yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Saturday, November 22, 2014

Hanya Allah yang Tahu.

Assalamualaikum.

Kebetulan hari ini log in ke dalam blog yaqut hulaif, kerana ada kawan minta tolong sesuatu yang menyuruh untuk log in ke akaun ini, bertahun lama tak sentuh blog ini, tak tahu apa sebabnya, mungkin sini saya akan senaraikan alasan-alasan yang patut dan yang tak patut.

Artikel kali ini bukanlah artikel yang seperti artikel-artikel dulu, artikel ini santai, dalam kesibukan belajar, keserabutan kehidupan, atau sengaja buat-buat serabut, blog ini blog yang saya niat untuk dakwah, jika saya tinggalkan menulis blog ini bermakna  saya telah berhenti berdakwah, begitulah niat pada awalnya.

ustaz terus berpesan pada saya, "teruslah melangkah mengorak potensi diri kerana ummat memerlukan''

Teringin melangkah lebih jauh tapi punya banyak alasan.

Pertama, mungkin dari artikel ini kalian boleh kenal lebih tahu lebih cerah tentang saya, kini di semester akhir pengajian, sibuk dengan penulisan latihan ilmiah atau final year project ala-ala thesis, setiap hari menulis dan membaca, bercampur asgment perbentangan dan bermacam lagi. Tidur.

Seperti saya kata tadi, artikel ini adalah alasan, sengaja ditulis kerana sudah tidak lama menulis, dari minat menulis, disiplin dua minggu sekali mahu update blog sehingga kini bertahun tidak update dan langsung tak sentuh.

Teguran demi teguran, pesan demi pesan, supaya update blog, dari kak Hidayah Ali yang selalu berpesan walau tak pernah bersua muka, moga si comel Miftah sehat, keluarga akak bahagia, status ibu akak tu status seluruh dunia akan hargainya.

Antara alasan lain yang mungkin patut disebut, hasil kesan dari peristiwa kemalangam keluarga saya yang agak tersentak beri kesan langsung, kesan yang amat merubah, merubah sekaligus, ujian ini menduga pada waktu yang mungkin tepat, saya juga mencuba menempuhnya, saya ada terangkan pada artikel-artikel sebelum ini sedikit, mungkin alasan ini memberi kesan pada penulisan blog ini.

Entah tidak tahu saya mencari terjumpa atau tidak hasil dari musibah kuat ini, antara dua, semakin beriman atau semakin melencong.

Selain hal-hal lain yang datang menduga, seperti perasaa-perasaan lain yang datang, perasaan terasa kerdil, pemikiran-pemikiran lain yang datang membuat diri berfikir beribu kali mahu tulis tentang apa, pemikiran lain yang masuk dalam diri yang membuat keberanian pada genre atau isu yang mahu disentuh.

Artikel ini tentang alasan, saya tahu saya ada pembaca di luar sana, ada pembaca yang menunggu artikel-artikel baru yang akan ditulis, pernah ditegur di seminar dengan memanggil "yaqut hulaif", pernah berjumpa kawan sekolah dulu yang keluarganya juga membaca blog ini, pernah juga keluarga dari kawan kakak menegur tentang penulisan di blog ini.

Saya tahu blog ini pernah dikenali, terasa rugi tinggalkannya, mungkin penulisan kali ini mahu kembalikan apa yang tertinggal.

Walaupun penulisan di alam maya ini cuma cebisan atau sebahagian dari realiti dunia sebenar, saya tetap mengambil berat tentangnya, tuntutan-tuntutan hidup yang lain seperti sibuk dengan mahu habiskan belajar, nak kerja, nak bahagia, dan pelbagai tuntutan lain, itu semua tuntutan yang menggangu mungkin, bukan saya sahaja mungkin juga penulis lain.

Dari pernah disuruh menulis artikel di salah satu majalah dakwah tempatan, saya diajak bersama dengan kumpulan penulis muda peminat sastera, ini antara peluang keemasan yang saya tolak, mungkin tak tolak lagi, Cuma tak hargai, juga kenalan-kenalan penulis di luar sana yang kenal, yang hanya borak di fb, mungkin saya juga tak hargai mereka, banyak kalau mahu ditulis, dan tak akan tersusun.

Tak tahu sebesar mana pentingnya blog ini sekarang pada saya, walaubagaimana pun tetap ada harapan padanya.

Mungkin artikel ini dapat dinilai ditahap mana keperluan hidup saya, keserabutan kini yang belenggu hidup, dan alasan-alasan di atas yang diterima akal atau tidak.

Mungkin pembacaan-pembacaan yang begitu kurang, kecenderungan kepada karya sastera sudah lebih dari karya islamik, dan kehidupan yang sudah malas berfikir atau mengelamun untuk menulis, atau apa-apa sahaja.

Menulis sebenarnya hal yang membuat diri ini sedar, akan kewujudan diri, bahawa diri sedang berfikir, akan kewujudan diri dan ruang lingkungan sekitar, tindak balas diri pada kondisi sekitar, mereka yang malas merenung sememangnya tidak menulis, atau malas berfikir.

kalau gugur pun akan menjadi emas.


Moga Allah tunjukkan saya pada jalan yang sepatutnya, disamping keserabutan diri, ibadah yang makin kurang, dosa-dosa yang ada yang menghantui diri, rasa tak selamat dan rasa tak suci, rasa berdosa dan pelbagai rasa lain yang membuat diri terasa buruk untuk berfikir dan terus menulis.

Moga kalian doakan saya, sekarang terasa seperti mahukan seseorang yang membimbing untuk ke permukaan air untuk bernafas seperti helah nafas biasa, dan segar menikmat nikmat iman seperti sedia kala.


Sedikit demi sedikit saya hanyut, dalam sedar.

5 comments:

  1. Be strong! :)
    Semoga tabah

    #salah seorang pembaca yang menunggu artikel-artikel baru yang akan ditulis ;)

    ReplyDelete
  2. Lama sudah tunggu korn update blog....
    Terus bangkit korn !

    ReplyDelete
  3. Good luck for your final. You can do it!

    Keep strong. Keep dua'. ^_^

    ReplyDelete
  4. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
    (Asy-Syams 91:8)
    beruntunglah orang yang menyucikannya,, rugi pada yg mengotorinya..

    ada hikmah disebalik setiap ujian Allah,, moga akh jd orang yg beruntung dgn memilih jalan ketaqwaan, amin

    lps hbs fyp, bolehlah tulis blog mcm dulu,iA

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers