yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Tuesday, April 5, 2011

Perkongsian yaqut hulaif : Smkaa dan PEARL ‘11

Perkongsian yaqut hulaif : Smkaa dan PEARL ‘11

Oleh : yaqut hulaif

Bismillahirrahmanirrahim

Barangsiapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya Tiada bertambah baginya dengan Allah kecuali bertambah j a u h . . .

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih ditemukan disini. Moda Allah redha.
Saya kembali ke sekolah Smk Agama Arau. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menunjukkan muka di sana.

Terasa tidak layak untuk berkongsi ibrah, tapi tidak mahu terlepas untuk berkongsi rasa. Inilah program yang sangat mengesani hati saya.

 

PROGRAMME OF EXCELLENT ACADEMIC AND MORAL 2011 (PEARL ’11)

25 MAC-27 MAC 2011 BERSAMAAN 19-21 RABIUL AKHIR 1432H

ANJURAN MAHASISWA KELAB FASILITATOR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI DENGAN KERJASAMA ALUMNI SMK AGAMA ARAU PERLIS

Program kesinambungan kelab fasilitator Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Dahulu pearl Sabah pelajar tingkatan 4 smka Inanam, pearl Kedah pelajar tingkatan 4 smka Kedah dan kini program pearl datang ke Arau Perlis.

Mungkin ini program kedua di Perlis yang pernah saya kongsikan serba sedikit ibrah di dalam blog yaqut hulaif ini. Jika dahulu HAKIKAT BERNAFAS DI DALAM JIWA HAMBA [link], moga bermanfaat.

Dahulu masuk sahaja kawasan sekolah sebagai pelajar smk agama arau, berpakaian lengkap kemas. Bersongkok hitam, kemeja putih suci seluar panjang hijau bertali leher hijau. Kasut kulit hitam melengkapi, segak. Gambaran pelajar smk agama arau.

Kini saya datang kembali dengan niat untuk berbakti, atau pun berkongsi sesuatu dengan adik-adik jauh saya, junior yang baik sekali.

Berbekalkan cuma baru  2 tahun pengalaman belajar di universiti moga dapat dimanfaatkan bersama.

Alhamdulillah program yang diizinkan Allah dapat berlangsung dengan baiknya. Pelajar tingkatan 2 menjadi pilihan. Agar dapat bersama mendengar seruan Nabi Muhammad, agar bersama merindui Nabi yang pembawa cinta itu.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



Terasa malu. 

Berjumpa kembali guru-guru dahulu, terasa segan dan malu pun ada. Guru, ustaz, ustazah, dahulu saya pernah berfikir sejenak.

Mereka tidakkah inginkan kerjaya yang lebih tinggi berbanding sebagai seorang guru? Guru insan yang sanggup berkorban impian mereka untuk anak bangsa, mereka tetap guru tetapi pelajar mereka tidak tetap menjadi pelajar, tetapi akan berkembang minda menjadi orang besar, menjadi para ilmuan.

Sentiasa mendapat kiriman pahala dari ilmu yang dimanfaatkan oleh anak-anak muridnya apabila diajarkan kepada orang lain terus menerus dan berpanjangan melalui penyebaran dan penyampaian ilmu. Amalan yang terus mengalir pahalanya.

Hanya bermula dari seorang guru, saya fikir guru telah mengorbankan kerjaya yang lebih tinggi yang mereka mampu gapai untuk anak-anak bangsa. Sebak melihat wajah guru-guru dahulu dan terus terlintas saat-saat ketika sesi pembelajaran di dalam kelas dahulu.

Mereka tetap di sini, tetap berdiri seperti dahulu, dan tetap senyuman yang sama diberikan, ya Allah sungguh besar pengorbanan mereka. Tetapi saya telah keluar dari sekolah ini dengan hasil titik peluh mereka mengajar.



“Terima kasih kerana sudi datang laksanakan program di sini”, saya cuma mendengar dan tersenyum seperti tidak layak menerima ucapan itu, spontan saya membalas ‘maaf..........’

“Sekarang adik-adik dari tingkatan satu sudah dicampur kelas, tidak seperti dahulu berasingan antara pelajar muslimen dan muslimat’’, tersentak saya mendengarnya.

“ Dahsyat, dahulu tingkatan empat baru dicampur kelas antara muslimen dan muslimat”, kata saya.

“Ya, jadi seniorlah yang kena fahamkan adik-adik’’, kata ustazah pasti, terasa seperti bebanan amanah baru sahaja diletak di atas bahu saya. Terus saya terlintas, ya, fahamkan mereka serba sedikit tentang ikhtilat.




Memang terasa lain apabila berborak dengan guru-guru ketika sebagai seorang pelajar dan kini sebagai bekas pelajar, seperti ada semangat lain yang datang menemani. Tegar jiwa guru-guru menghapuskan ragu pelajarnya.



Tersedar akan kewujudan biah solehah yang diikuti selama ini.

Ya, saya mula sedar akan kewujudan biah solehah yang pernah saya ikuti dahulu ketika di sekolah. Merenung wajah adik-adik peserta membuahkan ruh semangat. Melihat wajah mereka membuatkan saya rasa terus dan makin bersemangat.

Saya seperti mereka juga dahulu. Dahulu setiap langkah diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Segalanya berjalan lancar, perjalanan kehidupan harian teratur dengan jadual yang telah ditetapkan, waktu solatnya tidak pernah dirisau.

Jika terlupa sahabat sebilik seramai 18 orang tidak pernah lupa memperingatkan.

Solatnya dijaga, dahulu selalu sahaja diingatkan oleh senior-senior perlu dijaga solat sunat qabliah dan ba'diah, analoginya mudah sahaja diberi.

Apabila diberikan dua kertas kosong yang telah berlubang-lubang sebesar mata pen dan dua kertas kosong yang berlubang-lubang itu apabila dicantumkan akan dapat mengurangkan  lubang-lubang tersebut, ianya seperti saling melengkapi.

Solat fardhu yang dikerjakan yang tidak pasti kesempurnaannya akan terisi kelompongannya dengan amalan-amalan sunat tambahan.

Dan banyak lagi pengisian-pengisian bermanfaat dari ustaz. Tazkirah berantai sebelum maghrib dan sebagainya.



Syeikh Abdul Hamid Jassim al Bilali telah menulis:

“Umur itu laksana bazar atau pasar (ruang perniagaan) tempat jual beli pelbagai barangan, baik barang yang baik atau barang yang tak berguna.  Orang yang berakal ialah orang yang memilih membeli barang barang berkualiti walaupun harganya mahal, kerana lebih baik dari barang yang tak berguna meskipun harganya murah.



Teringat akan pesanan saya kepada adik-adik smk Hamzah, Machang Kelantan ketika program kelolaan saya, QARYAH ANAK SOLEH (QASEH ’11) program sebelum ini yang dilaksanakan ketika slot solat.

Pelajar tingkatan 1 dan 2 kelas aliran arab dan mereka dapat melengkapi solat dengan baik sekali dengan kesempurnaan bacaannya.

Saya berpesan, adik-adik sudah dapat menjaga solat lima waktu dengan sebaiknya, cuma sekarang perlu belajar istiqomah kerana apabila melangkah ke alam universiti tidak ada sesiapa lagi yang dapat menegur, apabila terlewat atau terlupa akan solat. Bebas sahaja membawa diri di sana.

Saya mengaku permulaan kemanisan tarbiyah saya di sini, smkaa. Saya hargainya dan rasa bersyukur yang teramat sangat, walaupun ada sahaja sekolah lain ketika itu yang jauh lebih baik tarbiyahnya.

Qiamullail bersama setiap hujung minggu, solat sunat tasbih dikerjakan bersama, berserban, baju melayu dan kain pelikat merupakan pakaian utama pelajar asrama ketika itu. Lima tahun di arau.

Apabila dipaksa untuk beramal kadang menjadi juga, dipaksa terus menjadi kebiasaan dan merasa kemanisannya, dan moga istiqomah dengan amalan itu.



Peserta terbaik muslimen, adik fudzail. 
Peserta terbaik muslimat, adik sakinah.

 
Kita perlu ingat, kita ini orang islam !


Tertarik dengan seorang peserta, setiap kali bercakap mesti diselitkan dengan sirah nabi dan para sahabat, cara percakapannya menunjukkan banyak bahan bacaan yang telah adik ini baca. Alhamdulillah, moga berterusan.


Kita perlu ingat! kita ini orang islam! Kita kena berani! Dari zaman Rasulullah menggunakan pedang, bukan macam sekarang yahudi menggunakan senapang dan senjata canggih menunjukkan sangat yahudi ini penakut!


Bersemangat sungguh adik ini, sambil membuat aksi bunyi dush! dush! dush! tembakan, terus bergema tepukan satu dewan.

Sempat berborak panjang dengan penyelia asrama, mendapat perlian secara terus dengan ustaz yang mengajar saya di dalam kelas kemahiran Quran satu ketika dahulu. Nasihat terus penuh rasa keibuaan dari ustazah Habsah, seronok rasanya.

Sempat juga mendengar ucapan pengetua baru, PUAN HJH SALMIAH BT. SABRAN,  saya tidak sempat bersama pemerintahannya.

Antara amanat beliau, jangan sesekali meramal kekalahan sebelum perang dan dalam ucapan perasmian penutup beliau mengatakan program pearl ini merupakan jalinan antara smk agama arau dan universiti malaya.



Ibn Jauzi telah menulis dalam Shaidul Khatir:

“Orang yang sedar sepatutnya mencari sesuatu yang paling mahal nilainya dan sesuatu yang paling berharga di dunia ini ialah ALLAH SWT”



Oleh itu, kita perlu berusaha untuk termasuk di dalam golongan yang sedar dan sentiasa sedar bersemangat mencari cinta ilahi, mencari keredhaanNYA.

Jika tidak maka kita akan tergolong dalam kumpulan manusia yang lalai. Lemah lesu tanpa sebarang semangat. Tanpa sebarang himmah.




Moga adik-adik program pearl sejak dari Sabah hingga ke Perlis semuanya akan terus bersemangat kerana, orang yang betul-betul bersemangat tidak akan merasa puas kecuali dengan syurga Allah.


12:48 am 02 Apr. 11 masa lalu merupakan waktu yang penuh dengan ibrah, mencari ibrah demi merealisasikan fantasi dalam bentuk-bentuk realiti. Ayuh kembali ke sekolah.

Apabila jauh, ia akan makin jauh dan jauh. . . j a u h . . . jangan dibiarkan ianya jauh.

Ini sahaja yang sempat dikongsi. Cuma perkongsian santai.

Wallahua'lam.

yaqut hulaif batch 04-08


   


8 comments:

  1. akhirnya......... dh lme kot tgu entry t'bru ni mengenai pearl'11.....
    perkongsia yg menarik.....

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...

    enta mesti kenal abdul rahman.
    shukran ats perkongsian

    ReplyDelete
  3. @fasih ya, Alhamdulillah, moga bermanfaat bersama.

    ReplyDelete
  4. @LIANAZULAK
    ya, saya kenal abdul rahman, sahabat saya masa zaman sekolah dahulu.

    moga bermanfaat, syukran

    ReplyDelete
  5. @-a'si abduh-

    aminah ngadiman senior saya.

    moga mendapat manfaat dari perkongsian nie.

    ReplyDelete
  6. ermm penoh manfaat..

    thanks ;)

    ReplyDelete
  7. Sama2 usaha dalam melahirkan seramai mungkin daie Allah....

    "Salam Juang"

    ReplyDelete

Followers