yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Sunday, July 31, 2011

Menulislah kerana Allah |penyentap iman !|

Oleh : yaqut hulaif

Alhamdulillah, agak kelewatan saya update blog kali ini, mungkin sedang mencari momentum yang kuat agar penyampaian saya di dalam blog yaqut hualif  ini semakin meningkat kualitinya dan manfaatnya kian luas tersebar.

Ayuh bersama bergerak dan saling bahu-membahu dalam penyampaian dakwah menerusi penulisan dakwah di alam maya.

Menulis? Saya kata menulis ini merupakan salah satu daripada wasilah dakwah yang luas dan mempunyai daya tarikan yang baik kepada masyarakat.

Menulis? siapa pun boleh

Teringat dari bacaan saya sebelum ini, A. Samad Said ada pernah mengatakan bahawa, sebelum memulakan suatu penulisan yang baik, juga memerlukan pembacaan yang baik.

Ya, pembacaan yang baik, perlu kepada baca, baca, dan baca, kemudian barulah menulis. Melalui pembacaan 3 kali ganda dari satu artikel yang akan dikeluarkan akan dapat menghasilkan sebuah artikel yang agung.


Baca + baca + baca  dan tulis = Artikel agung


Agung maksud saya di sini ialah artikel yang dapat menyentuh hati pembaca, hasil penulisan akan menyentuh rusuk hati pembaca dengan pembawaan dan penyusunan ayat yang baik dan cantik di dalam sesuatu artikel.

Mengaku, saya merupakan seorang yang masih tidak banyak pengalaman dalam penulisan dakwah, terasa kerdil untuk berkongsi, tetapi tetap mahu mengambil kesempatan untuk mengatakan rasa dan semangat ini. Blog ini pun baru berusia 1 tahun lebih.

Ya, saya mudahkan di sini, apabila mempunyai input yang baik untuk sesuatu artikel, jadi dari input inilah memerlukan sedikit sahaja kreativiti agar input yang biasa dan ianya terus menjadi luar biasa hasil daripada sentuhan kreativiti.

Tidak kisahlah dari segi penyampaiannya, dari segi sentuhan gaya bahasa yang menusuk qalbu, gaya penyusunan ayat atau membuat persamaan yang dapat memudahkan pemahaman pembaca, atau dari segi persembahan gambar-gambar dengan caption yang bersesuaian.


Artikel menarik = sentuhan gaya bahasa mantap + penyusunan ayat/membuat persamaan + gambar dengan caption bersesuaian.


Ya, itu salah satu daripadanya, dan banyak lagi kreativiti yang dapat disuntik agar artikel-artikel ini beroleh nilai tambah dan daya tarikan luar biasa agar pembaca berminat membaca hingga akhir artikel.

Ya, kreativiti saya timbulkan di sini, mengapa perlu kreativiti? Berfikirlah bahawa walaupun hanya sejemput kreativiti yang disedut masuk ke dalam input atau sesuatu mesej yang akan disampaikan, outputnya juga indah kerana hasil sentuhan kreativiti itu tadi.

Mesej yang disampaikan dapat difahami dengan baik oleh pembaca, moga pembaca akan membaca berulang kali artikel yang dikeluarkan, dan mereka akan hadam dengan baik setiap isi di dalam artikel tersebut dan penyampaian kepada orang lain akan berlaku.

Tidakkah mesej di dalam artikel tersebut sudah berpanjangan? Selepas menulis, mereka membaca, dan disampaikan kepada sahabat-sahabat lain menerusi penyampaian terus secara percakapan dan sebagainya.


Penulisan - Pembacaan - Penyampaian /Perkongsian = Dakwah Islam terus berjalan.


Subhanallah, mudahkan? Dakwah mudah sahaja menyelusuri jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNYA. Setiap helah nafas menyampaikan isi risalah Allah. Setiap saat dan detik, setiap perilaku berbaur teguran dan nasihat yang membina.


Penulis Islami, siapa penulis Islamic di mata saya?

Teringat akan bengkel penulisan yang pernah saya sertai, Penulisan Dakwah oleh saudara Hilal Asyraf, maksudnya lebih kurang sebegini :

Di mana sahaja dakwah, melalui penulisan dah sebagainya, jadi tiada alasan di dalam dakwah.

Dakwah 24 jam tanpa henti dan menulis juga merupakan salah satu daripada wasilah dakwah. Jadi menulis adalah sebahagian daripada dakwah.

Dari itu, jangan mengeluh jika tidak ada idea untuk menulis, keadaan jiwa atau suasana hatinya tidak baik, dan pelbagai alasan lagi. Dakwah tak pernah berhenti dan dakwah akan sentiasa berjalan selama-lamanya. Dakwah Islam merupakan tanggungjawab bersama.

Jadi saya konklusikan bahawa dakwah itu kewajipan, dan cara sahaja yang berbeza agar dakwah yang disampaikan terkesan atau tidak, berbeza di sini dari segi cara penyampaian, dari segi penyampaian inilah yang memerlukan kreativiti.

Kepada pelukis komik, berdakwah melalui komiknya, kepada pemilik DSLR gambarnya  ada kekuatan tersendiri. Sekadar mesej dari gambar yang dapat menarik minat, menarik minat kepada gambar yang bermesejkan Islam.

Mulakan sesuatu yang baru dalam hidup, barulah diri akan rasa berharga untuk hidup, hidup mulia dengan Islam.  Sibukkan diri dengan perkara yang diminati, tetapi bermanfaat dan menyumbang kepada Islam. Itu sahaja, mudah kan?

Hilal Asyraf bakatnya melalui penulisan, karyanya memerangi jahiliyah, bakatnya dihalakan pada susur jalan yang indah, agar masyarakat juga dengan indah dapat menerima penyampaiannya.

Bala tenteranya novel-novel hasil kreativitinya, video-video Langit Ilahi TV show, dan Langit ilahi.com.

Itu kreativiti Hilal Asyraf dan usahanya, saya katakan usahanya merupakan saham yang besar untuknya, saya cemburu dengannya, masyarakat menolak kehidupan jahiliyah kerana membaca penulisannya. Kreativiti kita?


“Aku mencintai pembacaku, melebihi diriku. Kerna mereka adalah saham akhiratku.” 
~ Hilal Asyraf



Bukan ustaz-ustazah sahaja yang mahu masuk syurga, bukan saya sahaja yang mahukan syurga, kita semua mahukan syurga kan?

Oleh itu, mari bersama bahu-membahu bergandingan ke syurga, saling melengkapi dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Hasil penulisan Hilal Asyraf juga telah mewujudkan ramai blogger islamic lain, saya juga tidak kurang hebatnya menerima jugak tempiasnya, itu contoh terdekat yang dapat dilihat, umurnya 20 plus-plus. Saya takut jika umur saya pendek dan tak sempat menjadi mukmin yang baik, itu sahaja.

Perkataan yang pelik hanya dapat difahami ketika di dalam sesi tersebut sahaja, jadi pentingnya penulisan. Pentingnya pen sebagai alat bantuan ingatan. Jangan abaikan dan rugikan begitu sahaja idea semulajadi yang datang.

Sediakan buku nota dan pen agar ilham yang mendatang dapat dizahirkan dengan mudah dan tidak lenyap. Kerana ilham itu mahal ! ~saya selalu buat drafts dalam telefon.


Menulislah kerana Allah |penyentap iman|

Kenapa perlu disentap iman? Manusia apabila diuji baru merasa tersentak, kalau tidak terus hanyut dan lalai, saling mengingati  itu penting.

Kadang pada waktu terluang, saya akan membaca kembali artikel-artikel blog yaqut hulaif ini. Dan dibaca berulang-ulang kali.

Ya, baca berulang kali, hadam dan sebagainya, cuba mencari sesuatu yang luar biasa di sebalik setiap artikel, kerana idea yang mendatang apabila menulis sangatlah luar biasa.~bagi saya la.

Kadang menulis kerana idea datang mencurah-curah hingga tidak tersedar penulisan sudah 5, 6 muka surat kan?

Juga kerana semangat ingin berkongsi bersama kebaikan yang diperoleh agar ibrah dapat dirasai semua.

Apabila saya review kembali artikel yang lepas-lepas ianya menggetarkan hati, kadang timbul monolong sendiri, betulkah aku yang tulis artikel ini??

Ya, sampai begitu sekali. Saat menulis artikel tersebut ketika iman sedang memuncak di jiwa, ia bagai menyentap iman yang sedia ada.

Seperti tamparan baru yang pernah dihadapi sebelum ini. Dan teringat semula saat kemanisan iman yang pernah dirasai, subhanallah. Ingatan. Menulislah kerana Allah, ia memberi ingatan !


Aku masih sedar saat manis-manis keimanan ku terhadap Mu, aku masih mampu mengingatinya. Kembalikan aku kepada kemanisan itu ya Allah. Aku masih dahagakannnya ya Allah. Tidak akan aku sentuh lapangan dakwahMu selagi terasa diri ini tidak kuat. Ampunkan aku ya Allah. 


Tidak hairanlah saya pernah terdengar ada satu buku tajuknya "update blog update iman" ,terdiam ketika itu, tapi saya belum membacanya lagi.


Persoalan lazim.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)

Kata-kata hamka di atas itu pun penuh dengan sastera. Apa salahnya kita mewarisi skill sastera ulama dahulu, dengan sastera ulama dahululah kita terkesan di hati dek kata-kata ulama dan tokoh dahulu.

Penulisan ulama dahulu menulis hingga jatuh ke hati, karya sastera ilmuwan Islam segar hingga kini kan, kan?


Penulisan agama + sastera = Terkesan di hati. Nilai tambah sastera yang hebat !


Mungkin akan ada yang berkata :

Tapi tak semua orang boleh terima dengan sastera, bergantung kepada individu. Apa-apa pun biar apa yang nak di sampaikan tu betul-betul sampai sepenuhnya. Bukan atas permukaan semata-mata.

saya jawab :

Ok, perkara subjektif, saya prefer kepada sastera, ikut skill masing-masing lah nak sampaikan dakwah Islam macam mana. Dakwah itu seni memenangi hati. Ok, ikut seni masing-masing ya dalam penyampaian masing-masing.

