yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Sunday, May 1, 2011

Puncak Ibrah

Puncak Ibrah

Oleh : yaqut hulaif

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan untuk berkongsi di dalam blog yaqut hulaif ini. Moga setiap saat di dalam hidup kita ini bermanfaat untuk Islam, dan setiap detik kemampuan yang kita lakukan dan amalkan dapat mengembalikan kekuatan Islam.

Masa cuti akhir semester ini saya ingin ianya diisi, diisi dengan sesuatu yang berfaedah, insyaAllah moga dipertemukan. Permulaan cuti dimulai dengan program kembali ke sekolah, Perkongsian yaqut hulaif : Smkaa dan PEARL ’11 [link] dan sudah meninggalkan bumi tarbiyah ini [link].





Setelah berkali-kali percubaan untuk jari menari-nari di atas papan kekunci ini tidak berkesempatan, sedikit celahan masa ini kerana saya mengambil kesempatan untuk bekerja semasa cuti akhir semester ini. Moga Allah redha.

Cuti kerja seminggu sekali sempat diselitkan dengan riadah jasmani, moga rohani juga secergas jasmani itu yang saya cari. Selepas asar bergerak ke sana, moga setiap kesempatan yang diberi dapat memberi khibrah berguna kepada kita, moga dunia ini berseri dengan redhaNYA.

Satu hari dalam seminggu diambil kesempatan untuk berjumpa sahabat jauh saya, saya kuala perlis, dan sahabat seorang ini kangar, jauh tak? Boleh tahan la. Alhamdulillah setiap kali pertemuan diisi dengan perbincangan yang sepatutnya.J

Setiap perjalanan kita di dalam hidup ini merupakan perjalan mencari diri dan moga dipertemukan cinta Allah yang sebenarnya, mencari hakikat diri dan tidak akan kemana setelah kembali kepadaNYA.

Apabila yakin sudah tiba dan teguh di dalam jiwa, kesabaran ialah permata dan setiap penantian tidak akan sia-sia pasti akan bertemu denganNYA. Dan hanya perlu menunggu bidadari datang menyapa jiwa dan itu merupakan saat yang penuh bermakna. Mengisi hari dengan perkara yang DIA suka.



Bukit, gunung, banjaran.

Tinggi saya melihatnya dari jauh, siapalah yang pernah memijakkan kaki di gunung itu? Panjangnya banjaran itu, ada bendera di atasnya, bendera parti politik selalunya. Bagaimana si pendaki dapat mendaki bukit sebegitu tinggi hanya untuk menaikkan bendera parti politik itu, semangat apa yang sedang menemaninya?

Mungkin dia amat yakin dengan memacakkan bendera di atas bukit itu akan menambah lagi penyokong parti politik tersebut, atau  mungkin tujuannya untuk mengatakan bahawa bendera itu menjadi bukti kebanggaan masyarakat terdekat bahawa parti politik itu yang sedang berkuasa.

Pasti ada perasaan bangga di hati si pemacak bendera tersebut kerana dia telah melakukan sesuatu kepada parti politik yang disokongnya. Ya, saya amat bangga! Moga bangga dia mendapat faedah sepatutnya. Mungkin itu usahanya untuk mengatakan bukti tanda sokongan. Itu usaha dia. Usaha kita bagaimana?

Saya sedang berkempen, moga pembaca blog yaqut hulaif sudi menerina kempen saya ini. Si pemacak bendera telah memacak kebanggan parti politiknya di puncak tertinggi. Tapi saya juga mahu berkempen agar Islam memuncak di hati kita semua sahabat-sahabat, insyaAllah. Beri saya kesempatan berkongsi/berkempen ya.



Moga berjumpa ibrah hingga ke puncak.

Mendaki hingga kepuncak agar badan berpeluh, mendaki hingga penat moga dapat melihat pemandangan dari puncak, mendaki sehingga kejang kaki supaya masa terisi dengan pengalaman bermakna. Mendaki sehingga rasa puas?

Ya, saya mendaki bukit di kawasan Seriab, pekan dipinggir Kangar dan merupakan tempat pentadbiran kerajaan negeri Perlis dan juga terletaknya dewan undangan negeri di situ.

Sampai sahaja di puncak terus melihat pemandangan sejauh mata memandang keluasan negeri Perlis. Subhanallah. Dan cantik sekali, cantik itu pasti dan mari mencari ada apa disebalik kecantikan pemandangan itu.

Agar kecantikan itu membelai jiwa, saya lihat pelbagai bangunan dan terbentang luas sawah padi. Dan mudah sahaja dapat menyebut satu persatu nama bangunan tersebut, dan nampak seperti barang mainan sahaja. Dan kawasan sawah yang kelihatan kehitaman, jentera pembajak tanah kelihatan di situ sedang bergerak membajak dan juga kelihatan seperti barang mainan. Sawah itu akan menghijau  selepas ditabur padi benih.

