yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Friday, November 16, 2012

Hanya aku cinta kau seorang


Oleh : yaqut hulaif

Hari itu furqan menangis lagi, seperti biasa apabila terdetik rasa rindu kepada ibunya, dia akan menangis.  Kerna terdetik rasa rindu yang sesaat inilah dia mudah sahaja mengalirkan air mata.

Cuti kali ini tidak pulang ke kampung, menetap di rumah sewa bersama rakan-rakan. Seperti biasa hidup seperti keluarga sendiri bersama rakan serumah bersama menyewa, berkongsi rasa berkeluarga bersama, cuma fungsi ibu dan ayah sahaja tiada.

Tiba-tiba dalam gelak ketawa senda gurau, salah seorang bersuara ketika membaca pesanan ringkas telefon,

‘Mak saddam dah tak ada  jam 2:04 minit petang tadi’, memecahkan suasana bising menjadi sunyi, terdiam, innalillah........

Satu perkhabaran sedih kehilangan seorang ibu, perkhabaran kehilangan yang semua akan merasa, semua akan merasa kehilangan, cuma awal atau tidak, pasti hilang, mati.

Hari ini giliran dia kehilangna ibu.

Suasana sunyi tadi dipintas dengan satu pertanyaan, nak p kedah ka?


Hilang kasih sayang

Hilang kasih sayang seorang ibu seperti hilangnya satu bahagian daripada rongga hati yang sebelumnya diisi penuh kasih sayang sempurna seorang ibu.

Kosong sunyi seketika, mungkin tidak seketika, peristiwa sedih yang berbekas di hati ini mungkin akan tidak terasa sangat selepas setahun atau dua tahun.

Semarak merah bagaimanapun cinta, kelak akan layu juga bertemu yang Esa.


Yang besar panjang juga akan menangis seperti anak kecil ketika saat kehilangan.

Hari ini, esok, lusa dan hari-hari akan datang tidak akan sama, dan akan berubah, hari ini mungkin kita gembira hidup senang, hari  esok mungkin giliran untuk berduka pula.

Dan setiap hari memerlukan komitmen untuk meneruskan hidup, berhadapan dengan rakan yang bermasalah, rakan yang sedih dan ada yang perlu kepada pertolongan.

Hidup ini bukan tentang kita sahaja, bukan tentang saya sahaja, dan bukan tentang kalian sahaja, tapi tentang kita semua, bagaiman mahu berhadapan dengan rasa sedih?

Bagaimana mahu berhadapan dengan masalah yang tidak pernah selesai, dan bagaimana mahu berhadapan dengan rakan yang baru kehilangan ibunya?


Mereka yang kita sayang ada yang sudah 'jauh' di sana, kita yang di sini juga amat dekat dengan kematian, tapi jauh sungguh dari Ilahi. Harus bagaimanakah kamu?


Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Tetapi tentang semua. Jangan pernah terlepas walau sekecil hal remeh, kelak mungkin akan menyesal.


Saat diberi kasih sayang

Cuba kalian fikir, siapakah sebenarnya yang paaaling sayang pada kalian saat hayat ini?

Mungkin akan ada yang menjawab, ibu sayalah, ayah!, pasangan hidup atau sahabat dunia akhiratlah, awek sayalah!? Mungkin jawapan sebegitu.

Tetapi jika ada yang menjawab  Allah. Ya,  Allah, itulah yang sebenar- benar jawapan. Ya, yang paling sayang akan kita ialah DIA, Allah, Pencipta kita, Tuhan Semesta Alam, Allah.

Fikirkan, kita sebagai insan yang lemah ini juga akan menyayangi kepada sesuatu yang diperoleh daripada hasil titik peluh kita sendiri, bagaimana pula Allah yang sudah pasti dan sudah jelas bahawa DIA lah Yang Maha Penyayang.

Teruk penat berkerja, hasil titik peluh sendiri untuk membeli telefon bimbit lepas SPM dulu, sayang sungguh telefon tu, telefon itulah yang paling legend, walau nokia 33sekupang.

Sayang pada anak hasil perkongsian hidup dengan orang yang dicintai, jaga anak sampai seekor nyamuk pun tak kasi gigit.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. DIA lah pemilik segala cinta.


Hadirnya dari cinta Allah jua

Kita biasa melihat betapa sayangnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Juga perasaan sayang seorang isteri kepada suaminya. Namun, biasakah kita melihat bahawa perasaan sayang mereka ini Allah lah yang mengurniakannya kepada mereka?

Sudah menjadi kebiasaan apabila melihat ibu sangat menyayangi anaknya, ayah menjaga memberi nafkah secukupnya, itu semua tanda sayang. Juga perasaan sayang seorang isteri kepada suami yang dicintai. Namun setelah melihat segala jenis sayang ini, sedarkah bahawa segala perasaan sayang ini Allah lah yang mengurniakan kepada kita?


Sahabat Nabi, Abu Hurairah R.A ada  meriwayatkan sebuah hadis,

"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." [riwayat Imam Muslim]


Bayangkan, betapa banyaknya kasih dan sayang yang Allah miliki. Maka betapa besarnya pula kasih sayang Allah kepada manusia kerana manusialah makhluk yag paling dikasihiNya.

Pernah suatu hari Sayyidina Umar datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu bila ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.


Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?" Para sahabat menjawab: "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya."


Begitu sekali kasihnya Allah kepada hambaNya. Tidakkah kita patut berfikir untuk menghargainya?


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh, Allah lebih menyayangi para hamba-Nya, berbanding wanita tersebut terhadap anaknya." (HR Muslim)

Sayangnya Allah adalah lebih tinggi dari sifat sayangnya kita pada insan yang tersayang. Kerana Allah itu Maha Penyayang.


Menghargai Kasih Sayang Allah

Bila kita tahu ibu bapa sayang kepada kita, kita jadi tak tergamak untuk lukakan hati mereka. Tak sampai hati hendak buat perkara yang mereka tak suka kita buat. Tetapi, kita buat juga secara sembunyi.

Namun, Allah lain. Allah tak sama dengan orang yang kita sayang. Allah, bila Dia menyuruh kita berbuat sesuatu, atau melarang kita dari melakukan sesuatu yang lain, Dia sentiasa Melihat kita. Maka, di sinilah nilaian kepada sejauh mana kita menghargai kasih dan sayang yang Allah berikan.

Adakah kita melakukan apa yang Allah larang?

Atau masih tak laksanakan perkara yang Allah nak?

Sedangkan Allah tetap melihat apapun yang kita lakukan.


Tinggalkan Dosa Kerana Kasih akan Allah

Selalu dengar pesananan sebegini dari kecil lagi,

‘Jangan buat jahat furqan, nanti Allah marah’

Supaya tinggalkan maksiat kerana setiap maksiat kita itu balasannya adalah neraka Allah. Neraka pula azabnya tidak tercapai akal, tidak terucap pula oleh lidah. Betapa dahsyatnya.

Tapi masih ramai yang tidak tinggalkan maksiat.

Haiwan juga punya kasih  sayang, manusia yang tiada belas kasihan?


Jadi, selain dari ancaman azab-azab yang sangat mengerikan, saya ingin mengajak kita kepada menghindar maksiat dengan menginsafi bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang kasih kepada Allah. Sangat banyak. Kasih Allah kepada kita bukan sekadar semasa kita hidup, bahkan sebelum kita hidup dan selepasnya.


Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].


Sahabat-sahabat, tergamaknya kita membalas kasih sayang Allah dengan kemungkaran. Hamba apakah kita ini? Allah sudah sayang kita kenapa nak khianati lagi?
__________yaqut hulaif, aku punya hati yang di didik oleh arwah mak.
16 Nov. 12, tajuk artikel sebenar, Hanya aku cinta kau seorang sampai syurga. (=

Keluarga baru ahli rumah bujang Syamil, Afham, Ekhwan, Yusuf, Amat, Faza, Qomar, Hazim, Nasran, Farhan, Yunus, Ridzuan.

12 comments:

  1. Allahu Allah..
    Berulang kali akak baca setiap bait-bait ayat yang korn tulis.

    Rasa bagai tidak mahu jauh dengan bonda tercinta apatah lagi nak menyakitinya.

    Sebakkkk..!

    Peliharalah Meraka ya Allah.

    Al-Fatihah buat ummi korn & ummi Saddam.

    ReplyDelete
  2. Artikel yang bagus dan sangat menyentuh hati. Moga terus kekal menyentuh hati-hati manusiawi. InsyaAllah, kita semua akan selalu usaha agar menjadi anak yang soleh. Bukan hanya kerana mahukan ibu tercinta bahagia, tapi kerana dialah ibu kita selamanya. Dunia ke syurga, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. love our mum. Pendekatan gb...setiap kali tergerak hati nak buat sesuatu yg tak baik, bayangkan wajah ibu (dan ayah) dan bayangkan betapa hancur perasaan mereka yang dah tatang kita macam minyak yg penuh sejak lahir, andai kita berbuat demikian. Works for me everytime dan sekarang selalu pesan yg sama dekat adik2. Mak kite sorang tu je. Jaga baik2.

    ReplyDelete
  4. Kakak dah merasainya dik. Betapa kosong jiwa hingga lupa yg Allah lebih mengasihi hambaNya. Mujur sedar dari pengsan kakak masih ada kemampuan utk melihat jenazah. Itulah mak/ibu/ummi dan apa juga panggilan kesan kasih-sayangnya sebati sehingga kakak kini sudah bergelar mama.

    Moga al-marhumah mak/ummi/mama dan apa juga panggilan tenang dan ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman. Du'a for them.. al-fatihah.

    ReplyDelete
  5. Ibu ada kuasa .. yang boleh buatkan anak2 'terasa' dengan kuasa tu .

    tapi yg tak pernah langsung 'terasa' dngan kuasa tu ..

    sebab .. hati hitamm ..

    ReplyDelete
  6. korn . gaya penulisan,penceritaan dan isi artikel ni memang power! . Alhamdulillah,tersentuh hati aku . Selama ni hati aku keras kot . Teruskan menulis . Aku sudi membaca .

    ReplyDelete
  7. Innalillah..takziah kepada saddam atas pemergian Ibu nya ke Rahmatullah..setiap yang dilahirkan di muka bumi ini, semua nya akan kembali kepada Allah S.W.T..yer, walaupun sudah besar, jika kehilangan orang tersayang, air mata akan menitis dan mengilir..harap saddam kuat..

    ReplyDelete
  8. Innalillah. Takziah. Terasa perit apablia kehilangan. Lebih2 lagi orang yang paling kita sayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  9. السلم عليكم ورحمة الله

    Kasih sayang ibubapa tidak akan membiarkan anak-anak mereka dalam kancah kemaksiatan.

    ReplyDelete
  10. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers