yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Tuesday, November 16, 2010

Luv Ukhti

Luv Ukhti

oleh : yaqut hulaif

Saya ada kakak, amatlah beruntung rasanya sebab tidak semua orang ada kakak dan ada yang anak tunggal. Mungkin post ini sebagai penghargaan atau apa-apa sahajalah yang patut disebut. Kerana segalanya yang ingin dihargai susah untuk digambarkan.





Saya sedang mengatakan yang benar tentang kakak-kakak saya.


Pernah bertanya kepada sahabat “ banyaknya baju melayu? Cantik! Berapa harga beli? Jawabnya tak beli pun, dengan selamba katanya, kakak yang jahitkan, ada sahabat lain yang menyampuk, untunglah ada kakak, dan saya sekarang pun ada kakak dan ingin menghargai mereka.

Kakak kedua pernah berkata, untung kita ada emak yang mendidik anak-anaknya dengan baik sekali. Ya, memang sangat beruntung kerana emaklah yang banyak mencorakkan kami. Semua kakak-kakak saya tidak pernah belajar bahasa arab dan hanya ada asas pendidikan islam di sekolah menengah.

Tapi kerana didikan emak, apabila berpijak ke universiti mereka disangka berasal daripada sekolah agama hanya kerana bertudung labuh, itu pun telah membuatkan saya bangga, bangga kerana ada kakak, bangga kerana ada yang masih mahu ambil berat ketika di sekolah dahulu.

Tiada yang dapat hancurkan teguh ikatan hubungan darah daging antara adik-beradik kerana sampai bila-bila pun tidak akan dapat dipisahkan. Mereka merasai remaja terlebih dahulu daripada saya, jadi merekalah tempat saya menadah pendapat dan teguran.

Kakak yang pertama, emak pernah berkata kakak balik lewat dari sekolah dan akan tidur sebab keletih kerana kakak ini tidak dapat menampung pembelajaran kerana ada hal-hal lalu yang tertentu yang meletihkan otaknya, begitulah kata emak. Tapi kakak inilah yang banyak push saya ketika di darjah 6 ketika hendak mengambil upsr, kakak inilah yang banyak marah, banyak perli dan sebagainya. Tapi tetap berjasa.

Pernah kakak ini berkata apabila sedang melihat majalah sekolah rendah, pelajar harapan 5A = M..........., kenapa bukan nama adik di situ? Banyak kakak ini mencabar, mencabar agar terus berusaha, walaupun ketika itu saya telah banyak berpuas hati dengan tahap pembelajaran saya.

Kakak ini tidak berjaya memijak kaki ke menara gading, tapi saya amat menghargainya walaupun pernah saya mengamuk dengannya kerana suka kacau adik-adiknya. Sekarang kakak ini sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.

Perkahwinan kakak saya ini saya hendak banggakan juga kerana cinta mereka cinta selepas berkahwin, memang nampak kemesraan mereka bercinta bersama cahaya mata yang pertama, tidak seperti pasangan yang lain. saya amat menghargai kakak saya ini.

Kakak saya yang kedua, selalu bergaduh dengannya sehingga sewaktu kecik dahulu pernah dihalau oleh abah dari rumah kerana selalu kacau kakak, mungkin terlalu nakal. Tapi bila difikirkan kembali tidaklah terlalu nakal sangat dahulu.

Di peringkat sekolah kakak ini aktif sukan dan kakak inilah yang memulakan langkah ahli keluarga kami yang menjejakkan kali ke menara gading. Hubungan kakak ini dengan guru-gurunya amat erat, seerat ibu dan anak.

Abah pernah berkata “ kata kawannya, kalau anak sulong boleh masuk universiti, jadi adik –adiknya selepas itu semua akan masuk universiti ’’. Kawan abah bercakap berdasarkan pengalamannya mendidik anak-anaknya, kawan abah itu hanya menjual rojak buah di tepi pantai. Kata-kata abah itu merupakan doa untuk anaknya.

Kakak ini selalu bergaduh dengannya ketika di sekolah rendah dan pada awalnya di sekolah menengah, kakak ini berjaya ke usm. Insan pertama yang mendapat tawaran dari dalam keluarga ke universiti, kakak ini banyak mengajar ketika saya hendak ambil spm semasa di tingkatan empat dan lima, mengajar matematik.

Itu sahaja yang kakak ini mampu mengajar kerana saya ambil bahasa arab, syariah dan quran sunnah, saya sahaja yang mengambil subjek ini di dalam keluarga. Sekarang masih belajar di usm dan bekerja sambilan.

Banyak kerjanya semasa belajar, kalau tidak silap kerja pertamanya di kedai fotostat , kerja di bahagian farmasi klinik syifa’ DR. Daniel Zainal Abidin ( penulis buku dan penceramah terkenal, antara buku beliau “ Al-Quran Saintifik” ) dan mengajar di sekolah menengah.

Prinsipnya kuat, kalau kakak ini balik cuti semestinya berbual panjang berkongsi pengalaman. Tetap pendiriannya, kakak ini berkata jangan ambil pinjaman ptptpn dan kakak saya yang keempat ditanggung perbelanjaannnya di universiti. Saya amat menghargainya.

Kakak saya ketiga. Kakak ini selalu menangis kerana saya dahulu. Pertamanya kerana semasa sekolah rendah dahulu saya selalu lewat ke sekolah dan kakak ini merupakan pengawas. Saya naik basikal bersamananya untuk ke sekolah ketika di darjah satu dan dua rasanya, setiap hari saya lewat dan setiap hari itulah dia menangis kerana saya yang lewat. Ketika itu kakak ini memang banyak bersabar. Kerana seorang adik ini juga.

Peristiwa keduanya kerana saya tidak siapkan kerja sekolah. Keluarga saya yang bersekolah di sekolah rendah tersebut sememangnya sudah cikgu-cikgu sekolah tersebut kenal sangat-sangat. Kerana saya tidak siapkan kerja sekolah kakak ini juga yang dipanggil oleh cikgu. Saya tidak siapkan kerja bahasa inggeris, sir ini memang kenal semua adik-beradik saya dari anak sulung abang saya hinggalah saya.

Saya disuruh oleh sir untuk panggil kakak saya, ketika itu kakak berada di bilik muzik sedang berlatih koir kalau tak silap, terpaksa juga menebalkan muka. Memang mendapat teguran yang padat daripada sir dan ditambah lagi ketika balik rumah.

Sekarang kakak saya ini berada di johor, kos kejuruteraan. Kakak ini juga orang yang pertama di dalam keluarga yang mengambil kursus kejuruteraan. Dahulu diploma di utm kL sekarang ijazah di johor. Dan saya amat menghargainya menanggung kesabaran ketika di zaman sekolah dahulu. Selalu minta 20 sen daripada kakak ini untuk beli kacang ketika kakak di dalam kelas. Dahulu memang sedikit nakal.

Kakak saya yang keempat, tidak banyak sangat peristiwa dengan kakak saya ini kerana saya dengannya lebih kurang sekepala. Kakak ini ke 2 last dari keluarga. Kami selalu bermain bersama dulu. Bila abah balik rumah mesti kami berdua kena marah kerana belum mandi pagi lagi kerana asyik bermain. Sawah tempat kegemaran bermain.

Sekarang kakak ini berada di ukm menyambung ijazahnya, Alhamdulillah kami dapat tawaran ke universiti. Dan saya juga menghargainya. Ketika di bangku sekolah lagi banyak berkongsi tentang sekolah masing-masing dan kini banyak berkongsi tentang universiti masing-masing pula.

Mereka semua empat orang kakak saya, kakak yang perlu dihargai. Terasa beruntung dan perlu dihargai apabila memiliki kakak. Alhamdulillah. Memang susah untuk diingat kembali perkara yang lalu, tapi saya ingin mengingati juga kerana ingin menghargai mereka.



Saya sekarang cemerlang kerana mereka pernah gagal dan saya cemerlang kerana mereka juga pernah cemerlang. Saya cuba menghargai mereka melalui minat saya menulis blog, jadi insyAllah blog post ini bukan sebesar-sebesar penghargaan tetapi merupakan sekecil-kecil penghargaan. Jelajahi duniawi menuju ukhrawi bersama merupakan sebesar-besar penghargaan. Ameen ya Allah.

1: 05 PM 17 Nov 10 Sembelihlah kecintaanmu, moga Allah redha setiap pengorbanan kita. Utamakan redha Allah, agar lebih merasai.~Salam Aidiladha~.


6 comments:

  1. Maka, Sayangi & hormatilah kakak anda. Segarang-garang kakak pun adalah semata-mata kerna terlalu sygkan adik2nya. Tiada sekelumit benci yg berbekas dihati even dikutuk/diperli oleh adik sendiri walaupun pada hakikatnya ia lebih sakit dari dikutuk/dihina dari masyarakat sekeliling.

    Salam Eiduladha.. dan selamat menjamah daging korban. ^^,

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Sayangilah kakak anda.LM tiada kakak,dan teringin di sayangi oleh seorang kakak.

    ReplyDelete
  3. Ramainye kakak dia..:)
    Alhamdulillah, ade 2 org kakak & 2 SIL. mmg lengkap hidup ni walaupon belom jumpa dot dot dot..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum yaqut
    syukran jazilan dah singgah teratak akak
    akak memang taida kakak
    jadi masa kak sekolah kat sebuah sekolah agama di Perlis sekitar 90-an dulu,akak gembira sangat sebab akak punyai ramai kakak-kakak yang menyanagi akak kerana Allah,jadi walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga,kasih sayang yang ikhlas dari kakak-kakak membuatkan akak lebih bersungguh2 belajar.alhamdulilah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ya akhi..

    alhamdulillah.. ada kakak yang ramai...

    saya tak ada kakak, saya lah kakak kepada adik-adik saya...

    ya, bila menjadi kakak kita perlu mempengaruhi adik-adik kita...

    setiap beradik mempunyai karekter yang berbeza kan...

    syukurlah kepada ibu dan ayah yang banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    suka baca entri ni, dan bertanya sendiri, "bila adik sendiri nak buat macam ni dkt kakak?" ^_^

    saya anak sulung, tiada kakak dan abang, yang ada, adik perempuan seorang dan 3 orang adik lelaki, tambahan 2org drpdnya adik tiri.
    sungguh, mendidik itu bukan senang =) masing2 punya ragam masing2, tapi Alhamdulillah, setakat ni adik2 tiada yang begitu menimbulkan masalah yg bsr,
    mendengar kata....tapi selalunya mendengar kata bila kene marah ^_^

    betullah, bila kita menghargai org, kita akan dihargai balik..
    dan dlm post ni, kakak menghargai adik, adik kembali memberi penghargaan kpd kakaknya...
    walaupun dikatakan sekecil-kecil penghargaan, kalau saya di situasi kakak yaqut, bagi kakak sendiri ni dah lebih dri cukup. dan seorg kakak tiadalah juga mengharapkan penghargaan, cukup jika adiknya jadi manusia yg berguna kpd agama, bangsa dan negara.


    p/s: maaf..ckp byk dah pada komen pertama...

    ReplyDelete

Followers