Tersenyum melihatnya seperti sayalah yang berkuasa ketika itu kerana dapat melihat segala-galanya di dalam satu masa sahaja, bagaikan permukaan bumi di bawah sana hanya mainan saya. Kelihatan bangunan yang baru sahaja siap dibina dan cat bangunan yang masih baru membuat saya tersenyum lagi, masih seperti mainan.

Kelihatan begitu sempurna setiap binaan di bawah sana, hasil kerja manusia. Lelah hati ini ingin meyakinkan bahawa terasa kerdilnya kita, bertapa berkuasanya Allah. Kita cuma makhluk yang tidak berdaya apa-apa, kita hanya mampu bersujud. Begitu kerdil sekali jika hendak dibandingkan dengan segala kekuasaanNYA.

Nampak sahaja nikmat Allah terbentang luas di depan mata, akan tersedar segala nikmat yang diberikan begitu tidak terhingga. DIA membentangkan segala nikmat namun sejauh mana kita membuktikan rasa syukur. Terus dibentangkan nikmat kepada kita, adakah Allah sentiasa di dalam hati kita?

Bila esok hari datang lagi akan saya cuba melihat matahari yang tenang masih akan wujud seperti sedia kala.

Saya mengatakan sayalah yang berkuasa ketika itu, kerana saya telah berada di puncak dan segalanya kelihatan seperti mainan, segala-galanya dapat dilihat sejauh mata memandang. Sungguh berkuasa bukan.

Namun siapa yang lebih berkuasa selain Allah, DIA yang menguasai segalanya. Tiada bintang yang dapat menerangi hati yang telah dicela selain keagungan Islam. Kita hanyalah hamba yang perlu tunduk kepada kekuasaan Allah.


Semua mahu berada di puncak.

Saya melihat ramai sahaja yang datang untuk mendaki walaupun curam, ramai sahaja yang datang walau kanak-kanak hinggalah pak cik tua. Semua ingin berada di puncak dan tiada seorang pun yang mengalah di pertengahan pendakian.

Ya, kita mendaki dan menatap senyuman di wajah setiap pendaki di saat pendakian. Kita bermula di bawah di dalam satu ikatan bermulanya kehidupan ini. Kita bersama di dalam satu ikatan. Semua mahukan kehidupan yang abadi di akhirat sana dan memungkinkan kita berbuat apa-apa sahaja untuk mendaki untuk mencapai cintaNYA.

Berusaha sebaik mungkin kerana kita sudah tahu janji-janjiNYA yang sudah pasti, pasti ada kenikmatan di sana. Pasti ada keindahan di sana. Kita mendaki sebaik mungkin dan sekuat hati demi mencapai puncak. Perlu ada kesungguhan kerana kesungguhan orang yang beriman tidak akan pernah pudar kecuali dengan syurga Allah.

Ya, ramai sahaja yang mahukan untuk berada di puncak, namun ramai manakah yang ingin mencapainya?

Melihat sekeliling ketika di puncak, ada yang mengatakan ‘speechless’ dan ada yang mengatakan ‘hanya dapat merasa penat’.

Speechless kerana sudah dapat merasa hasil titik peluh yang dikorbankan, pasti terasa nikmat bukan. Kerana setiap usaha kita sudah membuahkan hasil. Berkat pengorbanan dan juga keimanan.

Nampak kekemasan dan tersusun bangunan ciptaan manusia kerana pandangan dari atas amat berbeza dari pandangan bawah, sangat berbeza. Ciptaan kasar oleh manusia nampak halus dan teliti dari atas puncak. Keluasan sawah padi juga kemas tersusun.

Sejauh mata memandang dapat melihat segalanya dengan satu pandangan.

Mari membawa Islam hingga ke puncak, agar terus memuncak dan bersinar.

Hanyalah pandangan manusia, jangan dinilai, moga setiap amalan kita dipandang Allah.



Kata-kata As-Syahid Qutb rahimahullah :

“ Sahabat, teruslah berjalan

Jangan menoleh ke belakang

Kerana jalan yang kamu lalui telah berlumuran darah

Jangan menoleh ke sana ke mari

Tataplah terus ke Langit!”



Pendakian ini sangat bermakna bagi saya kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tapi merupakan analogi mudah bahawa perjalanan menuju akhirat itu bukan semudah yang disangka kerana bermujahadah itu pahit dan syurga itu manis. Bukan memenatkan atau hanya sekadar meletihkan, tetapi mendidik jiwa agar melalui semua keadaan sama ada senang atau susah.

Ya, kita berusaha menuju ke puncak walaupun penuh dengan rasa penat lelah. Pahit ubat itu penawar, kerana yang pahit itu menyembuhkan dan kesembuhan dengan izin Allah itu merupakan kemanisannya.

Dapat dilihat di sini betapa kerdilnya diri kita sebagai hamba, ciptaan Allah yang terbentang luas sememangnya tidak dapat ditandingi. Hidup ini umpama mendaki ke puncak, akan bersusah payah dahulu dan akan bersenang di atas puncak sana.

Berjalanlah dan terus mengembara di atas muka bumi ini melihat segala ciptaanNYA moga hati akan terus terpaut kuat, terus bertambah keimanan dan mencapai puncak takwa yang sebenarnya dengan melihat segala ciptaan di alam ini dengan pandangan seorang hamba.

Terbawa saya dalam rasa yang selama ini tidak pernah rasa apabila melihat pemandangan dari puncak, mungkin ini tanda kekuasaan Allah.

Saya melihat semuanya bagaikan barang mainan, kerdil dan kecil sahaja. Seperti saya yang sedang berkuasa kerana dapat melihat segala-galanya. Namun saya perlu mendaki untuk merasai kekuasaan itu.

Betapa kerdilnya kita semuanya perlu bermula dari bawah untuk mencapai sesuatu ketinggian. Allah mencipta tidaklah untuk disia-siakan, namun terdapat khibrah yang berguna kepada kita.

Setiap seorang mahukan yang terbaik dan sanggup melakukan apa saja kepada sesuatu yang dipercayai, contohnya si pemacak bendera tersebut. Dia sanggup untuk mendaki tinggi ke puncak untuk meletakkan parti politiknya di tempat yang tertinggi.

Begitu juga kita sebagai umat Islam, amanah yang telah diberikan iaitu dakwah Islam. Penerus sunnah terbesar Rasulullah semestinya meletakkann kepercayaan penuh kepada Islam itu sendiri, bawalah Islam ke puncak yang tertinggi, setinggi mana pun asalkan ianya dapat terpahat di hati nilai-nilai keislaman yang sebenarnya kepada generasi sekarang.


Berkemas untuk ke syurga.


untuk mengekalkan cinta Allah, selamilah dalam lautan mutiara wahyuNYA. jika temui cerita syurga bersulam cinta dan nikmat keabadian maka hayatilah.


deviant art by_gaar4



Penghuni syurga teramat sibuk dengan kenikmatan. Dihiasi cahaya yang gilang-gemilang. Persekitaran yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Bersama isteri-isteri serta bidadari memadu kasih di pelaminan empuk, menikmati buah-buahan syurga. Tiada kalimah secantik bahasa yang mampu terungkap bagi menggambarkan hakikat sebenar akan kenikmatan taman syurgawi itu...



Namun, yang paling menggetarkan hati adalah saat diziarahi Yang Maha Pengasih. Seakan terlupa segala nikmat yang lain, lantaran pertemuan itu adalah kemuncak segala nikmat.


Bayangkan.....seorang mukmin selama di dunia, dia hidup kerana Allah, beribadah kerana Allah, menahan diri kerana Allah, berjuang dengan harta dan jiwa raga untuk Allah. Maka di saat itu, dia berpeluang untuk bertemu dan melihat Allah. Adakah lagi nikmat yang lebih hebat dari pertemuan itu??? subhanallah.


Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang pada hatiku untuk merasai sentuhan lembut dan bahagia dari kalamMu ini.



InsyaAllah, mari sahabat-sahabat kita bersiap dan berkemas untuk ke SyurgaNYA, ya Allah bimbinglah kami.





Sepatah kata,

Mampu membina jiwa tegar.

Sepatah kata,
Mampu membunuh sejuta hati.

Sepatah kata,
Mampu mendirikan dunia.

Sepatah kata,
Mampu merobohkan kota.

Oh hanya kerana sepatah kata.

*benarlah, lidah itu lebih tajam dari pedang dan lebih laju dari peluru.

Sumber[link]


Walaupun sedikit kerahan tenaga disalurkan kepada gerak kerja Islam, sedikit itulah mungkin akan menjadi titik permulaan kesedaran kepada orang lain yang bersungguh-sungguh. Agar dapat memahami Islam yang sebenarnya. Langsung tidak akan pernah merasai sia-sia walau sepatah kata.

Semoga perkongsian ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian. Cinta itu percaya dan perlu dibuktikan. Kita cintakan Islam dan mari bersama-sama membuktikannya. Cinta pertama dan utama. Tiada sia-sia mencintaiNYA sempurna sejahtera.

Jika pembaca blog yaqut hulaif mempunyai ibrah yang mahu dikongsi amatlah dialu-alukan, ruang tersedia di kotak komentar. Moga bermanfaat, sharing is caring, caring is loving.

Jemput melawat ke yaqut hulaif bloglist [link] dan yaqut hulaif facebook [link].

Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh-Peribahasa Turki

24 april 11 10:59 pm











1 comment:

  1. Salam 'alaikum.

    Kalam Allah(Al-Quran)itu sgt2 indah dan menenangkan jiwa;
    Menjadi petunjuk bg org2 yg beriman & bertaqwa.

    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai)janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. Mereka(yang ALLAH beli jiwa dan harta dengan syurga) itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(ALLAH), mengembara(demi ilmu&agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum ALLAH. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (At-Taubah:ayat 111-112)

    Jaza' ALLAH.

    ReplyDelete

Followers