bila agaknya~
o0o..dlm bilik kuliyah,......
ReplyDeletemeh2 jmp dlm kuliyah sekelas,.
salam..seronoknya dpt bersua muka dgn hilal asyraf.mmg teringin sgt nk mgikuti bengkel hilal asyraf..admire dgn gaya penulisan dia
ReplyDeleteserius. penulis terbaek pernah jumpa. ilhamnya sewaktu dewan kuliah. dan pernah juga , tengah-tengah bengkel beliau berjaya dapat idea; dah berjaya buat cerpen pun (cerpen Ajaib) . semakin kenal, makin mengagumi. payah nak cari dan nak jadi tu. insyaAllah usaha bersama. salam juang. dari irbid
ReplyDeleteGaming has truly become a hobby for anyone with interests that run the full gamut. Video gaming are a great way to just have some fun and relax once in awhile. The following paragraphs have some really good ideas regarding video gaming, so pay attention!
ReplyDeleteYou should play with the specific equipment needed for the game of your choosing. You may need more than just one controller. Search online or look at the game box to find out what equipment you require. This gives you a heads up so that you can get what is needed beforehand.
If you like playing 2D games, you should always go back and check for hidden things to the left of the screen. Never overlook those high walls and ledges, because they can have entry points that maybe invisible. Make sure that you check everywhere so you don't overlook anything.
Trade games with people you understand. These games cost a lot and you probably want to spend money on other things sometimes. Chat with friends to find out if you can swap games with them, and everyone can play a new game for free.
There are several websites that you can visit to determine if a game meets certain requirements for the computer. After you download it, it will say whether you have the necessary requirements for that specific game. If you don't like downloading things, bear in mind that you could just get the information and then delete the download.
Utilize the security and parental control tools offered by most games. You may want to see if this game can be played online. If so, limit your children's Internet access. Also, keep an eye on the requests for friends and how much time they can play.
Update your graphic drivers. If you do a lot of your gaming on your computer, you probably will want to have as clear a picture as possible. This is why you need the current graphic drivers. You can venture on over to the device manager section on your computer and see your latest graphic driver, then head to manufacturer's site to see if any new updates became available.
It's best to try out a game alone first. There is no point playing a game online if you are having trouble playing the traditional version! If the game is too hard, trade it and get something you prefer. It is time to find a new game if you are getting frustrated and do not have fun anymore.
When someone wants to purchase a online game system, there are plenty of choices. Be sure to research and read reviews before deciding which system you prefer. It is important to understand if the company carries a majority of titles that your family will enjoy. When you have chosen a system, look at how much memory this system has. There are many download options for most games and this content can fill a hard drive quickly. To make sure, buy a system that has enough memory.
Reserve games that are high in demand to ensure that you will get a copy. You may get special bonuses when ordering early. The bonuses could be some special features, outfits, or anything that could help you when it comes to playing. The only way you can get them is by ordering early.
Figure out how to operate the safety and parental controls of any gaming system that comes into your home. You can likely make adjustments that keep kids from viewing mature content. Some allow each gaming profile to be customized separately, allowing adults to enjoy games not meant for younger audiences.
No matter if you need to boost your grades, manage people and products, or get back at an enemy in the dark, computer games can truly make it happen! Put the suggestions and tricks of this article to good use in your world of gaming today.