yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Monday, July 11, 2011

Altruistic cinta Hanzhalah.

Oleh : yaqut hulaif

Berkenalan dengan ciri-ciri Islam yang sebenar. Apabila sudah dapat berkenalan dengan baik maka akan mudahlah gerakan-gerakan indah akan bergerak dengan sendirinya.

Apabila sudah tahu akan soal hati budi, suka atau tidak, apabila terikat sayang, kasih pun akan terus terlekat. Berkenalan dan terus memahami, memahami membawa kefahaman, apabila ada kefahaman akan ada pula persamaan.

malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.


Ya, persamaan, dengan persamaan kita akan lebih rapat kerana ada persamaan dan rasa saling memahami. Indah kan. Tidak dapat dibayangkan jika kehidupan ini hanya dipenuhi dengan irama-irama yang memuji yang Maha Esa, subhanallah.

Apabila adanya persamaan, dia dan aku akan mudah memahami, jambatan hati cepat sahaja terpatri utuh, terukir senyuman walau disakiti, hanya kerana kita ada persamaan dan rasa saling memahami.

Sifatnya ALTRUISTIC

Altruistic maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi.

Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi. Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.

Tidak ada yang perfect, dan tidak ada yang cukup lengkap serba serbi sifatnya. Hakikat hidup bermasyarakat iaitu saling melengkapi, apabila saudaranya memiliki kekurangan, dan dia ada kelebihan, tidak salah sedikit pun untuk mengisi kekurangan saudaranya itu. ~dia bukannya insan yang turun dari syurga.

Kekurangan itu terisi oleh kelebihan, ia saling melengkapi, ruang kosong itu dipenuhi. Nampak sempurna di mata kita, walaupun hakikatnya masih belum sempurna.

Ya, kita tidak boleh mencapai tahap kesempurnaan. Tetapi, kita boleh bergerak dan berusaha ke arah kesempurnaan. Hanya yang maha esa yang mampu.

Kelompongan itu diisi, indah rasa apabila ada insan yang ingin memenuhi kelompongan di hati, kerana apa? adanya kemahuan gerak hati itu? kerana kita ada kefahaman dan berkongsi rasa walaupun kadang kala berlainan maksud.


Huraian di atas itu adalah = cinta, setujukah ?

Apabila ada rasa saling memahami, serba serbi saling melengkapi. Kadang kala diuji untuk dikukuhkan iman.


Buku hasil tinta Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk “ Al-Islam Wal Hubb”. Katanya cinta itu ialah perasaan jiwa dan tarikan hati.


Cinta, kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran, dan kebahagiaan = bait-bait kata fitrah insani, tidak boleh lari lagi dari perasaan ini.

Bercerita akan kasih sayang dan fitrah terasa nikmatnya, namun nikmat ini perlu ditujukan kepada mahabbatullah, maka akan rasa nikmat yang sebenar, mari bersama menuju rasa nikmat rasa itu.

Sifat cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya, sifatnya juga sempurna. Jika tidak, cinta itu akan cacat. Itulah rasa cinta sebenar cinta, cinta Allah itu sempurna.

Cinta juga menuntut kepada pengorbanan dalam hayat, sanggup berkorban apa sahaja untuk mengikut rasa pilihan hati.

Bukan sahaja pengorbanan biasa dan ada juga korbankan maruah demi ‘cinta’.  Demi membuktikan cintanya, apa sahaja dipandang mudah, bagaikan segalanya mudah kerana dia hanya nampak ‘cinta’.

Namun pengorbanan memang perlulah ada, namun jangan korbankan diri andai agamamu tergadai. Sememangnya hebat penangan cinta, menimbulkan pelbagai rasa, bukan sahaja indah tetapi juga kepahitan duka dan kepedihan. Sanggup segalanya demi cinta ya.

Cinta=fitrah, besar sungguh nikmat kurniaan Allah ini. Hanya kerana cinta semua boleh berlaku. Namun cinta tidak cukup kuat untuk bersendirian, perlu bertemankan pengorbanan, disitu tersiratnya pengabdian suci serta ditemukan jalan mujahadah. Moga berkekalan sampai syurga.

Pengorbanan itu penting, jika hanya cinta tanpa pengorbanan, ikhlas itu susah untuk memaut di hati.


Erti pengorbanan cinta, syurga ganjarannya.

Apa erti di sebalik pengorbanan?  Mari kita menyelusuri erti pengorbanan yang dimiliki oleh sahabat Rasulullah SAW, Hanzhalah bin Abu Amir.

Hanzhalah beruntung bukan sekadar sempat membina rumahtangga syurga bersama bidadari pilihannya, tetapi dia beroleh juga bidadari-bidadari syurga yang setia menantinya.

Hanzhalah bin Abu ‘Amir bin Shaifi bin Malik bin Umayyah bin Dhabi’ah bin Zaid bin Uaf bin Amru bin Auf bin Malik al-Aus al-Anshory al-Ausy. Pada masa jahiliyah ayahnya dikenali sebagai seorang pendeta, namanya Amru.

Suatu hari ayahnya ditanya mengenai kedatangan Nabi dan sifatnya, hingga ketika datang orang ramai dengan mudahnya dapat mengenalnya. Ayahnya pun menyebutkan apa yang ditanyakan.

Bahkan secara terang-terangan dirinya akan beriman dengan kenabian itu. Ketika Allah turunkan Islam di jazirah Arab untuk menuntun jalan kebenaran melalui nabi terakhir, namun dirinya mengingkarinya. Bahkan dirinya hasad dengki dengan kenabian Muhammad SAW.

Namun dengan kebesaran Allah. Tidak lama kemudian Allah bukakan hati anaknya Hanzhalah untuk menerima kebenaran yang dibawa Rasulullah SAW. Sejak itulah jiwa raga kehidupannya diwakafkan untuk perjuangan Islam.

Kebencian ayahnya terhadap Rasulullah membuatkan darahnya naik turun. Bahkan meminta izin Rasulullah untuk membunuhnya. Tapi Rasulullah tidak mengizinkan. Sejak itulah keyakinan akan kebenaran ajaran Islam semakin memuncak di relung hatinya. Seluruh waktunya digunakan untuk menimba ilmu dari Rasulullah.

Di tengah kesibukannya mengikuti gerakan dakwah Rasulullah yang penuh strategik, tidak terasa usia telah menghantarkannya untuk memasuki marhalah kehidupan hidup berkeluarga. Disamping untuk mengembangkan umat Islam, tentu ada hikmah kurniaan Allah yang tidak mungkin dapat ditekanya.

Sementara itu situasi Madinah dalam keadaan siap siaga. Kaum muslimin sudah mencium gelagat dan gerak-geri rancangan penyerangan pasukan Abu Sufian. Situasi Madinah sangat genting pada saat itu.

Namun walau dalam situasi seperti itu, Hanzhalah dengan tenang hati dan penuh keyakinan akan melangsungkan pernikahannya. Sungguh tindakannya itu merupakan gambaran pemuda yang senantiasa tenang menghadapi pelbagai macam keadaan.

Hanzhalah menikahi Jamilah binti Abdullah bin Ubay bin Salul, sang kekasih, pada malam yang paginya akan berlangsung peperangan di Uhud. Beliau meminta izin kepada Nabi SAW untuk bermalam bersama isterinya. Beliau tidak tahu persis apakah itu pertemuan atau perpisahan. Nabi pun mengizinkannya bermalam bersama isteri yang baru saja diamanahkan untuknya.

Mereka memang baru saja menjalin sebuah ikatan. Memadu segala rasa dari dua lautan jiwa. Berjanji, menjaga bahtera tidak akan karam walau kelak badai garang menghadang. Kini, dunia seakan menjadi milik berdua.

Malam pertama yang selalu panjang bagi setiap mempelai dilalui dengan penuh mesra. Tidak diharapkannya pagi segera menjelang. Segala gemuruh hasrat tertumpah. Oleh kerana, sesuatu yang haram telah menjadi halal.

Langit begitu mempesona. Kerlipan bintang bagaikan hiasan tambahan sehampar guru langit. Mengasyikkan....

Sungguh sebuah episod yang teramat indah untuk dilewatkan. Namun disaat sang pengantin asyik terbuai wanginya aroma cinta, seruan jihad berkumandang dan menyentuh gegendang telinga.


Hayya ‘alal jihad…...!!          hayya ‘alal jihad…...!!!          hayya ‘alal jihad…...!!!!


Pemuda yang sedang menikmati indahnya malam pertama itu tersentak. Suara itu terdengar sangat tajam menusuk telinga dan terasa menekan dadanya. Suara itu seolah-olah irama syurga idaman yang lama dinanti.

Hanzhalah harus mengeluarkan keputusan dengan cepat. Bersama dengan hembusan angin fajar terakhir hayatnya, Hanzhalah pun segera melepaskan pelukan dari sang zaujah.

Segera melangkah keluar, tidak menunda lagi keberangkatannya, sehingga tidak sempat mandi terlebih dahulu. Isterinya meneguhkan tekad sang kekasih untuk keluar menyambut seruan jihad sambil memohon kepada Allah agar zaujnya diberi anugerah salah satu dari dua kebaikan, sebaik-baik pengakhiran atau ganjaran terhebat.


