yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Wednesday, December 8, 2010

Santai yaqut hulaif : Lakaran Dakwah

Oleh : yaqut hulaif

Assalamualaikum


.

BISMILLAH. Sekadar perkongsian santai daripada saya, kerana sudah lama juga tidak update blog ini, mungkin sudah dua minggu tidak diisi dengan sebarang perkongsian.

Segala perjalanan hidup hanyalah untuk Islam, jadi segalanya niat perlulah hanya untuk Islam. Redha Allah mudah sahaja untuk dicari, bagi yang mahukan redhaNYA, tapi amat sukar kepada yang sememangnya tidak mahu, sama ada mahu atau pun tidak sahaja. Jadi lapangkan hati dan bersabar di jalan Allah dan jangn sesekali alpa dengan dunia yang fana ini.

Saya ulang, sekadar perkongsian santai daripada saya, bukan menyuruh tetapi mahu berkongsi segala ibrah dalam hidup untuk manfaat bersama. Moga Allah redha itu tujuan yang paling utama tetapi bukan yang pertama. Banyak lagi yang perlu disingkap di dunia ini kerana ilmu Allah tidak terhingga kerana semuanya kepunyaanNYA.

Sekarang ada pelbagai jenis minat atau kesukaan remaja sekarang, jadi gunakanlah minat atau pun bakat tersebut untuk Islam semata-mata, cuba salurkan minat kita pada saluran yang betul. Sebagai wasilah penyebaran Islam kepada masyarakat. Biarlah hidup kita dapat berbakti dengan masyarakat. Walaupun tidak dapat berhadapan dengan masyarakat secara zahirnya, namun mesej indahnya Islam itu tetap sampai, dengan cara dan kretiviti tersendiri. Tidak akan pernah merasa sia-sia. Ingat akan janjiNYA.

Mulakan sesuatu yang baru dalam hidup, barulah diri akan rasa berharga untuk hidup, hidup mulia dengan Islam. Sibukkan diri dengan perkara yang kita minat, tetapi bermanfaat dan menyumbang kepada Islam. Itu sahaja mudah kan.




Jadi ingin saya kongsikan di sini, sebagai contoh kita dan sahabat telah pun mengikuti sesuatu program atau pun satu slot ilmu. Jadi saya dan dia sahabat telah mendengar perkara yang sama, dari penceramah yang sama, di tempat yang sama dan pada masa yang sama. Mungkin hanya berbeza dari segi tumpuan.

Jadi perkara yang sama saya dapat dari slot tersebut dan juga sahabat saya, jadi sebagai daie perlulah menyebarkannya, menyampaikannya dan sebarkan segala ilmu yang dapat seluas mungkin dengan apa cara sekalipun, asalkan dapat mencerahkan lagi pengetahuan sahabat-sahabat lain. Tidak akan rugi sama sekali. Sebarkan pada sahabat sendiri, mereka sahabat bersama kini, dulu dan sekarang, setiap waktu apabila pagi sahabat itulah juga dan apabila malam sahabat itulah juga. Tak kemana pun. Mudahkan dakwah hanya pada orang sekeliling, dan akan terus tersebar luas melalui penyampaiaan demi penyampaian. Kerana Sharing is caring.

Jadi wasilah dalam blog ini juga merupakan antara usaha saya menyebarkan apa yang terlintas dan terfikir, Alhamdulillah segala nikmat Allah kerana masih menetapkan kaki saya di jalan yang disenangi dan moga diredhaiNYA ini. Dakwah melalui penulisan blog, mahukan kekuatan dari segi penulisan bacalah perkongsian saya ini, DAKWAH MELALUI PENULISAN , PERKONGSIAN HILAL ASYRAF. Moga perkongsian itu bermanfaat.

Jadi gunalah segala kudrat yang ada dan minat yang mendalam itu untuk perkembangan Islam. Perkara yang kita minat ditujukan untuk Islam, sudah minat dan dihalakan pula kepada islam, semestinya dakwah Islam akan berjalan bukan. Subhanallah. Jadi saya tegaskan, tiada alasan dalam dakwah Islam.

Jadi apabila ilmu dan pengisian yang sama yang kita perolehi seperti sahabat lain, sekarang hanya perlu mengfokuskan kepada cara penyampaian, cara penyebarannya. Agar ianya berkesan dan melekat di hati sahabat kita.

Jadi perlukan kretiviti di sini, tidak kisahlah dari segi penyampaiaan terus melalui percakapan atau dari segi pendekatan lain. Atau pun penulisan komik. Hanya sedikit kretiviti, walaupun tidak banyak kretiviti tapi mungkin akan memberikan kesan besar kepada kesyumulan Islam.



Saya kongsikan di sini, insan yang sememangnya berbakat. Bakat digunakan sebaiknya di landasan yang betul. Beruntung kerana dikurniakan bakat sebegitu. MusliMultimdia, keseniannya antara yang terbaik yang pernah saya lihat. Saya kongsiakan juga di sini. Semua lukisannya sangat menarik, berseni dan mempunyai kekuatan. Dan semua lukisannya mempunyai matlamat dan mesej tersendiri.

Beliau tidak mensia-siakan bakatnya. Pernah berjumpa dengan beliau, tapi tidak sempat bercakap. Cuma dapat melihat perwatakannya dari jauh, perwatakan seorang pelakar kesenian dakwah.

Kaedah penghasilan sebuah komik oleh MusliMultimdia.

Idea - Hasil daripada akal seseorang individu atau secara brainstorming.

Jalan cerita - Samada berbentuk story board atau skrip.

Seni konsep @ Concept Art - Disinilah lakaran watak-watak komik akan dilukis sebagai gambar rujukan bagi pelukis-pelukis dan Layout Design dimana tempat atau latar belakang watak dimana babak akan dimainkan. Info bagi setiap watak cerita dan Layout Design perlu dikumpulkan sekali.

Komik - Barulah komik boleh dijalankan dengan baik.

Dan jangan lupa copyright - Ini akan menjaga hak ciptaan anda daripada aktiviti-aktiviti mencetak rompak atau menciplak.

Sengaja saya kongsiakn MusliMultimdia ini, agar sahabat-sahabat dapat mengenalinya dan menyebarkan apa yang diperolah. Untuk islam juga.

Saya linkan lapangan karya beliau, MusliMultimdia.

Sekadar ini sahaja perkongsian santai dari saya, lakaran dakwah. Sekadar mesej dari gambar yang dapat menarik minat, menarik minat kepada gambar yang bermesejkan dakwah Islam.



Jatuh hati pada Islam, saya tidak dapat gambarkan bagaimana rasanya jatuh hati pada Islam, jika ada sahabat dapat merasakan jatuh hati pada Islam, mungkin tidak dapat diluahkan kerana mungkin tidak dapat digambarkan, segala nikmatNYA. Syukur.


‎'Dakwah ialah seni memenangi hati'


10:41 pm 08 dec 2010





7 comments:

  1. Assalamu'alaikum.

    Mabrouk...pengisian yg baik! Itulah Islam sebenarnya.. syumul, merangkumi pelbagai aspek! tp kbnyknnye org pandang Islam hanya pada 5 rukun Islam shj.

    Walhal sbnrnye, bnyk lagi benda yg kita bley buat utk Islam. Conthnye melukis ni la.. Seronok kalo kita edit2 pic dan edit poster utk Islam. Yg melambgkn identity Islam tu sendiri.

    Apepn,teruskn bágenda dalam penulisan..wallahu'alam..:)

    ReplyDelete
  2. salam..

    singgah sambil follow ur blog..

    ReplyDelete
  3. Bagus, teruskan usaha saudara yang murni itu. :) bawa rahmat ke seluruh alam.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..semoga ukhwah menerusi penulisan terus mendapat rahmat dariNYA..aminn (-_-)

    recent post : |curriculum vitae atau resume???|

    ReplyDelete
  5. xsgka saudara ade kembar 3..ape2 pn teruskan bertinta jgn bercinta lagi..=)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers