Alhamdulillah masih diberi peluang di atas muka bumi Allah ini. Dan masih diberi peluang untuk memahami agamaNYA. Syukur Alhamdulillah tanda kita hambaNYA.
Mari kita menjadi hamba, akan saya kongsikan sedikit sebanyak untuk mencari redha NYA, agar kita dapat menjadi hambaNYA yang sebenar-benarNYA, pujaan hati kita sepanjang masa Allahurabbi.
Akan saya kongsikan sekadar giliran atau pun paranan saya sebagai orang yang mendengar kebaikan untuk disampaikan semula kepada umum, moga Allah redha. Moga hidup kita berdasarkan cinta berpaksikan wahyu insyaAllah. Moga dikutip segala ibrahnya.
Menuju CINTA perpaksikan WAHYU.
15 januari 2011
Tuan Haji Rosdi Baharom.
Anjuran Kelab fasilitator Apium Nilam Puri.
Muqaddimah cantik daripada Tuan Haji Rosdi Baharom berkongsikan satu kisah berkaitan cinta. Pada suatu hari dalam sebuah pertemuannya dengan anak-anak muda, Imam Hassan Al-Banna telah disoal dengan satu soalan oleh seorang pemuda.
“ Wahai, sheikh. Adakah cinta itu halal atau haram ?,” Soalnya.
Imam Hassan Al-Banna menjawab dengan tenang.
“ Cinta yang halal itu, HALAL,”
“ Cinta yang haram itu, HARAM,”
Bercinta untuk redhaNYA (Beliau membicarakan tentang Cinta & Kebahagiaan)
Kita bukan hendak bercinta tetapi kita hendak bahagia, dan kita bukan hendak bahagia dengan hanya bercinta. Tetapi cinta itu merupakan salah satu untuk mencapai kebahagiaan, bukan yang pertama dan bukan yang utama cinta itu, sekadar cara untuk mencapai kebahagiaan dan banyak lagi cara atau pun pendekatan lain untuk mencapai kebahagian.
Jadi hidup yang sebentar ini perlu dibahagiakan juga, agar bahagia juga di akhirat sana insyaAllah. Umur yang semestinya yang meningkat ini seharusnya disusuri dengan perkara-perkara yang membahagiakan, akan kita susuri hidup ini agar dapat menguatkan iman, agar fitrah perhambaan dapat ditonjolkan dan dapat digilap kebangkitan iman, jadi marilah menjadi hamba.
Hanya orang yang lalai sahaja yang akan menganggap bahawa hidupnya akan lama, akan berpanjangan. Perlu diingat kerana dunia ini tak ada yang abadi kecuali akhirat sana yang sudah dijanjikanNYa.
Apakah jaminan bahawa hidup kita akan terus berpanjangan?
Apakah jaminan iman kita akan terus ada?
Husnul khatimah merupakan impian setiap muslim,agar berakhir dengan pengabdian penuh kepada Allah. Tiada jaminan juga hidup kita akan berpanjangan.
Seperti kita terpijak sekumpulan semut, dan akan ada sebahagian semut yang akan mati, hanya dengan sekelip mata sahaja bukan, beberapa nyawa makhluk kecil itu dicabut.
Jangan disangka umur masih panjang, jangan disangka umur ‘aku baru 20 tahun’ tetapi ‘aku sudah 20 tahun’. Sekelip mata sahaja jika sudah ketentuanNYA, apabila sudah sampai masanya ajal tidak akan menunggu atau pun lewat walaupun sesaat.
Sakit sebagai ujian.
Dunia ini yang penuh dugaan tempuhilah walaupun seorang, asalkan berpaksikan wahyuNya. Kerana akhirat jualah yang kekal selamanya. Apabila diuji dengan kesakitan bermakna itu tarbiyah secara langsung daripadaNYa, sukar dipercaya bahawa itu tanda kasih Allah, tetapi benarlah bahawa Allah tidak akan menguji makhluknya tanpa kemampuannya, itu tanda kasih Allah, tanda Allah masih cinta kerana tidak dibiarkan terus hanyat dihanyuti dengan dunia, agar tidak tenggelam di alam rasa nafsu dunia.
Apabila sakit tanpa kekuatan iman, maka akan timbullah rasa keraguaan dihati, bisikan syaitan mencelah di sana sini, sukar menghiburkan hati dengan janji-janji Allah. Senandung zikir juga tidak mampu diucapkan. Apabila dicabut iman ketika itu? Dalam kerguaan di dalam hati? Damailah bahagialah bersama kasihNYa bagi yang tidak ada keraguan di hati kepada agama NYA.
Tidak ada jaminan apabila Allah mencabut nyawa kita ketika masih beriman, jadi perlu bertarung dengan masuh yang nyata, syaitan. Kuatkan iman agarnya tidak goyah, agar tidak mudah dinodai.
Kebahagiaan.
Pencerahan yang baik membawa erti ketenangan hati, kelapangan dada dan kerehatan nurani. Mendengar tafsiran bahagia ini pun rasa bahagiaJ
“ Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.”
( Al-Baqarah (2) : 165)
“ Islam adalah agama CINTA. Dan mukmin
tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”
Dr Mahmud Asy –Syarif, Kitabnya Al-Hubb Fil Islam.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang memberi satu sentuhan indah, sederhana dan bersahaja berkaitan erti dan makna cinta. Katanya :
“ Cinta adalah sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyik. Cinta adalah gelojak perasaan yang muncul apabila orang yang bercinta merasa amat rindu dan terkenang-kenangkan yang dicintainya.”
Tuan Haji Rosdi menyatakan antara rujukan yang beliau gunakan ialah Buku karya Ibnu Qayyim Jauziyah iaitu Raudhatul Muhibbin( Taman-taman orang jatuh cinta). Dan, dalam buku ini sahaja Ibnu Qayyim telah memberikan 50 definisi berkaitan cinta.
Beliau menjelaskan jenis-jenis cinta. Ia terbahagi kepada 4 iaitu :
Cinta Ibadah ( Al-Hujurat (49 ) : 7)
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekefiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,
QS. al-Hujurat (49) : 7
Cinta Syirik ( Al-Baqarah (2) : 165)
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
QS. al-Baqarah (2) : 165
Cinta Maksiat ( Al Fajr (89): 20)
dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.
QS. al-Fajr (89) : 20
Cinta Manusiawi (Tabiat) ( Yusuf (12 ): 8)
(Yaitu) ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
QS. Yusuf (12) : 8
Dan, kesimpulan yang dibuat ialah cinta manusiawi yang akan memberi kekuatan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT ialah cinta yang berada di dalam mainframe, kerangka dan bingkai utama cinta Ibadah.
Kata mudahnya, cinta yang didasari, ditunjangi oleh cinta Allah SWT. Iaitu Mahabatullah. Ia adalah pancaran, sumber, masdar dan punca kepada keaslian, ketulinan dan kejernihan cinta yang diidambakan. Inilah fitrah yang sebenar yang perlu kita fahami dan hayati.
Cinta yang didambakan adalah cinta yang meransang perasaan, menaikan semangat perjuangan dan memberikan makna dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT. Jika perkara sebaliknya berlaku, itu bukanlah cinta tetapi ia adalah nafsu.
Kehidupan tanpa cinta adalah kematian. Cinta umpama cahaya, tanpa suluhannya seseorang akan tersesat di dalam lautan kegelapan.
Justeru, kita harus mempunyai ilmu berkaitan cinta ini. Jangan membutakan mata dan mata hati untuk mengetahui, mengenali dan mempelajari tentang cinta.
Dalam jiwa manusia, terdapat 4 aspek perasaan yang menjadi fitrah manusia. Iaitu fitrah menjadikan Allah SWT sebagai tujuan dan tumpuan, perasaan cinta (al-hub), perasaan takut (al-khauf) dan kepergantungan. Dan perbincangan ini, akan cuba mengimbangi semua aspek ini agar ia selari dengan tuntutan deen Islam.
Cinta itu fitrah
Firman Allah SWT :
“ Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah SWT.”
( Al-Baqarah (2) : 165)
Kata Ibnu Qayyim dalam Karya Radhatul Muhibbin menyatakan :
"Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah."
firman Allah SWT dalam Al-Quran :
“ Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu ; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari segi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).”
( Ali Imran (3) : 14)
Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa cinta dan kasih sayang..”
( Ar Rum (30 ):21)
Saya selitkan juga sedikit pendapat saya.
Sedikit penjelasan daripada saya dan sebesar-besar perkongsian.
Penulisan tentang cinta sebelum ini TAKUT UNTUK BERCINTA KERANA MALU, klik sini dan artikel ini menjadi popular post dalam blog yaqut hulaif. Dan CINTA BERPAKSIKAN WAHYU, klik sini.
Mungkin jika dengan membaca ketiga-tiga post saya ini dapat mencerahkan lagi konsep cinta berpaksikan wahyu yang sebenar. Kepada sahabat-sahabat APIUM NP boleh dapatkan terus daripada saya rakaman dalam format mp3 pengisian sepanjang program berlangsung.
Cinta itu fitrah, jangan bercouple kerana ianya bukan fitrah tetapi nafsu semata-mata. Kerana bercouple boleh sahaja berjalan tanpa perasaan cinta, tetapi berlandaskan bisikan syaitan.
Jangan abaikan nikmat fitrah Allah itu, tidak ada insan yang ingin membina masjid dengan batu bata haram, dan tidak ada insan yang ingin membina baitul muslim dengan couple. Couple itu cinta yang sia-sia kerana inginkan kebahagiaan dengan kehendak nafsu, tetapi bukan kehendakNYA, ALLAH.
Antara persoalan yang pernah ditujukan kepada saya.
tp mereka2 ckp couple y mereka bina ni kekal smpai anak cucu..nk kongsi 1 cerita ni wlupon x menarik....ana penah duduk bersebelahan sorang makcik ni dlm bus balik ke klate dr shah alam...tibe2 m.cik ni taye soklan cepu mas...dah ade gewe?terkedu sekejp...jujurnye jwap x de...die kate x percaya..m.cik tu tye lg..ke smpai kok lanas nanti gewe tunggu kt stesen bus tempat nk turun nanti?..lgi tersentakk,(x terpikir pon)m.cik tu pon buka lah crite tentang ank dia..dah bercouple...mcm bangga gitu berceritanya...lg2 bngga sbb anak dia tgh a-level nk akn ke oversea dlm perubatan,,kekasih anak m.cik ni pon bakal dokter jgk...
so cni, nampak mcm lampu hijau dr mak bapak sndiri bahawa digalakkan couple..couple nk salahkan sape??kita kawan nk nasihat x mkn saman la lau mak sndiri bangga bercerita anak dah couple....x terkecuali sahabat2. ade ayahnye pak ustat y balik dri mesir. orngnya mesra masjid,mesra usroh...tpi...............anak berjalan berdua2an ngn gewe menghala ke restoren ...x jauh...wakaf c.yeh tu je..(.x payah tye la sape).....
berbalik cite m.cik td,,die kate lg, sepatutnye time blaje d u ni la cr pasangan...klu tidak lambat kawen...tu dia katenye...ana x de kekuatan nk ckp kt m.cik tu konon nk betolkan la..sbb masa tu ana pikir kata2 die betoi jgk....so betoi x pendapat m.cik tu...?
saya jawab :
kalu kekal pn ana tetap kata ianya sia2, sbb pertama diaorag dah bercinta, pastu apabila lps berkahwin nak buat apa? y sebenarnya lps kahwin la baru bermula bercinta.
Jika hubungan yang dijalinkan itu berjaya hingga ke pelamin pun, tapi itu semua tidak seelok yang kita mahukan dan tak seindah yang kita semua mahukan. Zaman bercouple yang tidak syara’ tersebut diakhiri dengan perkahwinan? Perjalanan ke pelamin pun sudah tidak syara’ masakan akan wujud keluarga yang sakinah.
Apabila sudah banyak meluangkan masa bersama kekasih, diluahkan segalanya, isi hati dan perasaan. Menjadi tempat ditumpahkan segala masalah. Diminta untuk dijaga hatinya, tetapi diluahkan kepada insan yang masih tidak halal baginya. Inilah masalah orang islam sekarang, apabila hatinya resah, diadukan kepada insan yang ternyata lemah tidak pula kepada Allah.
Apabila segala kenangan manis sudah dicipta ketika bercouple, jadi apa lagi yang akan manis ketika berkahwin? Hanya penyudah perhubungan sahaja sebelum ajal datang? Atau pelengkap hidup sahaja dalam kebiasaan hidup manusia? Kadang hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta sebelum kahwin tidak seindah dulu, ramai pula jika dilihat orang di luar sana bercerai.
Dulu berpisah ketika bercouple terasa rindu, bagaikan tidak boleh hidup. Tetapi setelah berumah tangga semua itu bagaikan perkara yang tak perlu ada dalam isi hati di dalam berumah tangga. Segalanya layu kerana sudah banyak dirasai ketika zaman muda-muda bercinta dahulu. Semuanya sudah suam, tidak sehangat dulu.
itu pendapat mak cik tu...cinta sebelum kahwin ada sebernarnya, cuma kena betul caranya..tapi dari segi anak mak cik tu. dia couple semestinya tak syara, cuma yang nampak baik sikit anaknya tu ''couple'' dlm pengetahuan ibu bapa ja.....
sebelum kahwin itu cuma ada cinta, bukan couple....bercinta sebelum couple ni ada hanya dengan cara syara'..tak ada pegang2 tangan, kalu nak berjumpa perlu ada orang y ketiga atau y keempat..yang si lelaki pula mesti ada hubungan baik dengan saudara lelaki keluarga sebelah perempuan, manakala sebaliknya...dan banyak lg
itulah cara cinta y syara' sb cinta itu fitrah, fitrah y Allah beri pada semua orang, jadi kita jng mengharamkan fitrah cinta itu dengan bercouple......itu ja..
buat apa nak risau nak cari pasangan, pastu takut kahwin lambat, sb jodoh tu sudah DITETAPKAN oleh Allah, jadi sekarang nie kita hanya perlu menumpukan apa y di tuntut Allah kepada kita....
Rasulullah pun telah bersabda:
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian. Tidak mampu berkongsi keseluruhan ibrah daripada program ini, mungkin akan ada sahabat-sahabat blogger APIUM NP juga akan berkongsi juga sedikit sebanyak.
Mari menjadi hamba, bersihkan diri dan gapailah cinta, iaitu cinta yang esa. Bukan ilusi tapi abadi.
Maaf kepada pembaca blog yaqut hulaif, kerana blogpost dalam blog ini tidak pernah pendek-pendek, pernah dapat cadangan daripada sahabat-sahabat saya agar menggunakan pendekatan perkongsian bersiri atau dalam bentuk point, sebab apabila nampak artikel yang terlalu panjang terus rasa malas nak baca, insyaAllah akan saya usahakan. Kalau saya menaip terasa nikmat jari menari-menari di atas keyboard ini tak boleh berhenti pula J syukran kepada sahabat yang berpesan.
8:36am 22 januari 2011
salam... mantop... ok jaa pnjg pown... kami rajin baca.. kui3~
ReplyDeletesalam syeikh,ana ada tulis satu entri pasal cinta ini...dan ini pendapat ana selepas ana memikirkan satu perspektif lain dalam soal bercinta ini....tapi,terus terang ana cakap yang sampai sekarang ana masih lagi mencari hujah paling solid....
ReplyDeletejika anta mahu membaca entri tu,http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/10/couplehalal-atau-haram.html
cuma persoalannya,adakah cinta ini HAK kita sebagai hamba atau apa??
assalamualaikum...
ReplyDeletebleh x saya nk rakaman ceramah cinta ari 2?
Salam Juang...
ReplyDeleteSyukran perkongsian yang panjang ni (rajin nak baca)...
"Allah dihati"
Alhamdulillah.. bersyukurlah adik2 ni NP masih dijaga hatinya dan nikmatnya dalam mencintai Ilahi yg sebenarnya.
ReplyDeleteBila bercakap soal hati, pertama sekali kita betul2 kena jaga HATI. Sebab apa?? Dari hatilah, muncul macam2 perasaan.. kadang2 ia sukar dikawal. Dan perasaan yg sukar hendak dikawal inilah yg perlu kita didik agar selari dengan fitrah Islam yg sebenarnya.
Ya, memang betul Cinta itu Fitrah tapi biarlah Cinta itu berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..bukan Nafsu semata-mata. :)
Terima kasih kepada Adik Yaqut atas perkongsian ini. Nantikan perkongsian dari akak pula yg tajuknya "Manisnya Menjadi seorang Gadis" Sebelum Kahwin (Tambahan dari K.ha (K. Fatimah Syarha) InsyaAllah..:)
Alhamdulillah..perkongsian yg cukup mmberi ksedaran..moga generasi akan datang pun dpat terus diselamatkan akidahnya..nak..nak..dlm hal2 ber'couple' ni...
ReplyDeletepenting untuk ibu bapa itu sndri terlebih dahulu mngerti hal2 larangan Allah ini...agar jgn kerana anak..mak bapak diheret ke neraka..Nauzubillah..
Assalamualaikum...
ReplyDeletecinta berpaksikan wahyu..menarik..tapi sedih x dapat diaulakan hri tu..
perkongsian cinta yang menarik untuk golongan muda mudi yang masih tercari2 erti kalimah cinta yang sebenar ..
smga terus thabat dalam mencri RedhaNya..
wallahua'lam..
Salam.
ReplyDeleteTidak kisah, walaupun panjang tapi isinya yang penting.
salam,
ReplyDeletecinta kerana Allah S.W.T adalah cinta yang abadi =)
tertarik dgn mrk yg bertanya kpd akhi:
ReplyDelete"tp mereka2 ckp couple y mereka bina ni kekal smpai anak cucu."
~sudah tertulis di Loh Mahfuz sebaris nama utkmu, namun ketinggian peribadinya tergantung setinggi mana peribadimu. andai kau thabat di jalan-Nya, insyaAllah si dia juga akan terus berada di jalan-Nya. Bukankah telah Allah nukilkan dlm surat cinta-Nya, "perempuan-perempuan yg keji utk laki-laki yg keji, laki-laki yg keji utk perempuan-perempuan yg keji.perempuan-perempuan yg baik utk laki-laki yg baik, laki-laki yg baik utk perempuan yg baik pula..." (24:26)
kalau sudah ditakdirkan jodoh si B dgn si A, maka si A akan bersama si B juga...cuma bagaimana si A tadi mendapatkan si B...apakah berlandaskan syariat atau sebaliknya...
jika ingin menggapai redha-Nya, maka setiap perlakuan haruslah bersandarkan quran dan sunnah...
wallahua'lam
@Metz bUjangwsalam, syukran metz, moga bermanfaat, memang panjang pun, kalu tak panjang rasa mesej yang hendak disampaikan tak kesampaian pula :)
ReplyDelete@Ahmad Tajuddin Abdullahwsalam :)
ReplyDeleteinsyaAllah ana akan baca entri anta tu,syukran berkongsi link di blog ini.
cinta itu fitrah, fitrah pemberianNYA kepada kita hambaNYA.
@Anonymouswaalaikumusalam
ReplyDeleteya, boleh sahaja. niat ingin sebarkan rakaman ceramah cinta tu untuk ibrah bersama, email saya
kornrazak@rocketmail.com
@BaiTiL a'tiQasalam juang juga :)
ReplyDeletemoga Allah sentiasa di hati kita semua.Ameen ya Allah
@Serikandi Abi.Alhamdulillah, kami tunggu perkongsian dari kak Serikandi Abi.
ReplyDeletekita hidup untuk bahagia, bahagia di dunia agar dapat bahagis juga di akhirat,untuk bahagia antara wasilahnya adalah bercinta.
cinta bukan yang pertama, tetapi antara yang utama untuk mencapai kebahagiaan, semuanya hanya redha Allah. syukran
@Qaseh shauqah,Alhamdulillah, Moga cinta kita semua cinta yang mahal, mahal kerana berlandaskan fitrah islam yang sebenar, insyaAllah.
ReplyDeletePenting juga untuk ibu bapa dan penting juga untuk kita yang bakal menjadi ibu bapa, kita mengerti hal-hal larangan Allah pada masa kini agar dunia anak-anak kita kelak disinari dengan dunia yang kehidupannya aman dengan keimanan.
@Aku pengEmiswaalaikumusalam.
ReplyDeleteAnti masih berpeluang membaca perkongsian ana kali ini. boleh dapatkan juga rakaman ceramah cinta ini untuk perkongsian lengkap.
Syukran, moga kita thabat dalam redhaNYA, ameen.
@Pemerhati Dunia
ReplyDeletewsalam, syukran, moga bermanfaat untuk semua. :)
@sakit00
ReplyDeletewsalam.
ya, cinta yang abadi bukan ilusi lagi :)
@alFaratisyah
ReplyDeletesyukran pencerahan cinta dari saudari alFaratisyah,
Quran dan Sunnah pegangan kita, jadi jika ingin menggapai redhaNYA juga perlu kepada perjalanan menuju Allah itu diredhai..matlamat Allah, jalan menujuNya juga berlandaskan syariatNya, syukran :)
paksikan wahyu di bawah restu
ReplyDelete@cemomoi Berpaksikan wahyu pasti direstui =) moga beroleh manfaat ya dari artikel ini.syukran
ReplyDelete