yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Monday, August 13, 2012

Fikirkan untuk beriman

Oleh : yaqut hulaif

Hari ini ingin mengatakan soal iman, mahu mengatakan juga walau sebelum ini sudah berkali-kali berfikir tidak layak untuk menyebut berkaitan dengannya, iaitu iman.

Fitrah manusia sudah pun beriman dan mahukan memperhamba diri kepada tuhan, itu yang telah Allah telah letakkan pada kita. Dan ramai yang memperhamba, tapi bukan pada sebenar-benar tuhan.

Sollu Alanabiyy !

Mahu iman yang bagaimana?

Iman ? adakah iman di dalam diri, jiwa, hati nurani ini sudah sebenar-benar iman ?

Jika saya katakan sebegini.


Kita beriman hanya sekadar 'candu' yang boleh melepaskan ketagih fitrah manusia yang mahukan tuhan, atau beriman yang sebetul-betul beriman ?


Mungkin persoalan ini boleh menggugat atau meragukan iman di hati masing-masing. Sekadar ‘candu’ atau sebetul-betul beriman ? jawapan ya atau tidak ada pada diri sendiri, apa di dalam hati hanya Allah yang tahu.

Ambil masa fikirkan dan muhasabah, ayuh koreksi diri, duduk sebentar kita beriman sejenak.

Bukan niat di hati untuk meragukan rasa beriman kalian pada Allah, jauh sekali. Saya hanya mahukan kita bersama-sama berfikir sejenak, hanya perlu fikirkan.


Muaz bin Jabal RA pernah menyebut :
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”


Ingin sahaja saya mahu katakan bahawa, kadang kala kita tidak sedar pun apa yang kita sedang lakukan dan apa yang telah kita perbuat. Hanya meyakinkan diri bahawa segala perbuatan yang telah dilakuan saban hari merupakan suatu kebaikan.

Ingin saya katakan sekali lagi, itu merupakan perilaku yang salah. Apabila mengatakan beriman tapi beriman dengan membuta tuli, kosong tanpa isi. Blur sahaja boleh dikatakan.

Jadi, perlu kepada berfikir agar ianya terisi. Fikirkan Allah suruh begitu dan begini kerana apa? Fikirkan kenapa Allah letakkan kita di atas muka bumi ini?

Fikirkan kenapa kita tidak menjadi seperti Sultan Kelantan yang baik beriman dan amat menyayangi rakyatnya? (tiba-tiba sudah rasa kagum dengan Sultan jika hendak dibandingkan dengan yang lain)

Apa hikmahnya?


Masing-masing punya tanggungjawab berjihad menjadi yang terbaik di ‘mata’ Allah, tidak mengharapkan baik di mata manusia.


Kembali ke pangkal jalan.

Fikirkan dan carilah dalil apa yang telah difikirkan, pasti ada.

Had pemikiran kita tiada batas, dan petunjuk penggunaan akal untuk berfikir ada pada Al Quran, kerana penggunaan akal tanpa pimpinan wahyu sangat merbahaya.


Beriman dan berfikir.

Selagi aku beriman selagi itulah aku perlu berfikir. Fikir fikir dan fikir, ayuh berfikir. Berfikir ini merupakan perkara yang harus dilakukan agar dapat meyakinkan iman di hati bahawa kita beriman dengan sebenar iman !

Mahu tahu bagaimana ?

Seorang penulis perlu kepada baca, baca dan baca, kemudian tulis. Idea mencerna minda juga perlu kepada fikir, fikir, dan fikir, dan akan berhasillah idea yang mantap.

Tapi di sini kita mahu lahirkan iman yang sebenar.


Fikir, fikir, dan fikir, lahirkan iman yang sebenar.


Fikirkan sebegini sebagai contoh, Allah tidak akan menciptakan manusia hidup kekal abadi dan tiada jangka hayat, kerana?

Kerana Allah suruh kita beriman dan Allah sudah janjikan dengan pasti bahawa di sana ada syurga yang abadi. Tidak abadi di sini tapi abadi di sana, fikirkan, itu merupakan satu nikmat.

Ya, saya katakan nikmat, tidakkah dengan berfikir itu tadi telah pun menaikkan keyakinan dan mungkin menebalkan juga iman ? kan, tidak abadi di sini tapi abadi di sana, hanya perlu fikir.


Tidak abadi di sini tapi abadi di sana = Mujahadah di  sini dunia sekejap, nikmat syurga di sana kekal abadi.


Nikmat kan ? menaikkan keyakinan dan menebalkan iman.

Allah tidak akan menciptakan alam ini selagi ? cuba fikirkan

Berfikir tanda wujudnya diri kita ini, tanpa berfikir tiadalah kita, tidak sama sekali layak bergelar mukmin power. Bukan mahu memperhambakan diri pada akal fikiran atau men-tuhan-kan akal fikiran.

Tapi mahu mengatakan bahawa dengan berfikir dapat mewujudkan keyakinan iman di dalam diri, tidakkah begitu ? Percaya saya, jangan meremehkan penggunaan akal.


Kepentingan berfikir dalam menyantuni iman diri.

Kita sudah beriman, dan beriman apabila sudah adanya iktikad atau punya akidah islamiyah yang sudah  terpahat di dalam diri. Sudah punya nikmat iman dan nikmat Islam.

Apabila sudah beriman Allah turunkan wahyu kepada Rasulullah SAW, yang merangkumi segala perintah hukum syariat dan nasihat, cukup sempurna.

Dan dari akidah yang sudah ada itu tadi kita dapat meyakinkan diri untuk mengikuti segala suruhan Rasulullah yang telah diperintahkan oleh Allah.

Mukmin yang baik adalah seorang yang memiliki akidah yang sejahtera dan kuat bagi mendorong diri untuk melaksanakan syariat sehinggga tergambar akhlak terpuji pada dirinya.


Akidah Islamiyah + Syariat Islam + Akhlak = Mukmin yang patuh beriman


Selepas menjadi mukmin yang patuh beriman perlu mengukuhkan iman jika tidak mampu menebalkan iman.

Mukmin patuh beriman -> Pengukuhan Iman, perlu kepada berfikir.


Fahamkan ya,

Jadi di sini dengan cara berfikir dapat menyantuni iman di hati. Apabila sudah adanya iktikad Islam di hati, menerima segala amar makruf nahi mungkar. Berfikir ini merupakan sebagai ‘nasi tambah’ atau value added untuk mengukuhkan lagi iman di hati.

Berfikir untuk mengukuhkan iman ini merupakan pilihan, bukan perkara utama dan pertama, tempatnya pada mereka yang lemah iman dan memerlukan apabila asyik ditampar dengan perkara syubahat yang melayukan iman saban hari.

Rujukan utama semestinya Al Quran dan As Sunnah. Tujuan syariat iaitu berdasarkan pertimbangan kemaslahatan (kepentingan) umat juga bertujuan memelihara akal, bertapa pentingnya akal selepas memelihara agama dan nyawa.

Cara berfikir ini merupakan cara mudah, mudah untuk mereka yang masih tercari-cari jalan menuju cahaya ilahi seperti saya ini. Mudahkan ? Dengan hanya berfikir kamu akan beriman, yang pasti segalanya akan kembali pada Allah.

Saat kembali itulah saat kembali beriman ! segarkan iman anda ! fikirkan ! lailahaillah muhammadarrasulullah.

Charge your IMAN !
Fikirkan, cukuplah Allah bagiku.

Apabila berada di kejauhan, ada kalanya datang berita tidak menggembirakan dari kampung halaman. Jikalau itu akan rasa melemahkan diri untuk beriman? Apabila melihat mereka berbahagia disamping yang tercinta kegembiraan.

Rasa sepi.

Mujur ada Allah, aku fikir cukuplah Allah bagiku.


Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-NYA. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.

( Ayat ke 13 surah ke 45 Al-Jaatsiyah )


Aku cinta segala-galanya yang aku cinta, moga membawa ke syurga. Aku akan membenci mereka yang mencuit mereka yang aku cinta, entah bila aku mahu belajar memaafkan mereka.

Apa pun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.

Jika kau fikirkan kau mahu beriman, dan kamu mahu, Allah akan berikan kuncinya.

Mungkin perlu di baca berulang kali artikel ini, dan mungkin juga akan ada yang mempersoal,


Kenapa perkara kecil iaitu berfikir perlu dirumitkan sebegini ?


Saya kata, jangan sesekali meremehkan penggunaan akal untuk banyak berfikir, untuk memahami nas wahyu juga menggunakan akal yang terpimpin untuk berfikir, faham, menghurai dan menafsir.


Jangan pernah ingin mengatakan bahawa Allah tidak adil, tetapi diri sendiri yang lupa untuk membersihkan pemikiran diri yang kotor.


Moga beroleh kefahaman, jika bermanfaat jangan lupa sebarkan, saya mahu pahala dan anda juga dapat. Artikel fikir untuk beriman.

Ya Allah, semoga membenam papan kekunci kali ini bermanfaat dan dapat difahami, yang memberi komentar diberi kefahaman, dan yang beruntung adalah yang dapat mengamalkan, ameen. YAQUT HULAIF @ yaquthulaif.blogspot.com

12:41 a.m 12 Aug 2012 teratak bahagia, kuala perlis.

Ayuh fikirkan untuk beriman. Saya berfikir untuk menulis artikel ini, jadi saya tidak meremehkan untuk berfikir.

3 comments:

  1. berfikir membolehkan kita peduli pada citra diri kita. ヅ

    dan hati itu termpat simpanan iman~

    ReplyDelete
  2. semoga terus dimantapkan iman saudara dan kami.. semoga pengakhirannya juga kekal ditetapkan dalam keimanan kepada Allah, insyaAllah..

    selamat hari raya, taqabbalallahu minna wa minkum.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers