yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Friday, November 27, 2015

Pendosa Mahukan Syurga

Dalam hidup tidak ada yang tidak salah, tidak semua yang betul, kita perlu memillih dan kita punya pilihan, seseorang yang sudah tahu berfikir sendiri dan tahu antara baik dan buruk dan antara dosa dan pahala juga syurga neraka sudah boleh dikategorikan sebagai insan yang sudah layak untuk memilih, memilih antara apa?


Photo by furqanrezqi https://www.instagram.com/furqanrezqi/

Antara syurga dan neraka.

Syurga dan neraka yang diciptakan bukanlah tanpa sebab, ianya punya sebab untuk manusia yang dijadikan sebagai hamba yang punya peraturan aturan tuhan, sudah menjadi fitrah seorang insan untuk hidup bertuhan.

Guru akidah yang unik adalah Nabi Ibrahim. Dia ajar kita kenal Allah menggunakan akal.

Nabi Ibrahim seorang yang hebat, dia mengajar kita mengenali tuhan menggunakan akal, kisah nabi Ibrahim antara kisah contoh bahawa hidup ini perlukan tuhan, fitrah azali mahu bertuhan, mahu mencari tuhan.

Jadi, jiwa insan ini yang fitrahnya mahu bertuhan tidakkah menjadi janggal apabila melakukan yang dilarang manakala yang disuruh ditinggllkan?

Syurga buat siapa? Neraka pula untuk siapa? Segala yang dicipta ada hikmahnya, segala yang dilarang ada hikmahnya, dan segala yang disuruh juga ada hikmahnya.


Kembali kepada fitrah itu hipokrit?

Apabila disuruh mengamalkan Islam yang sebenar, mereka mengatakan ianya perbuatan hipokrit, tidak sedar mereka sebenarnya tidak mengamalkan Islam yang sebenar itulah hipokrit yang sebetulnya.

Kerana kini Islam sudah dipandng asing, dipandang serong oleh khalayak dunia, bukan atas perbuatan Islam, tapi orang Islam sendiri yang tidak punya izzah untuk menunjukkan kesyumulan Islam, yang bahawa Islam ini adalah agama cinta, agama kasih sayang, agama perpaduan. Bukan salah Islam, tapi kita yang sebenarnya yang belum memperaktikkan Islam yang sebenar untuk ditunjukkan menjadi contoh tauladan kepada masyarakat dunia.


Buat pendosa.

Masih sedar akan dosa yang dilakukan itu merupakan salah satu tanda kasih sayang Allah, Allah masih belum menghanyutkan kita dalam dosa tanpa sedar, akan tetapi kita masih sedar di dalam berbuat dosa.

Inilah kasih sayang Allah buat kita pendosa, agar kita berubah, agar kita masih ada harapan lagi untuk perbetulkan, agar ada lagi ruang diberi kemaafan, takut jika nanti sudah tidak ada ruang, pintu hati sudah tertutup, gelap di dalam hanyir dosa tanpa sedar, dihanyutkan dalam kenikmatan noda syaitan, tanpa sedar dan tidak disedarkan, bila sudah sampai tahap itu kita pun sudah tidak sedar bahawa kita pernah beriman satu ketika dulu.

Jangan sampai keadaan sedih itu berlaku, dosa dalam sedar inilah satu kelebihan buat kita hamba Allah yang masih mencari sesuatu di dalam hidup.

Photo by furqanrezqi https://www.instagram.com/furqanrezqi/

Pendosa ingin ke syurga

Dan anggaplah segala kesalahan itu sebagai satu pengalaman berharga, bila dikenang kembali kita dapat bersyukur dengan nikmat kemanisan iman yang sedia ada.


firmanNya:
   “Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” Surah As-Sajdah ayat 12.


Senarai semak.

Sudah percaya akan wujudnya balasan syurga dan neraka?
Hidup dan mati?

Kadang manusia akan percaya dengan sebenar percaya akan hidup dan mati apabila salah seorang ahli keluarganya yang tersayang meninggal dunia, dari saat itu baru dia akan percaya atau beriman dengan sebenar beriman bahawa Allah lah yang punya kuasa untuk menghidupkan dan mematikan.

Muhasabah kembali, senarai semak antara syurga neraka dan hidup mati, adakah kita sudah sebenar-benarnya faham dan amati atau masih belum percaya dengan iman di hati?


4:48 PM 27 Nov., 15 Pantai Hillpark. Jangan menangis sahabat, ini Tuhan mengujimu.

3 comments:

  1. Lama tak baca blog ni. Moga terus memberi inspirasi. Seronok tengok blogger lama² dah kembali aktif menabur bakti mencari saham akhirat dengan menulis. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Lama tak baca blog ni. Moga terus memberi inspirasi. Seronok tengok blogger lama² dah kembali aktif menabur bakti mencari saham akhirat dengan menulis. Keep it up!

    ReplyDelete

Followers