Islam saya ‘kaler’ hijau?
Oleh : yaqut hulaif
Air jernih yang mengalir tenang itu mengasyikkan saya, terpaku memandangnya tidak jemu mengalir, cukup mendamaikan.
Sesekali beberapa ekor anak ikan seluang berenang di dasar tali air terus berenang ke permukaan mensentak pula menungan sambil meninggalkan satu dua buih.
Saya berada di kawasan sawah ketika ini, jam menunjukkan 5:30 petang. Hari ahad ini cuti kerja, tidak berdaya mendaki seribu anak tangga yang menjanjikan kisah cinta alam yang lain, seperti kebiasaan.
Cuma menikmati desiran air yang segar mengalirkan dirinya di tali air cetek. Thabat mengalirkan damai, syurga dunia hayat ini tika petang.
Saya damai di kawasan sawah padi petang ini.
Khayalan sejenak di sawah padi ini bukan mendamaikan diri semata-mata. Saya cuma mencari ketenangan yang sebentar-tenang yang sebentar tetapi penting ( tenang ini adakalanya amat penting, tetapi ada lagi yang lebih penting). Tenang di syurga.
Islam agama hijau | green deen |
Suka melihat hijau sawah padi yang terbentang luas, hijau, hijau, hijau. Hijau yang menenangkan rusuh hati saya apabila melihat majoriti umat islam kini tidak mengambil cakna tentang hijau, ya hijaukan alam sekitar.
Memetik kepada khutbah jumaat baru-baru ini, 5 negara teratas paling bersih bukanlah dari negara Islam, tidak pula Malaysia disenaraikan sebagai negara yang bersih, tidak pula negara Islam timur tengah. “Negara Islam” Malaysia dan negara-negara Islam lain tidak bersih kesimpulannya.
Dimana Islam kalau kotor? Bumi tempat kita bersujud berserah kepadaNYA kotor? Bak buih di tengah lautan begitulah kita diibaratkan. Buih banyak tetapi mensiakan. Hancurlah maruah dan hilanglah suara.
Beruntung sahabat muslim seaqidah kita di negara bukan negara Islam, negara mereka diantara negara yang terbersih. Negara bukan Islam? Ya, seperti switzerland, sweden, norway. ‘Negara Islam Malaysia’?
||Daripada Abu Said r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda||
“Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu (untuk mengolah dan memakmurkannya). Maka ALLAH akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan-untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam urusan kaum wanita.’’
(Riwayat Muslim)
Green deen, mari meneroka kehijauan dengan menjaga kebersihan, umat Islam Malaysia bukan sahaja di timur tengah yang kaya dengan dalil dan kefahaman Islam semestinya perlu mengambil cakna tentang hijau. Bukan sekadar mempunya kefahaman agama tentang kebersihan tetapi langsung mengabaikan kebersihan.
||Diriwayatkan dari Saád bin Abi Waqas dari bapanya, Rasulullah SAW bersabda||
Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu’’
(HR. Tirmizi)
Kebersihan, kesucian, dan keindahan merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT. Jika kita melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT, tentu mendapatkan nilai di hadapanNya, yakni berpahala. Dengan kata lain, kotor, sampah berserakan, lingkungan yang tidak terurus dan tidak indah itu tidak disukai oleh Allah SWT. Sebagai hamba yang taat, tentu kita terdorong untuk melakukan hal-hal yang disukai oleh Allah SWT.
Untuk mewujudkan kebersihan dan keindahan tersebut dapat dimulai dari diri kita sendiri, di lingkungan keluarga, masyarakat, mahu pun di lingkungan sekolah. Bentuknya juga sangat pelbagai, mulai dari membersihkan diri setiap hari, membersihkan kelas, membersihkan ruang kelas sehingga tampak indah dan nyaman. Bila kita dapat mewujudkan kebersihan dan keindahan, maka kehidupan kita pasti terasa lebih nyaman.
Mari berfikir dalam kerangka kita sebagai khalifah di muka bumi ini, isu hijau ini amat penting. kita hamba yang diamanahkan sebagai khalifah di alam ini, sekaligus diamanahkan menjaga alam ini dari kegelapan. Dengan memelihara keseimbangan alam, agar alam ini secara adilnya dinikmati manusia seluruhnya.
Memahai hijau :
- Memahami keesaan ALLAH (tauhid).
- Menjaga keseimbangan alam.
- Memepertahankan keadilan.
- Memelihara amanah untuk menjaga alam ini.
- Menjadi penjaga alam ini (khalifah).
- Melihat tanda kebesaran ALLAH pada alam ini.
Saya yakin sekali untuk mengatakan bahawa Islam ini agama hijau, mengakui bahawa bumi ini merupakan hamparan suci untuk bersujud iaitu masjid.
||Rasulullah bersabda||
Bumi ini dijadikan untukku sebagai tempat bersujud (masjid) dan suci bersih.
(direkodkan oleh Ahmad Bin Hanbal).
Namun kini kita sebagai muslim sanggup mengotori dan mencemarkan ‘masjid’. Ya bukan?
Balik ke khayalan sawah padi
Sejauh mata memandang terbentang sawah padi, rezeki ALLAH yang diberikan hasil kerahan keringat. Hijau itu memenuhi ruang alam, tumbuhan semua berwarna hijau kan?
Hijau yang digandingkan dengan langit putih susu.
Cukup terasa damai sambil menarik helah nafas lega berkali-kali, terasa udara segar sampai ke hati, puas!
Berdiri lama merenung air yang mengalir riang di kawasan sawah padi ini, pada saat ini saya teringat akan ayat Surah Al-Mulk 67:30
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
Pernah juga saya terfikir andai ALLAH enggan lagi mengasihani kita dan menghilangkan nikmat penghilang dahaga itu bagaimanakah akhir penghidupan kita-kita ini tanpa nikmat air.
sesungguhnya kita-kita ini adakalanya kurang merenung kejadian alam dan kurang pula bersyukur. Kita-kita mungkin saya sahaja ==’
Moga penulisan ini dapat menajamkan gergaji intelektual kita. Wajib tengok analogi ini dari saudara Hilal Asyraf [link] agar lebih menjernihkan.*ada juga sedikit kaitan.
Kuala Perlis 5 Jun 11 * meninggalkan tenang hijau dan kembali ke realiti dunia jajahan pemikiran.
Sedikit santai :
-sebenarnya saya mahu menulis (berkongsi) lebih panjang lagi, tetapi cuba menyahut seruan BLOG ZAKARIA SUNGIB, Ringkas dan padat [link]. Artikel yang ringkas dan padat akan tetapi mesej penulisan tetap sampai ke hati.
Jom mulakan penulisan dakwah kepada yang masih tidak mula, penulisan dakwah, langit dakwah yang cantik. Langit ilahi [link]
Blog yaqut hulaif kini bertemakan hijau, dulu bertemakan biru, entah la pembaca yaqut hulaif lebih sedap mata memandang hijau atau biru, saya sudah membirukan bloglist saya, yaqut hulaif bloglist [link]. Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNYA.
penjenamaan baru kot. |
Tarik nafas panjang-panjang dan lepas, Alhamdulillah terasa nyaman kan, kalau bumi kita masih hijau la.
Perkongsian yg berisi....
ReplyDeletelihatlah negara islam di Malaysia kotor. Cuba lihat negara islam di Jordan kotor. Keimanan sepatutnya membuahkan akhlak yang bersih dan inginkan kebersihan....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah....memberi gambaran tentang sawah padi, mengingatkan ana tentang islam dan indahnya ciptaanNya yg sememangnya x dijadikan dengan sia-sia...=) syukran ya akhi...
ReplyDeleteyess , sy mmg suka kaler hijau .
ReplyDeletedamai , sejuk mata . (>__________<)
Teringin juga nak berkhayal tepi sawah.Banyak ibrahnya.Hehe.
ReplyDeleteperkongsian yg menenangkan...syukron
ReplyDeleteAs-salam, saya suka artikel sangat ini.. sangat bermakna... terima kasih.. :)
ReplyDeletebelog saya juga hijau :)
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteteruskan bertinta dakwah..
Hijau itu indah . Tenang mlihatnya. Truskan mnulis ya korn ! Ak tngin nk msuk bendang. Uhu .
ReplyDelete.::: mr IQ :::.
ReplyDeletemungkin perlu duduk sebentar dan fikirkan iman kita..syukran atas penambahan anta.
yaqut hulaif
Budakmatakecikpakaicerminmate..=D
ReplyDeleteya, Alhamdulillah, moga beroleh manfaat ya, =)
FA
ReplyDeleteya saya juga suka =)
yaqut hulaif
Syed Ahmad Fathi
ReplyDeletehehe,tapi berkhayal beribrah la..syukran sudi komen di teratak nie.
yaqut hulaif
albanaT
ReplyDeletealhamdulillah, moga beroleh manfaat =)
yaqut hulaif
aku islam
ReplyDeleteterima kasih ya, moga bermanfaat. bersama kita bahu-membahu dalam penulisan dakwah =)
yaqut hulaif
✖sLp mE pLz™✖
ReplyDeletehijau yang menenangkan =)
yaqut hulaif
vampire's lovex
ReplyDeletesedekah paling mudah =)
yaqut hulaif
nurulhusna
ReplyDeleteya, bersama kita bertinta dakwah, moga beroleh manfaat untuk semua.
yaqut hulaif
Siti Arfah
ReplyDeleteya, betul sangat. sejuk mata memandang.
yaqut hulaif
hijau itu sangat menenangkan jiwa .
ReplyDeletemenarik post ni,,,moga setiap dpt amik manfaat,,,insyaAllah
ReplyDelete