yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Wednesday, June 22, 2011

Membina hati bahagia.

Oleh : yaqut hulaif


Pesanan kepada saya dan juga pembaca blog yaqut hulaif, sekiranya tulus niat dihati ingin menjadi hamba yang Allah redha, hati merupakan perkara pertama dan utama yang perlu dijaga.

Dari segi niat, keikhlasan, matlamat yang jelas, semua perlu diambil berat.

Hal ini keran hati yang tidak dijaga akan dijangkiti dengan virus-virus yang merosakkan, oleh itu hubungan dengan Allah (HDA) pasti terganggu. Semestinya keindahan beramal dan kemanisan iman tidak akan dapat dirasa kenikmatannya.

adakah hati kita bahagia dengan suluhan cahaya atau suram tiada kekuatan?

Hati yang bahagia, ya hati yang jelas akan matlamat hidup sebagai hamba Allah dan berpegang kepada amanah sebagai khalifah di bumi cinta ini, ya bukan?

Hati jauh dari maksiat, perlu di ‘top up’ dengan amalan redha Allah agar terus terjaga dan merasai kemanisan beramal.

Anti virus pun perlu diupdate agar protectionnya sentiasa utuh, virus alam maya  pun ada perubahan dan makin kuat kan.

Begitulah hati yang perlu dijaga dari agenda-agenda yahudi dari sekecil-kecil lubang jarum dan sebesar-besarnya yang penuh dengan idea merosakkan umat Islam, jaga hati agar utuh sentiasa kuat. Musuh sebenar-benar musuh syaitan laknatullah.


Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : 

"Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Tidaklah seorang hamba mendapatkan hukuman yang lebih berat daripada hati yang keras dan jauh dari Allah.” 


(al-Fawa’id, hal. 95).



Repost : Nota-nota Hati.

Kualiti hati menentukan kualiti amalan, kualiti amalan menentukan kualiti hati.

Hati manusia, semua orang mempunyai hati, hati yang perlu dijaga disemaikan redha Allah dan disiram dengan ketakwaan kepada Allah agar ianya tidak layu tanpa kasih Allah, hati berajakan keimanan sentiasa mekar dengan amalan-amalan agar ianya terus hidup.


Menghidupkan hati.

Ingin mahukan kesenangan tetapi tidak mahu merasai kecewa langsung, itu mustahil untuk dicapai. Ingin menghidupkan api juga perlukan pengorbanan dan bahan-bahannya. Pengorbanan dan amalan-amalan kebaikan juga diperlukan untuk menghidupkan hati. Hati yang hidup ianya akan segar dengan makanan-makanan rohani yang mendidik.

Agar hati terus dapat meneruskan langkah perjuangan di jalan ALLAH. Agar semua impian menjadi nyata kerana segalanya akan menjadi nyata apabila hati hanya pada ALLAH.


HATI milik siapa?

HATI ialah milik ALLAH, jadi hanya pada ALLAH sahajalah tempat kita mengadu, merajuk. Jangan terdampar sepi tanpa menyendiri memujuk hati kepadaNYA, jangan tersungkur matikan hati tanpa menenangkan hati di jalan juang ALLAH. KasihNYA mingisi kalbu di jalan juang ini.

Kerana keagungan setiap ciptaan ALLAH seperti malam dan siang, bukankah tuhan telah ciptakan malam untuk merajuk kepadaNYa sementara menanti siang, dan ALLAH telah ciptakan siang agar dapat mencari rezeki. Subhanallah.

Jangan diadu rasa hati pada insan, kerana insan itu lemah. Kerana ianya dapat mendatangkan ‘penyakit hati’ yang tidak diduga. Dilema ‘penyakit hati’ yang merungsingkan hati manusia.

Jika diuji, yakinlah ! ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada-NYA.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari-NYA.

Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, syukur, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘penawar semulajadi’ yang menahan luka itu dari dijangkiti virus dendam yang membawa derita berpanjangan.

Perasaan dendam hasad dengki penyakit-penyakit hati, sombong, iri, dengki, hasad, malas, bertangguh, suka kepada maksiat dan sewaktu dengannya.

Redhailah dan bersyukur dengan apa yang ada, andai hati dilukai, dan dihina. Kerana dengannya mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih memahami dan menghargai.




syukur itu martabatnya lebih tinggi dari sabar

Syukur itu martabatnya lebih tinggi lagi dari sabar, kerana berapa ramaikah yang bersyukur kepada Allah? kepada yang kaya terasa tidak pernah cukup dengan harta kekayaan, kepada yang miskin tidak pernah bersyukur dengan apa yang sedia ada.


“ carilah hatimu sewaktu mambaca AL-QURAN. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru...”


ALLAH adalah tujuan Hati.

Dimana akhirnya cerita kita jika tidak berakhir dengan kasih Allah, Allahhu ghoyatuna. Akan dimana akhir riwayat kita selain padaNYA.

Air mata bertegas mengatakan demikian bahawa Allah sahajalah mula dan akhirnya. Fitrah perhambaan insan.

Ingatkan ALLAH, nur hidayahNYA semakin cerah  dan zikrullah itulah kiasan syukur kerana cinta Allah bukanlah satu tetapi pada pelbagai wajah kemuliaan, muliakanlah Allah dengam mengingatiNYA dan nescaya hidup akan dimuliakanNYA.  Tanda kerendahan hati kepadaNYA.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.’’

(Riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud:

“Hari kiamat ialah hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera.” 


(Surah al-Syu’ara 26: 88-89)


Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa hati yang tulus ikhlas.


“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.”

( Surah al-Syams 91: 9-10)


Apabila Hati takut sedih dan ngeri.

Menakutkan mengerikan dan menyedihkan apabila teringat semua dosa, tertunduk diri di hadapanMU.

Apabila tersedar akan dosa tetapi masih tidak meninggalkannya, itu bermakna hati telah mati. Carilah hatimu melalui doa kepada Allah.

Ingatkan MATI. Duduk tafakur mengingati mati maka kembalilahlah seri hati, dan bernyawalah erti cinta kepada Allah pada hati yang merajakan keimanan. Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Tidak akan lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang, sehingga lurus lidahnya.

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.

( Surah al-Isra’ 17: 72)


Jujur Hati.

Jujur  hati pernah terasa mati, jujur hati pernah melupakanMU ketika semua orang  memujaMU dan ketika semua orang agungkanMU.

Apabila jujur hati mengatakan pernah melupakanNYA, apabila hati mengatakan pernah terasa  mati, ketika semua ciptaanNYA memujaNYA dan ketika segala makhlukNYA mengagungkanNYA.

Bacalah AL-QURAN. Jadi lazimilah diri dengan mencapai AL-QURAN dan membacanya, kerana AL-QURAN penawar kepada hati dan ubat kepada jiwa yang mampu mencerahkannya lagi.  Ianya makanan rohani terhebat.


Syeikh Ibn  Ata’illah katanya:

“Sebahagian daripada  tanda matinya hati iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa.”


“Hati  merupakan cermin bagi seseorang yang sedang mencari cinta ilahi untuk mengetahui watak dan keistimewaan  dirinya dalam sabda kekasihNYA. Kerana sebenarnya dia tidak jatuh cinta kecuali cinta mencari redhaNYA dan cinta akan ketenangan di negeri abadi.”


Peringatan mudah penawar hati :

Ingatkan ALLAH = “Sungguh celaka orang-orang yang berhati keras dari mengingat Allah, mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata).” (az-Zumar: 22)


Ibnu Taimiyah juga berkata :

“Zikir bagi hati laksana air bagi seekor ikan. Maka apakah yang akan terjadi apabila seekor ikan telah dipisahkan dari dalam air?”

Ada seseorang yang mengadu kepada Hasan al-Basri:

“Aku mengadukan kepadamu tentang kerasnya hatiku.” Maka beliau menasihatinya, “Lembutkanlah ia dengan berzikir.”

Zikir, ucapan hati yang terdalam.


Bacalaha AL –QURAN = Syeikh as-Sa’di rahimahullah menerangkan, “Maksudnya, hati mereka tidak menjadi lunak dengan membaca Kitab-Nya, tidak mahu mengambil pelajaran dari ayat-ayatNya, dan tidak merasa tenang dengan berzikir kepadaNya. Akan tetapi hati mereka itu berpaling dari Rabbnya dan condong kepada selainNya…” 


(Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 722).


Ingatkan MATI =  Ketergantungan Hati kepada Dunia serta Melupakan Akhirat. Kalau hati sudah keterlaluan mencintai dunia melebihi akhirat, maka hati tergantung terhadapnya, sehingga lambat laun keimanan menjadi lemah dan akhirnya merasa berat untuk menjalankan ibadah. Kesenangannya hanya kepada urusan dunia belaka, akhirat diabaikan dan bahkan dilupakan. Hatinya lalai mengingat mati, maka jadilah dia orang yang panjang angan-angan.


Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata:

“Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah ramainya orang yang sudah bingung di dalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain di dalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyakan ingatannya pada kubur sebelum masuk ke dalamnya.”


PENAWAR HATI = ingatkan ALLAH+bacalah AL –QURAN+ingatkan MATI = HATI BAHAGIA


hati yang kotor mudah sahaja di sakiti.



“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.
Ameen ya Allah.

Kembalikan seri hati, pasti akan terasa  bahagia disayangi 11:48 p.m    21 Jun 2011

20 comments:

  1. perkongsian menarik tntng hati~~
    sesungguhnya hati adalah anggota pnggerak sgala nya diikuti nafsu kte dan akal mengawalnya..Insya-Allah sme2 la menjaga hati..demi keredhaan-Nya... Mata hati itu sukar di cari namun kuasa Dia mngkin kte mampu miliki =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,Menarik~
    tengok tajuk pun dah suka :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... entri kali ini begitu bermakna sekali..... hati... berkate tentang hati... satu2nya harta yang perlu dijaga.... kerana hati lah yg akan membentuk keperibadian seseorang insan.. hati juga merupakan kerajaan dalam diri kita.... trimekaseh atas perkongsiannya.... barakallah...

    ReplyDelete
  4. sea_lavender

    ''Mata hati itu sukar di cari namun kuasa Dia mngkin kte mampu miliki''

    penambahan yang baik. kata-kata yang sesuai untuk artikel kali ini.

    syukran untuk penambahan anda =)

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  5. Nazihah@Jiha

    moga hati kita bahagia =)mungkin kebetulan dengan tema blog saudari.

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  6. ::sUaRaQaLBii::

    ya, alhamdulillah, ambil peringatan dan manfaat dari artikel ini di dalam penjagaan hati.

    agar kita semua boleh menjaga harta ini, agar bertambah baik dari tahap ke tahap hati yang paling bahagia.

    moga bermanfaat =)

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  7. jagalah hati...jgn kau nodai...nice info...tq..

    ReplyDelete
  8. kalu hati baik maka bahagia lah hidup ...nice entry ...saya folo blog ni:)

    ReplyDelete
  9. sheikh..terima kasih atas perkongsian ini..=)

    ReplyDelete
  10. Nice entri ya korn ! :). Tiada yg mnjadi milik kita di dunia neh, sumanya hak milik kekal Allah s.w.t . Hati tnp zikir dan ingatkan Allah, mati . So sme2 lah kta menjaga hati ini . Moga hati ini sntiasa brada dlm keadaan redho dan ingatkan Allah. WaAllahua'lam .^^

    ReplyDelete
  11. @soooooour jagalah hati, jangan kau nodai, jagalah hati cahaya ilahi, macam nasyid snada, hehe. moga hati kita terus kuat!

    ReplyDelete
  12. @hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock ya sama sahaja maksudnya, jadikan hati baik maka bahagialah, baik yang sebenar-benarnya. =) TQ saudara

    ReplyDelete
  13. @al_hakim Sama-sama kasih, perkongsian ini untuk peringatan dan manfaat bersama =)moga terkesan di hati.

    ReplyDelete
  14. @Siti Arfah TQ ^-^ hati milik Allah, jadi hati perlulah kembali kepada Allah.

    ReplyDelete
  15. @HIKMAH ZAKARIAkata-kata y baik =) sykran ya sudi meninggalkan komen di teratak yaqut hulaif. Moga kita beroleh manfaat.

    ReplyDelete
  16. salam akh
    kita boleh mohon untuk memperbaharui hati ye?

    ReplyDelete
  17. jika diberi peluang (keajaiban) benda yang saya nak lihat adalah HATI . Bagaimana bentuk hati , dosa-dosa hitam yang melekat di hati dan sbgnya .

    apekan daya . luar daripada 'kotak'

    ReplyDelete
  18. terima kasih di atas perkongsian,,hati sering haus dengan dunia yang melalaikan,,harus usaha sendiri membasahkannya..terima ksih mengingatkan =)

    ReplyDelete

Followers