Menang hidup mulia atau mati syahid.

Dia berangkat diiringi deraian air mata kekasih yang dicintainya. Berangkat dengan kerinduan mengisi relung hatinya. Kerinduan saat-saat pertama yang sebelumnya sangat dinantikannya, saat mereka berdua terikat dalam jalinan suci.

Namun semua itu berlalu bagaikan mimpi. Hanzalah pun akhirnya berangkat menuju medan juang untuk memenangkan cinta yang lebih besar atas segalanya, agar Islam  terus berdiri. Berpisahan dua jiwa meninggalkan kuntum cinta yang sebelum ini yang sangat mekar di untaian takwa, demi Islam ditegakkan.

Baju perang disiapkan rapi, pedang terselit kemas. Bersama dengan para sahabat siap bergabung dengan pasukan yang dipimpin Rasulullah SAW. Jihad menjadi pilihan.

Tangannya yang kuat memainkan pedang dengan gerakan menebas dan menetak, menimbulkan kesan bak deruan angin kencang.

Bertempur hebat penuh semangat. Torehan luka di badan sudah tidak terbilang. Libasan pedangnya dahsyat laksana badai. Pedangnya terus menghentam. Suaranya melenting-lenting. Deras menebas dan menghentak. Berkali-kali orang Quraisy jahiliyah mati terbunuh di tangannya.


Altruistic cinta.

Demi Islam ditegakkan sehingga dia syahid akhirnya, ternyata syahid di medan Uhud. Di sebuah medan yang tampak masih basah, jasadnya terbujur.


Turunlah malaikat ke bumi mandikan jasadnya tanda simpati.....sucilah jasadnya mewangi diarak rohnya ke firdausi.....


Sentuhan cahaya terang dari langit membungkus jenazah Hanzhalah dan mengangkatnya ke angkasa setinggi rata-rata air mata memandang. Juga terjadi hujan seketika dan tubuhnya terbolak-balik seperti ada sesuatu yang hendak diratakan oleh air ke sekujur tubuh Hanzhalah.

Bayang-bayang putih juga berkelibat mengiringi titisan air hujan. Hujan mereda, cahaya terang padam diiringi kepergian bayang-bayang putih ke langit dan tubuh Hanzhalah kembali terjatuh dengan perlahan.

Subhanallah! Padahal dari tadi hujan tidak pernah turun walau setitis. Para sahabat yang menyaksikan merasa hairan. Para sahabat kemudian membawa jenazah yang basah kuyup itu ke hadapan Rasulullah saw dan menceritakan tentang peristiwa yang mereka saksikan.

Seorang sahabat berkata, “Aku benar-benar melihat malaikat sedang memandikan Hanzhalah di antara langit dan bumi dengan air dari awan dalam sebuah tempat besar terbuat dari perak.” Demikian Urwah ra menegaskan kesaksiannya tentang kesyahidan Hanzhalah di perang Uhud.


Rasulullah meminta agar seseorang segera memanggil isteri Hanzhalah.

Wanita yang dimaksudkan tiba di hadapan Rasulullah, menceritakan segalanya tentang Hanzhalah dan bertanya: “Apa yang telah dilakukan Hanzhalah sebelum kepergiannya ke medan perang?”

Wanita itu tertunduk. Rona pipinya memerah(blushing), dengan senyum tipis ia berkata: “Hanzhalah pergi dalam keadaan junub dan belum sempat mandi ya Rasulullah!”


Rasulullah kemudian berkata kepada yang hadir. “Ketahuilah oleh kalian. Bahawasanya jenazah Hanzhalah telah dimandikan oleh para malaikat. Bayang-bayang putih itu adalah isteri-isterinya dari kalangan bidadari yang datang menjemputnya.”

Dengan malu-malu mereka (para bidadari) berkata; “Wahai Hanzhalah, wahai suami kami. Lama kami telah menunggu pertemuan ini. Mari kita ke peraduan.”

Begitulah kisah korban cinta dua insan, baru sahaja diijab kabulkan, namum masih rela menyahut seruan jihad. Hanzhalah menyemai cintanya di syurga. Itulah sebenarnya erti pengorbanan.


Mungkin ada yang akan menimbulkan persoalan.

Asyik cinta ja blog yaqut hulaif nie? Bla bla bla

Umur saya, mungkin perlu belajar erti cinta, setuju? kot

Ia merupakan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:


Individu muslim = rumah tangga muslim(Baitul Muslim) = masyarakat muslim = kerajaan muslim = khilafah islam = empayar islam = Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).


Rasa cinta menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara isu yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini.

Aishiteru, saya baru tahu maksudnya.


Itulah sebabnya muncul perkongsian berkenaan cinta seperti  cinta malu [link]-cinta wahyu[link]-cinta bidadari[link].

Cinta merupakan antara batu-bata yang perlu diambil cakna keperluannya di dalam pembinaan baitul muslim dan ke peringkat seterusnya.

Jika cinta sudah kotor, tidak akan tergapailah matlamat sebenar. Ya kan?

Sesuatu kerja kebaikan itu perlu dirangka dengan tersusun dalam usaha menangani cabaran-cabaran pada hari ini kerana kejahatan yang tersusun itu akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun.

Dan kita perlu mengemaskan strategi-strategi agar ianya tersusun dalam usaha memupuk kefahaman yang sebenar mengenai erti cinta yang membawa ke syurga.

Antara mainannya adalah sifat marah. Tidak salah memberontak namun lebih indah lagi andai redha dan syukur mendahului. Suatu hari nanti pasti akan ada rasa mahu menghargai.

Blog ini akan ditulis perjalanan hidup yang diredhai, sekarang tentang cinta, mungkin tahun-tahun akan datang tentang Baitul Muslim. Tidak jemu dan akan diulang-ulang lagi hinggalah mati keranaNYA.

|| sabarlah wahai hati, marah itu mudah tetapi sabar lebih indah. || Arau 11:29 a.m 9 julai 2011

22 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Subhanallah. Suka entry ni. :)) Terima kasih atas peringatan ^^

    ReplyDelete
  2. subhanallah..panjang nye.. tak terbaca lagi.. insyaAllah pas habis keja ada masa lapang sikit akan dibaca..

    ReplyDelete
  3. salam alaik.

    subhanallah,indah kata menyentuh hati.pengorbanan cinta Hanzhalah,erti pengorbanan sebenar.pertama kali sebenarnya membaca kisah ini.bersyukur.

    ya,cinta cukup indah untuk dibicarakan,apalagi untuk dialami.

    hubb al ilahiyyah =)

    ReplyDelete
  4. sy ambil banner blog ini ya.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. entry panjang...tp menarik..need time to read this. keep on sharing=)

    ReplyDelete
  6. nice entry!i love it.ayat yg disusun dengan cantik..thanks for the reminder :)

    ReplyDelete
  7. Betul 2.. Cinta memerlukan pengorbanan..
    like entry ni.. Info yang berguna..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. salam...satu artikel yg menarik..

    xsalah berbicara pasal cinta,
    andai ia bisa mengelak dari terpana,
    cinta Allah atau cinta dunia,
    celik mata,celik akal,celik hati dalam meraih redhaNya....

    ReplyDelete
  9. salam.. entry yang sangat sangat menarik ya akhi.. :)

    tak terlawan cinta zaman sekarang dengan cinta zaman Rasulullah dulu.. :)

    terima kasih untuk peringatan..

    ReplyDelete
  10. sarat dgn pengajaran dan ilmu utk perkongsian bersama..entri yg sgt bgus buat saya..terima kasih sbb kongsi utk pengajaran semua..

    TQ juga sbb jengah blog sy... :)

    ReplyDelete
  11. @syaza nazura.
    waalaikumusalam.

    moga Allah terus memberi peringatan kepada kita. :)

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  12. @Muslimah Optimis
    subhanallah, kak Muslimah Optimis masuk komen teratak nie, syukran ya ^-^
    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  13. @Nazihah@Jiha

    cinta, tak akan lenkap jika tanpa pengorbanan....

    ya sama, saya pun agak tersentak hati apabila mula-mula membaca kisah Hanzhalah ini, Alhamdulillah sempat berkongsi.

    sembahkan pengorbanan, membuktikan kecintaan..hubb al ilahiyyah =)

    ya, sangat dialukan banner tu, syukran sudi ! =)

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  14. @syauqahsolehah
    moga beroleh manfaat =) dan panduan masa akan datang.

    ReplyDelete
  15. @cheqwa
    Moga kisah Hanzhalah ini memberi ingatan bermakna, insyaAllah, moga bermanfaat.syukran!

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  16. @nazira

    moga anda bertemu ibrah.syukran.

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  17. @balqis baltisha

    waalaikumusalam.

    subhanallah, cantik pencerahan itu, moga cinta sebenar cinta yang menjanjikan syurga Allah. InsyaAllah.

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  18. @ _Miss.Jannah_

    waalaikumusalam.

    betul, moga Allah tunjukkan kita cintaNYa, syukran ya.

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  19. @Fazreen Misbae

    Moga Allah memberi pengajaran yang hakiki, kita perlu mengusahakannya. =)

    yaqut hulaif

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers