yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Tuesday, November 2, 2010

Hakikat bernafas di dalam jiwa hamba

Hakikat bernafas di dalam jiwa hamba

oleh : yaqut hulaif

Dengan BISMILLAH saya mulakan buat sahabat-sahabat. Sekadar perkongsian bersama agar disatukan hati-hati kita untuk hidup untukNYA. Program di masa cuti.



KEM PERMATA HARAPAN “Membina Jati Diri Muslim”

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.

Pelajar tingkatan enam.

Sekolah harian biasa, majoriti pelajar melayu yang beragama islam. Sekolah yang luas dan mempunyai pengetua yang baik hati yang tetap mahukan program tarbiyah untuk anak-anak muridnya. Pernah memijak kaki ke sekolah ini ketika pertandingan program anti-dadah peringkat negeri.

Islam. Satu-satunya agama yang dibenarkan di sisi Allah. Akan tetapi tidak semua dapat memahami erti islam secara menyeluruhnya. Hanya islam pada nama. Ya, saya islam ! tetapi diri tidak melambangkan langsung keperibadian islam. Amat menyedihkan umat islam akhir zaman.

Matlamat yang kian kabur.

Ya, saya islam, dia islam, mereka islam. Tapi islam dari segi apa. Dari segi bangsa? Dari segi nama? Atau hanya tertera perkataan islam pada kad pengenalan? Hati sudah tahu akan kewujudan tuhan, akan keesaan Allah, akan tetapi keperibadiaan tidak melambangkan sedikit pun.

Mind setting telah pun mengatakan Allah tujuan hidup. Tetapi perjalanan hidup masih tidak menuju kepada Allah. Bagaikan impian yang diidamkan tidak akan tercapai jika tidak ada usaha langsung menuju ke arahnya. Jadi jauhkanlah hidup yang sisi-sia sahaja.

Demi pengakhiran yang baik, iaitu Allah. Jadi perjalanan hidup juga perlu juga menuju kearahNYA. MATLAMAt -> ALLAH, PERJALANAN HIDUP-> ALLAH, PENGAKHIRAN HIDUP-> ALLAH. Matlamat sudah ada, jadi cara menuju kearahnya juga perlu ada. Matlamat tidak akan tercapai jika hidup hanya di penuhi dengan maksiat tanpa bukti perhambaan kepadaNYA.

Realiti masyarakat sekarang.

Seperti yang telah dimaksudkan, masyarakat islam sekarang hanya hidup dengan ‘nama’ bukan dengan ‘islam’. Masih tidak sedar akan keagungan islam yang sebenarnya, masih tercari-cari. Alhamdulillah kepada yang masih tercari-cari, akan tetapi kepada yang tidak tahu apa-apa langsung matlamat hidupnya yang hidup atas ‘nama’ islam sahaja. MasyaAllah.

Apabila diberi peluang untuk bersama masyarakat, maka gunakanlah dengan sebaiknya. Semasa program ini, program bersama tingkatan enam. Dari segi penyampaian mereka di dalam pembentangan sudah pun dapat mengesan tahap pemahaman mereka akan keindahan islam. Jadi perlu dinilai. Penilaian ini juga merupakan penilaian keseluruhannya masyarakat islam masa kini bagi saya.

Alhamdulillah bersyukur kerana diberi didikan agama yang sebaiknya oleh ibu bapa, dan bersekolah di sekolah yang terasnya pendidikan agama. Kita sedar akan realiti. Tetapi kepada yang tidak sedar perlu disedarkan hakikat islam yang sebenarnya dan hakikat dunia yang sementara.


Pengetua.

Program ini yang mencerahkan lagi.

Alhamdulillah setiap detik yang berlalu walaupun sekejap dapat diambil serba sedikit ibrah daripadanya. Setiap didikan yang mencerahkan lagi perjalanan hidup menuju ilahi. Hadirkan damai dalam hidup hanya dengan redhaNYA.

Sesungguhnya jujur ingin mengatakan bahawa sedang mencari hakikat islam yang sebenarnya. Program ini yang matlamat sebenarnya iaitu untuk menerapakan di dalam jiwa pelajar sekolah tersebut akan Islam sebagai AD-DEEN penyelamat sepanjang zaman.

Dahulu pernah mendengar sahabat menceritakan akan kehidupan hidupnya mengenali islam. Mengenali islam? Pernahkah kita mengenali islam? Atau hanya bangga mengatakan ‘sayalah islam !!’ tanpa rasa apa-apa akan keizzahannya. sahabat ini mengatakan hidupnya dahulu hanya dipenuhi dengan kejahilan. Dan kini sahabat telah pun berjaya mengikis karat-karat jahiliyah di dalam dirinya.

Cara penyampaian sahabat ini sudah pun membuktikan akan situasinya mengenali islam, seperti dapat merasai kemanisannya islam apabila berdamping dengannya dan mendengar penyampaian. Subhanallah, dimanakah hakikat islam yang sebenarnya? Bersama muhasabah diri, dimanakah ‘keislaman’ kita yang sebenarnya.

Hanya islam di tangan bukannya di hati.

Jadikanlah islam di hati agar dapat mencintainya. Kita bersama dalam satu ikatan islam, ikatan satu aqidah dan satu ikatan sebagai khalifah. Jadi berdoa dan redha atas semua ujian yang diberi. Kita dicipta sebagai khalifah dan ada amanah yang tersedia. Amanah daripada Allah dalam memburu cintaNYA.

Bagaimana akan menghadapiNYA nanti jika amanah tidak dijalankan? Hanya mengharap dirahmati dan diredhai sepanjang di dunia dan selamat sejahtera di syurga dinanti. Allah harus di utama daripada kepentingan dunia, jadi marilah kita bergandingan memburu cintaNYA.

Islam ghurbah. Islam pada awalnya terasing, dan akhir zaman juga akan terasing. Dan pada akhir zaman ini jugalah akan adanya penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Sementara diberi kesempatan dan berulang kali diberi kesempatan agar kembali dalam fitrah sebagai manusia untuk kembali kepadaNYA.



Perlu menjawab 3 persoalan penting.

Dari manakah asal kita?
Matlamat hidup di dunia?
Manakah pengakhiran kita?

Maka islam telah pun menjawab semua persoalan tersebut.

Inigin mencintai Allah setulusnya, dalam fitrah sebagai manusia sudah pun beriman. Berimanlah di dalam doa dalam ucapan dan setiap langkah kita. Datangkanlah iman terlebih dahulu di dalam hati dan terimalah ayat-ayat Allah.

Suburkan iman

Suburkan iman di dalam diri, apabila yakin sudah tiba dan teguh di dalam jiwa keimanan menjadi tunjang diri. Teguhkannya dan suburkannya dengan amalan-amalan dah istiqomah, dan carilah suasana yang dapat menyuburkan iman.

Dan waktu terus berlalu dan penantian menuju cinta Allah tidak akan sia-sia. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah menjadi teras utama. Wujudkanlah iman dan binalah iman, segarkan kewujudan sebenar iman di dalam diri. Sia-sia hidup jika tanpa keimanan, dan keimanan perlu disuburkan, apabila adanya kekuatan iman maka akan wujudlah ketakutan kepada Allah.

Pada zaman jahiliyah Rasulullah telah berjaya menzahirkan keimanan umat manusia ketika itu, apabila kuatnya iman dan akhlak, barulah dapat menerima segala janji-janji Allah yang masih baru ketika itu. Rasulullah datangkan iman dahulu sebelum AL-QURAN.

Apabila yang dilarang menjadi kesukaan.

Perkara yang Allah larang memang ramai manusia suka buat. Sebagai contoh (memerlukan ‘imaginasi’), sudah tertera dan tertulis atau ‘ terpahat’ mengatakan, “DILARANG MEMANDANG KE DALAM LUBANG INI” namun demikian ada juga jiwa-jiwa atau pun yang berpenyakit hatinya degil dan memandang juga pada lubang tersebut.

Apabila perkara yang dilarang tetap dibuat, bagi yang memandang dibaling kek ke muka melalui lubang tersebut, jadi marahlah apabila muka dipenuhi dengan kek. Akan tetapi sudah tertera bahawa DILARANG MEMANDANG KE DALAM LUBANG INI, perangai dan tabiat manusia sendiri. Sudah pun diberi peringatan dan ‘terpahat’ akan larangan.

Begitu juga akan segala hukum Allah dan segala perintahnya, apabila dilarang tetap tidak patuh, apabila disuruh tetap tidak dilakukan. Apabila diuji kerana keangkuhan diri mulalah menderita dan marah, kenapa Allah tidak sayang ak ka?? Begitu pula yang dipersoalkan.

Sanggup marah kepada Allah apabila seruaannya tidak dipatuhi. Marah kerana tiada keimanan. Jika diduga mintalah dikuatkan iman untuk menghadapi setiap dugaan, tetapi bagi yang marah akan setiap dugaan yang mendatang mengeluh supaya dikurangkan dugaan. MasyaAllah. Sentiasa bersangka baik pada setiap ketentuanNYA, pasti ada hikmah dan nikmat disebaliknya.



Ibrah untuk semua.

Semoga penulisan ini berguna, iainya bonus kepada saya apabila mengikuti program ini. Dan perkongsian berguna kepada sahabat-sahabat. Jika sudah terbiasa anggaplah sebagai peringatan.

Walaupun diberi amanah sebagai fasilitator, tetapi tetap merasai seperti peserta kerana masih banyak ilmu-ilmu Allah yang masih tidak terungkap. Semoga idea yang saya datangkan ini bermanfaat dan mendapat redha, Ameen YA Allah.

Masih ada yang tidak dikongsi, maaf. Mungkin blog sahabat ini dapat menambah tarbiyah yang terkurang. http://kehidupanku-razi.blogspot.com/

Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian.

1: 13 PM 1 Nov 10 Bersihkanlah diri, dan gapailah cinta -> cinta ilahi.

No comments:

Post a Comment

Followers