yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Thursday, February 10, 2011

Sakit hati namun takut padaMU


Oleh : yaqut hulaif

Memang terasa amat sakit, terasa hendak lepaskan saja perasaan ini. Tapi tidak tahu apa caranya, ya Allah tolonglah hamba Mu ini.

Mungkin kerana kurangnya menadah didikan Mu atau mungkin kurangnya ibadahku kepada Mu, sedarkanlah aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah.

Rasa kerdil kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan, kesal, terasa takanan, tidak tahu apa aku rasa sekarang ini. Jika ini ujiana dari Mu ya Allah berilah aku kesempatan untuk merasai ibrahnya, jika ini ujian Mu ya Allah berilah aku merasai kesalan kerana dosa yang pernah aku lakukan ya Allah.

Tunjukkan ya Allah. Hamba Mu ini amatlah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah pengabdian penuh kepada Mu.

Memerlukan masa untuk bersamaMu, memerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan, memerlukan masa untuk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik segala ujian ini. Aku mengatakan aku tidak kuat, tapi Allah mengatakan aku kuat kerana telah memberi ujian ini.

Ingin ku sedar ya Allah. Ingin ku tatap setiap kesalahanku ya Allah, ampuni dosaku ya Allah. Aku masih mahu merasai kemanisan nikmat Mu ya Allah, kerana indahnya syurga Mu ya Allah.

Berikanlah hamba Mu ini peluang ya Allah, aku mohon sebagai seorang hamba. Tanpa kesedaran tak akan aku mohon kepada Mu ya Allah. Bersyukur kerana masih disedarkan. Sentaklah iman ku ya Allah agar ianya lebih kuat, sekuat yang engkau mahukan ya Allah, aku mohon. Aku malu pada Mu ya Allah.

Aku msih tidak berdaya, aku sedang mengadu kapada Mu ya Allah. Dayakan aku ya Allah dengan segala limpahan rahmatMu. Kuatkan hati aku, kuatkan jiwa aku ya Allah, kerana aku masih mengharapkan kepada Mu, aku masih berada di jalan Mu.

Maaf jika aku terleka, maaf jika tidak mengotakan segala janji Mu, maaf tidak mengikut kehendak Rasul Mu. Aku masih mahu, kerana aku masih suka akan agama Mu. Tetapkan iman aku ya Allah, tunjukkan aku jalan yang kuat untuk menuju redha Mu ya Allah, hanya pada Mu tidak ada yang lain.

Aku pinta walaupun mata tidak mengalirkan titisan kekesalan, aku meminta walaupun tiada riak kesalahan di mukaku, tapi aku minta kerana hatiku hanya engkau yang tahu, hanya engkau yang mampu dan hanya engkau hatiku dapat bersedih, ya Allah ampunkan aku.

Jika menitisnya air mata ini dapat merubah perasaanku yang lemah ini, redhakanlah. Hidupkan sangkaan yang baik dalam diriku. Hidupkanlah kemuliaan redha Mu dalam diriku ya Allah. Aku mahu menyesal. Agar aku dihidupkan semula cahaya-cahaya keimanan dalam diriku.

Sedarkan aku ya Allah di dalam sebenar-benar sedar. Aku sedar segalanya. Aku sedar apa yang aku lakukan tapi sedarkan aku dengan keampunan Mu ya Allah. Limpahkanlah segala-galanya kepadaku ya Allah.

Ampunkan aku ya Allah jika sebelum ini aku merajuk pada selain Mu ya Allah. Aku bersyukur kerana diberi ujian oleh Mu ya Allah, agar hatiku ini masih boleh lagi tersentak. Tersentak dari terus melakukan dosa dan kemungkaran terhadap Mu ya Allah.

Aku masih sedar saat manis-manis keimanan ku terhadap Mu, aku masih mampu mengingatinya. Kembalikan aku kepada kemanisan itu ya Allah. Aku masih dahagakannnya ya Allah. Tidak akan aku sentuh lapangan dakwahMu selagi terasa diri ini tidak kuat. Ampunkan aku ya Allah.
Jika nukilan ini dapat menyedarkan aku, aku mohon redha Mu. Tunjukkan aku ya Allah. Ini rintihan hati hamba ini ya Allah. Dengarkan ya Allah segala keagungan Mu ya Allah. Aku mohon. 


Astaghfirullahhalazim.

10 Feb 2011 5:54 p.m

11 comments:

  1. semoga hari esok sentiasa lebih baik dari hari ini..:)

    ReplyDelete
  2. Saya juga sering merintih begini. Teringin merasa kembali saat-saat kemanisan ketika berada di dalam kenaifan dahulu...

    Sentiasalah berusaha agar kembali ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

    ReplyDelete
  3. salam alaykk..
    moga diperbesarkan iman untuk setiap ujian yang melanda..ada 'sesuatu' yang hendak diberiNYA..
    ~Sabar itu indah..
    ~Ujian itu tarbiyyah..

    Wassalam~

    ReplyDelete
  4. -Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka...Insha-Allah

    ReplyDelete
  5. sayu hati menbaca rintihamcm ini,,kadang2 tenggelam dalam dunia sampai beribadah pun tanpa rasa apa2 perasaan,,Sentaklah iman aku Ya Allah,,smoga sentakan itu x datang dwaktu aku susah,,

    ReplyDelete
  6. moga dipermudahkan urusanmu ya akhi..

    kadang-kadang kita rapuh..kadang-kadang kita kukuh...

    kita diciptakan untuk diuji..
    Ya Allah, sinarilah hati kami dengan petunjukMU sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya, dengan rahmat-MU wahai Allah yang paling penyayang...Amin

    ReplyDelete
  7. bersihkan hati:

    1. carilah 'hati'mu di dalam solat...jk tak jumpe..
    2. carilah 'hati'mu dalam membaca al-quran...jk tak jumpe..
    3. carilah 'hati'mu dalam tafakur mengingati mati...jk tak jumpe..
    4. mintalah pada Allah 'hati' yg baru

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, mohon izin share, ya :) memang terkena pd hati..

    ReplyDelete
  9. aku malu padaMu Ya Allah..aku rinduMu Ya Allah

    ReplyDelete
  10. sama seperti apa yang aku rasakan...aku malu padaMU,aku rindu padaMU YA ALLAH...
    aku berharap kurniakan kembali rasa kemanisan bersama denganMU YA ALLAH

    ReplyDelete

Followers