yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Wednesday, January 5, 2011

Istimewa Januari : Kasih Ibu 'Memang' Sepanjang Jalan~Selamat Hari Jadi~

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : yaqut hulaif

1 januari 2011, tiba di tempat belajar. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus memijik kaki di bumi tarbiyah ini.

Allah SWT berfirman, Al Ahqaaf 46 :15

”Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia(anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa : ”Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-MU yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhai, dan berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (Al Ahqaaf 46 :15).

Pagi itu juga mendapat mesej dari seorang kakak, Hari ini Besday Mak ! , MasyAllah saya lupa. Ya , betul hari ini besday mak. Emak, abah, kakak ipar dan saya pada bulan januari. 4 besday in january.

Baru sahaja bersua dengan keluarga selama seminggu cuti pertengahan semester. Kasih ibu tetap diingat.


Saya mahu hargai, 1 januari besday emak. 8 januari besday abah. 30 januari besday kakak ipar. Dan saya juga january. Saya panggil emak, anak saudara memanggl tok, umi, ibu dan banyak lagi panggilan untuk seorang ibu.

Pelbagai panggilan, namun kasih ibu pada seorang anak tidak akan berubah sama sekali. Ada kata-kata mengatakan ibu bapa mampu sahaja menjaga anak-anak yang ramai, namun tidak semestinya anak-anak itu mampu menjaga ibu-bapanya kelak.

Rasa kasih sayang ibu sepanjang masa.

Sepanjang masa dalam hidup seseoarang semestinya ada insan yang bernama ibu, tidak seorang pun terkecuali. Kurniaan Allah kepada kita semua.

Emak, banyak tegurannya yang tidak jemu-jemu memberi peringatan, namun hanya saya mendengar tanpa membuat apa-apa. Sekadar mendengar, abaikan sahaja. Itu saya, teguran ibu berpanjangan. Katanya belajar rajin-rajin, tak putus-putus memberi peringatan. Saya sedang kotakan, insyaAllah.

Itu salah satu kuasa seorang ibu, katanya berulang kali, namun kita yang mendengarnya tidak pernah merasai bosan kerana ianya sudah ketentuan Allah. Kuasa kasih sayang seorang ibu, oleh kerana tanda kasihnya ibu, tidak kita sedar.

Ibu memahami semua keinginan kita, pujaan hati kita semua. 6 orang anak didiknya, sungguh hebat seorang ibu. Pandangannya curahan kasih sayang, katanya azimat sepanjang kehidupan. Siapalah kita tanpanya.

‘keluarga itu hanya menternak anak’

Dalam mesej facebook, kata kakak ketiga ‘rindu sangat sama kampung’. Ya memang rindu. Kasih sayang ibu dan ayah memamg tidak terhingga, mereka telah mengorbankan segala-galanya. Saya pernah berfikir, peranan sebagai kedua ibu bapa, bukan hanya mendidik anak. Tetapi mereka membangunkan Islam.

Seorang anak yang dilaburkan segala pengorbanan oleh ibu dan ayah kepadanya, dan anak itu berjasa kepada Islam, subhanallah. Itu kejayaan besar. Peranan ibu bapa seperti melaburkan pengorbanan untuk anak-anak mereka, bukan sekadar mainan tapi demi Islam.

Tidak hairan, ada juga saya pernah terdengar kata-kata yang agak kasar, ‘keluarga itu hanya menternak anak’. Anak yang tidak dididik dengan betul, tarbiyahnya diabaikan. Anugerah Allah yang diabaikan.

Tidak mungkin lahirnya anak yang putih bersih tidak dicorakkan. Seperti anaknya tidak memberi apa-apa makna. Lahirnya seorang anak, maka lahirlah seorang daie untuk Islam.

Anak anugerah Allah, bukan bebanan tapi nikmat Allah kepada sesebuah keluarga. Nikmat anak yang Allah berikan bukan untuk disiakan sehingga ada yang mengatakan hanya ‘menternak’.

Jauh sekali mahukan sebegitu, anak dididik dengan kesyumulan Islam, jadi sebelum melafazkan lafaz sakinah semestinya memerlukan pencerahan penuh tentang baitul muslim, dan saya sedang mencerahkannya-sekadar pendapat seorang anak.

Hati ibu siapa duga.

Mukanya tetap tersenyum, namun kita masih tidak tahu apa di dalam hatinya, kita ada menyakitinya. Namun wajahnya tetap berseri menguntum senyuman, tanpa rasa hampa. Sentiasa mencurahkan kasih sayang. Kasih sayang berpanjangan. Kita bagaikan meleburkan impian ibu.


Jangan sesekali disiakan, tiada pilihan ketiga, berjasa kepada ibu dan ayah atau derhaka. Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Siapalah kita tanpa ibu bapa? Siapalah kita tanpa redha Allah?

Duduk sebentar dan muhasabah diri, mari bersama berubah kepada yang lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah r.a :


”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, ”Ya, Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terbaik ?,
jawab beliau, ”Ibumu !, dia bertanya, kemudian siapa ?
Rasulullah menjawab, “Ibumu !, dia bertanya, kemudian siapa ?
Rasulullah menjawab, “Ibumu !, dia bertanya, kemudian siapa ?
Rasulullah menjawab, “Bapakmu !

kesunyian dan kegersangan iman hanya akan terubat apabila kembalinya kita kepada Allah, jadi carilah redhaNYA.

saya mahu hargai, namun tidak tahu ingin bagaimana untuk dihargai? Hanya perlu mencari redha mereka.

Sabda Rasulullah SAW : " Redha ALLAH tergantung kepada keredhaan orang tua dan murka ALLAH tergantung kepada kemurkaan orang tua" (HR Bukhari, Ibnu Hibban)

Cintanya sempurna abah.

Ingat masa dahulu, kelakuan abah yang memang terkesan di hati diingat sehingga kini. Seperti biasa, keputusan peperiksaan akan dihantar ke rumah oleh pihak sekolah. Saya seperti biasa ketika itu cuma ‘biasa-biasa’ belajar, selepas PMR masa honeymoon katakan.

Terjelas terkesan di hati, apabila keputusan yang cemerlang diperoleh, abah menyimpan elok di dalam satu bag fail di dalam almari, berbanding jika keputusan ‘biasa-biasa’ hanya sekadar diletak dibawah telefon rumah.

Seperti biasa setiap kali pulang dari asrama saya akan bertanya kepada sesiapa sahaja, keputusan peperiksaan di mana? Apabila melihat sedemikian rupa, saya sekadar memandang, benarlah bagai dikata, perasaan ibu bapa siapa duga. Kita hanya anak perlu redha mereka. Jangan sesekali disakiti.

Menginsafkan rohani, bermonolog sendiri. kasihnya abah. Hanya mahukan pengorbanannya berhasil. Hanya mahukan kebaikan, bukan keburukan. Mungkin penghibur hati sebelum berpisah menemuiNYA. Jadi, kita yang masih ada kesempatan, mohonlah keampunan.

Berbaktilah kepada mereka, saya fikir, kita yang mempunyai ibu bapa merupakan bonus, bonus untuk kita wahai sahabat-sahabat. Berbanding mereka yang sudah kehilangan. Tiada tempat untuk berbakti lagi.


Rasailah apa yang perlu dirasai, cuba rasai di sebalik kerutan dahi mereka, cuba rasai halus atau kasarnya tangan mereka kerana berkerja. Cuba merenung urat-urat hijau timbul di tangan ayah. Selagi berkesempatan. Jangan hati sayu mengenangkan sahaja kelak.-peringatan bersama.

Mula dihitung puluh-puluh, tidak lagi belas-belas.

Bonus juga untuk saya, kerana bulan januari saya dikumpulkan bersama mak abah. Umur saya dahulu belasan tahun, sekali dengar terasa kebudakan lagi. Tetapi januari 2011 kini saya ‘sudah’ 20 tahun, bukan ‘baru’ 20. Sudah berada di gerbang puluhan. Fakta terbaru untuk pembaca blog yaqut hulaif, pemilik yaqut hulaif sudah 20 tahun.

Terasa tua. Akan saya suburkan baik-baik umur ini. Doakan saya. Bersama kenali cintaNYA. Agar saya masih boleh berkongsi, Ameen ya Allah. Moga dapat memberi semangat baru. Rasa syukur, Alhamdulillah.

Tersenyum dengan gelagat sahabat-sahabat ucap besday. Terima kasih. Ada yang lari datang ke bilik, ada yang mesej, ucap di facebook. Soalan pertama sahabat-sahabat, siapa orang yang first ucap besday? ~tak tahu nak kata apa~

Muhasabah untuk saya. Agar sampai ke syurga, agar Allah redha.

  • Ketika berumur 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi jeneral perang ketika ini.
  • Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel pada umur 22/23 tahun.

Saya? Kita?

Masa muda penuh karya, berkaryalah sebagai insan yang beriman. Penulisan tarbawi.


12:00 am 5 jan 2011, saya sudah 20 tahun?? Saya tidak akan lupakan 5 january pada tahun-tahun yang lalu, pastinya saya tidak akan lupakan ‘saya’ pada tahun-tahun dahulu.

Perkara-perkara yang lalu sama ada hitam mahu pun putih, akan saya ingat sebagai ibrah hidup. Moga ada peningkatan. Moga hidup Allah redha.

Saya akhiri, moga my family membaca post ini, mohon maaf isi rumah teratak bahagia saya di Perlis.

9 comments:

  1. Salam.sanah helwa.artikel yg baik.menyedarkan ttg pgorbanan ibu bapa yg mmg tak mammpu dbalas wlau dgn segunung emas skalipun.

    ReplyDelete
  2. salam, nice post/sharing.. --lebih mahu menghargai..

    ReplyDelete
  3. Salam Yaqut Hulaif.

    Bulan yang sama kelahirannya dengan saya dan bapa mertua saya. kirim salam pada ibu Yaqut ya. Dan ucapkan selamat hari lahir dari sahabat maya anda.

    ReplyDelete
  4. ikut ghalibnya, orang tua umurnya tak panjang... jadik gunakan kesempatan untuk berbakti sebaik mungkin seblom mereka menutup mata

    ReplyDelete
  5. nice en3 u got here..followed..

    http://budakmaran.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. redha Allah dalam redha kedua ibubapa..

    ReplyDelete
  7. suddenly,,rser rindu sgt pd mak,,huhu,,maklah ibu dan ayah kami

    ReplyDelete
  8. dapat pengajaran dari entri nie
    lebih menghargai ibu bapa..
    thanks :D

    ReplyDelete
  9. salam alaykk..
    suke entry ni..

    sanah helwah..
    moga terus gagah merempuh dan menentang jahiliyyah moden..moga terus istiqamah..

    wassalam~

    ReplyDelete

Followers