Oleh : yaqut hulaif
Persoalan bercinta sebelum berkahwin? Bercouple?
Indahnya tika bercinta, nikmat terasa, bahagia segalanya. Jauhkanlah semua itu, janji yang diikat yang tidak menjanjikan apa-apa. Hanyalah janji-janji kosong semata-mata.
“ jika Allah datangkan kesedaran kepada kita supaya meninggalkan cinta seseorang wanita itu, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNYA. Jadi, kenapa masih ragu-ragu?
~korn agak2nye hg rase org yg bagi msj nie kt aku tau cerita cinta aku x??
Semalam, mendapat mesej dari seorang sahabat yang masih mencari-cari jawapan sebenar persoalan yang bermain di hati, “penyakit hati”?
Bila hati dan perasaan sudah bermain dengan perkara tersebut, maka tak mustahil setiap perkara yang mendatang pun akan memikirkan perkara yang sama, cinta? Perkataan yang senang sahaja disebut dan dipandang indah oleh orang yang betul-betul memahaminya sahaja.
Jangan sesekali bermain dengan perkara yang tidak pasti, apa yang ingin dijanjikan oleh sahabat-sahabat kita yang sedang bercouple di luar sana? Mereka berjanji untuk berkahwin apabila masanya sudah tiba?
Itu semua persoalan yang perlu di jawab oleh semua orang, tak kisah la siapa pun, yang baru ingin mengenali istilah couple atau pun yang baru sahaja ingin mencuba. Satu kenyataan bahawa “ tak patut ada istilah cinta sebelum kahwin”, nama pun sudah disebut dengan penyakit hati, maka buanglah penyakit itu jauh-jauh.
Jika hubungan yang dijalinkan itu berjaya hingga ke pelamin pun, tapi itu semua tidak seelok yang kita mahukan dan tak seindah yang kita semua mahukan. Zaman bercouple yang tidak syara’ tersebut diakhiri dengan perkahwinan? Perjalanan ke pelamin pun sudah tidak syara’ masakan akan wujud keluarga yang sakinah.
Zaman bercouple yang sudah di isi dengan pelbagai maksiat yang sedar tak sedar dilakukan. Segala kenangan manis ketika bercouple hanya berteraskan emosi dan nafsu semata-mata. Tidak ! “ kami tak buat apa-apa pun hanya sekadar mesej”, mesej saja-saja, main-main. Tapi mesej itulah yang akan memulakan segalanya. Walaupun tidak bersemuka ketika mesej, tetapi link hati tetap ada. Maka, di situ pun hati sudah dikotori, dikotori dengan gurau senda yang mengotorkan hati dan mungkin modal sebagai perkara yang perlu dikesalkan apabila dikecewakan kelak.
Jadi, macam mana hendak bercinta? Kalau tidak bercinta macam mana nak kahwin?
Adakah masa bercouple di gunakan sepenuhnya iman dan akal dan mengenal hati budi? Atau bercouple suka-suka saja. Tanpa memikirkan kesan yang akan datang. Akibat salah pilih semasa bercouple kerana hanya ingatkan seronok bercouple sahaja, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya menempah derita !
Kita perlu ingat bahawa cinta bukanlah tujuan semata-mata, cinta hanyalah jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan, tetapi ada banyak jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan bukan paling utama untuk mencapai kebahagiaan.
Apabila segala suruhannya dipatuhi, apabila islam di letak di hadapan, segalanya akan terjamin. Peganglah seutuhnya prinsip-prinsip islam, maka akan terjaminlah segala cinta yang dicari dan akan tumbuh segar tak pernah akan layu. Subur indah dan berbunga walaupun tali perkahwinan yang diikat tidak dimulai dengan cinta sebelum kahwin. Dan syariat Allah dijadikan sebagai rujukan utama walaupun ikatan di dalam pergolakan.
Yang pasti! Dan yang perlu di ingat ! kerana hati-hati yang mengingati Yang Satu akan mudah bersatu !
Tidak mengapa dan tidak akan dikesali apabila ikatan yang mahu diwujudkan di mulai dengan perkenalan dan terus berkahwin disusuli pula dengan percintaan. Tidakkah manis jika begini, semuanya tidak ada kemusykilan lagi. Kasih akan berpadu dengan sendirinya.
Untuk mengenali orang yang baik, jadi perlulah melalui orang yang baik juga. Hanya orang yang baik yang mengenal orang baik yang lain. Jangan sesekali mengimpikan pasangan hidup yang baik jika diri dan orang di sekeliling kita masih lagi tidak terarah. Inginkan suasana indah tetapi, tetapi hati masih tidak tergerak langsung untuk menggapainya, impian yang dibekukan tidak akan mudah untuk terjadi dengan sendirinya.
Muslimat pun semestinya mahukan pasangan hidupnya yang terbaik, yang dapat membimbingnya hingga bertemu cinta Allah yang hakiki. Jadi, ingatlah wahai muslimen, jangan diimpikan pasangan hidup yang indah tanpa meyedari diri dahulu, tapi ukurlah diri sendiri dahulu. Persiapkanlah diri dengan perkara-perkara yang sepatutunya. Sempurnakanlah segala yang masih tidak terlaksana, kerana niat ingin menempuh alam perkahwinan bukanlah perkara main-main. Jangan sesekali memandang remeh setiap perbuatan kita, kelak akan menyesal tidak sudah.
Oleh sebab itu, semasa memilih pasangan hidup mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Rasulullah, melalui sabdanya yang bermaksud :
“Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”
Sungguh indah apabila cinta bertasbih (memuji Allah). Bermaksud bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi masyarakat kita sekarang terbalik, amalan masyarakat sekarang pula sebaliknya apabila manusia bertasbihkan cinta-lalu kehendak Allah tunduk kepada cinta! Memperhambakan diri pula kepada cinta !, tidak pula ingat bahawa kita semua hamba kepada Allah, itulah yang sebenar-benarnya.
Malu itu ibarat permata!
Apabila sudah banyak meluangkan masa bersama kekasih, diluahkan segalanya, isi hati dan perasaan. Menjadi tempat ditumpahkan segala masalah. Diminta untuk dijaga hatinya, tetapi diluahkan kepada insan yang masih tidak halal baginya. Inilah masalah orang islam sekarang, apabila hatinya resah, diadukan kepada insan yang ternyata lemah tidak pula kepada Allah.
Apabila segala kenangan manis sudah dicipta ketika bercouple, jadi apa lagi yang akan manis ketika berkahwin? Hanya penyudah perhubungan sahaja sebelum ajal datang? Atau pelengkap hidup sahaja dalam kebiasaan hidup manusia? Kadang hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta sebelum kahwin tidak seindah dulu, ramai pula jika dilihat orang di luar sana bercerai.
Dulu berpisah ketika bercouple terasa rindu, bagaikan tidak boleh hidup. Tetapi setelah berumah tangga semua itu bagaikan perkara yang tak perlu ada dalam isi hati di dalam berumah tangga. Segalanya layu kerana sudah banyak dirasai ketika zaman muda-muda bercinta dahulu. Semuanya sudah suam, tidak sehangat dulu.
Malu???
Jika kita semua dapat mengekalkan perasaan malu, semestinya perkara-perkara yang memalukan tidak akan pernah berlaku. Bercouple dan lain-lain perkara lain tidak akan pernah berlaku. Tidak akan ada langsung orang yang melakukan dosa kerana malu kepada Allah. Tetapi perasaan malu itu jauh tertanam, langsung tidak digunakan. Banyak hikmahnya, itulah fitrah manusia yang dikurniakan mempunyai perasaan malu. Tetapi digunakan pula perasaan malu tersebut tidak bertempat. Malulah tidak pernah bercouple, malulah tidak pernah menghisap rokok. Semuanya kerana tidak sanggup menahan perasaan malu di hadapan makhluk, tapi sanggup menahan rasa malu dengan Allah. Minta dijauhkanlah dari kita sifat-sifat buruk tersebut.
Boleh diibaratkan seperti permata.
Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin manjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya.
Malu seorang isteri akan disimpan rapi olehnya, hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya sahaja. Disimpan di dalam bekas yang cantik atas bayangan seorang isteri yang solehah. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.
Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan. Jadi beringatlah kita semua, jangan dicari kegelapan, carilah cahaya. Cahaya walaupun sebesar lubang jarum, walaupun kecil tetapi tetap mampu menyinari kegelapan. Samalah seperi titik hitam di atas kertas putih, yang dilihat hanya titk hitam. Tetapi jika di dalam kegelapan carilah cahaya iaitu nur, cahaya islam itu sendiri.
Permata tidak akan disentuh oleh tangan-tangan yang kotor.
Isteri yang menjaga maruah dan nama suaminya bagaikan permata, malunya merupakan perhiasan terbesarnya. Jika muslimen yang mahukan permata yang indah, maka perlulah memperindahkan diri sendiri juga. jangan sesekali menyentuh permata yang cantik dengan tangan-tangan yang kotor. Yang indah juga perlu disepadankan dengan yang indah. Yang harum juga bersama yang harum supaya segalanya saling melengkapi.
Binalah sikap malu apabila sudah tersedar, jika tersentak maka bersegeralah agar semangat untuk berubah, sanggup diubah dan mengubah tidak lenyap begitu sahaja. Dan perlu diingat bahawa malu itu berkaitan dengan iman. Jika tebal imannya maka teballah juga perasaan malunya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
“Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya.”
(Riwayat Abu Daud)
Menyusurilah semula jalan imanmu untuk mencari malumu.
Bersegerelah menuju keredhaanNYA.
alhamdulillah..saya begitu menyukai entri anda ini..sangat memberi motivasi untuk saya...=)
ReplyDeletecredit u8ntuk anda yep!
Alhamdulillah, syukran, TQ
ReplyDeletesama2 semarakkan dakwah.....
salam perjuangan,
ReplyDeleteAllah adlh cinta utama dan sentiasa yg pertama..
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….”
[Al-ahzab : 4]
Rebutlah cinta Allah, krna di situ trdpt cinta2 yg lain..alhamdulillah,,=)
Alhamdulillah wa jazakallah .
ReplyDeleteTeruskn brda'wah di jlnNya .
hanya mampu doakan mreke yg bercouple mndapat petujukNya
ReplyDelete~sesungguhnya al-haya' itu benteng diri setiap muslimah. jika runtuh benteng itu, maka rosaklah diri.
ReplyDelete~jazakallah atas perkongsian. moga Allah redha.
tadi ada menyebut,,,,"Apabila segala kenangan manis sudah dicipta ketika bercouple, jadi apa lagi yang akan manis ketika berkahwin? Hanya penyudah perhubungan sahaja sebelum ajal datang? Atau pelengkap hidup sahaja dalam kebiasaan hidup manusia?",,,,
ReplyDeletesaya ingin bertanya,,,adakah tujuan kahwin hanya untuk bercinta sahaja?
Selepas kahwin ada lagi tanggungjawab kepada anak2, bukan hanya akan hidup berdua saja sampai mati,,,
Konfem la ada tanggungjawab kena pegang, kalau nak kurang tanggungjawab, rancang kehamilan, atau tak payah ada anak. Senang.
Delete@yaqut hulaif
ReplyDeleteassalamualaikum.
perkongsian yg baik. moga terus istiqamah
assalam...
ReplyDeletenice entry..sha suka..:)
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteEntry yang sangat bermakna, :') Keep it up!
assalam, nice entry...malu sebahagian dari iman.
ReplyDeletekalau suka jumpalah ibu bapa,sayangnya tiada yg berani,tanda x b'sedia..,kalau xb'sedia,kenapa nak b'cinta?
teruskan menulis~
YA ALLAH..NGNTUKNYE MATA...RSENYE XLART NK BCE BLOG ANDA MLM NI...SY BCE ESK YE...ASLM...
ReplyDeleteassalamualaikum, nice post! teruskan usaha. :)
ReplyDeletekerana malu pada Allah.
ReplyDeletebuat sy sedar dosa yang sedang sy kutip. Allahuakbar. sesal itu ada sentiasa ada. entah bila akan hilangnya.
sesal itu buat sy getar dan terus menangis kerana malu atas dosa yang sy buat dalam sedar.
meninggalkan cinta manusia..hanya kerana mengejar cinta ilahi..insyAllah..itu yg trbaik krna berpegang dgn jnji Allah..
ReplyDeleteassalam,, tak faham satu perkara..
ReplyDeleteada tak istilah kawan baek/rapat antara laki dan perempuan..?
dam macam mana kalo wanita dan lelaki itu mesej dengan ade satu "perasaan" sesama mereka? itu sudah dikire maksiat kan?
Tu namanya zina hati, bila ada rasa satu sama lain dikira maksiat. Elakkan rasa tu dengan selalu ingat Dia. Kalau suka, segera berkahwin. Tak mampu, tangguh dulu.
Deletekata2 dpt dr kwan 5 thun yg lepas..
ReplyDeleteImam hasan al basri pernah berkata:
hati itu adalah rumah Allah, jangan biarkan ssiapapun didlmnya kecuali allah.cinta manusia mnyebbkan kamu hilang khusyuk dlam ibadah leka dgn perbuatan yg sia-sia.oleh itu hati-hatilah dgn tipu daya keduniaan.org yg bijak ialah orang yg beramal dan berkasih kerana Allah.
evolution imhotep:)
assalamualaikum, sekadar ingin bertanya mengurai kekusutan yang tersimpul, apakah pandangan saudara mengenai sebuah perkahwinan yang dimulai dengan akad nikah tanpa percintaan sebelumnya, 15 tahun selepasnya sang isteri kelihatan tidak begitu menghormati sang suami, apakah ia tetap dinamai keluarga sakinah, sedangkan didalamnya sakit hati suami dan anak-anak gara-gara kata-kata yang keluar dari mulut sang isteri sehingga kesannya begitu mendalam dalam jiwa anak-anak dan suami
ReplyDeleteNak couple2 hanya lepas kahwin saja...kalau tak bahagia lepas kahwin nasiblah...itu ujian Dia. Jangan nak gatal2 couple tanpa ikatan yg sah
ReplyDelete