Sastera ilmuwan Islam, contoh yang ketara yang dapat di lihat, kan. Setuju? Kalau ada penambahan boleh tinggalkan komentar di kotak bawah sana.


Renungilah kata-kata Imam Hasan Al Banna :



"setiap kita yakin bahawa semua kita akan mati tetapi manusia yang berjiwa besar akan mengolah 'seni kematiannya' ".





Ya mengolah 'seni kematian'. Mereka tidak mahu mati untuk perkara yang remeh temeh. Imam Hassan Al Banna ada strategi dakwahnya, kita bagaimana? Strategi kita?

Mungkin saya boleh tolong sampaikan hajat kalian. Kepada yang sudi bahu-membahu dengan saya dan bergandingan. Baca artikel dan tinggalkan 3 perkara penting di yaqut hulaif bloglist.


Ramadhan Kareem | disebalik pesan taqwa |

Yang tahu persiapkan diri yang rindu tak sabar menanti, saya harap kita telah menitiskan air mata sebelum ramadhan ini, sucikan jiwa untuk menghadapi ramadhan ini, titiskan air mata, dan sampaikan hajat kepadaNYA, Allah, Allah, Allah. Ahlan ya Ramadhan.

8:23 a.m Kuala Perlis 29 julai 2011, mencari momentum ramadhan agar lebih baik dari sebelumnya.

Saya masih tidak berkongsi habis lagi tentang menulislah kerana Allah, masih ada yang mahu disampaikan, masih ada semangat yang saya mahu kongsi atas terbinanya blog yaqut hulaif ini, tunggu saya di penulisan yang seterusnya. InsyaAllah.

Maaf cuma sedikit pesanan ramadhan.

moga beransur ranum dalam bulan mulia ini.



Ghoyah (matlamat) puasa ialah TAQWA.


Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.


Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA."
(Al Baqarah: 183)

Bersama merealisasikan fantasi dalam bentuk-bentuk realiti - memberi erti pada hidup. Menyampaikan yang tahu kepada yang tidak tahu. YAQUT HULAIF@yaquthulaif.blogspot.com



29 comments:

  1. Salam ramadhan kareem. :). Nice sharing. Mmg suma org boleh mnulis, tp x suma org boleh menulis yg mna penulisannya menarik hati rmai org. Penulisan dkwh terutamanya perlukan strategi, perlu tau cmna nk pikt hati manusia dan yg utama menulis bukan sekadar penulisan mnyedrkn org lain walhal sedrkn diri sendiri juga. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dik,
    syukran 'ala ziarah. Syukran juga atas doa yang dikirim utk terus thabat. Moga awak juag diberi kekuatan utk terus thabat. Menulis ni kalau tidak dari hati kerana Allah, memang akan jadi sia-sia dan buang masa. Betul, setuju dgn awak. Menulislah kerana Allah

    ReplyDelete
  3. salam'alaik..
    syukran atas doanya..Moga enta terus thabat..
    Tak semua yg mampu tempuh jalan nie..
    mcm2 alasan yg kita blh dgr..
    moga kita sama2 kuat..
    Ama pun terima tempias dri saudara Hilal juga..:-)

    “Aku mencintai pembacaku, melebihi diriku. Kerna mereka adalah saham akhiratku.”

    ReplyDelete
  4. entry ni sgt menarik,, info bernas~~ terima kasih yer,, ^_^

    ReplyDelete
  5. Salaam Mawaddah..
    Wah! Honestly, sentap ati jiey bca enrty yaqut ni..
    Ya, jiey setuju mi'ah bi mi'ah idea yaqut..
    Nk coretkan sesuatu mesti ada segala konsep yg yaqut mention kt entry ni.. Moga dgn ini, wadah dakwah yg dibawa akan terus mengalir spt air di laut.. Aameen, inshaAllah~

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan .

    trbaik .
    entry niy skurang2nya mngajar kita menulis dalam landasan yang betoi .
    :)

    tahniah .

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan yaqut hulaif..

    Alhamdulillah,bertambah tambah la info sy dlm penulisan ini.. penulisan yg baik dtgnye dr pebacaan dr sumber yg baek dan bernas.. ^^ skrg sara sudah phm, bagaimana hendak menjadi penulis yg baek.. ^^

    ReplyDelete
  8. selamat menjalani ibadah puasa.. dan moga sama2 kita jadi penulis yang baik.

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan..

    moga penulisan ini dapat menyedarkan kita bahawa menulis bkn shaja untuk peuasan hati tapi mnulis untuk mendapat redha Allah jga

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...moga kita sama2 dpat menyampaikn dakwah dan berjihad ke jalan Allah...

    ReplyDelete
  11. salam..entri yg bagus..gaya penulisan pun simple tapi terkesan di hati :)

    ReplyDelete
  12. saya minta izin qoute sikit ilmu dalam entri ni ya?

    ReplyDelete
  13. wow entry agung bermula dgn baca+baca+baca dan tulis=artikel agung.like!

    ReplyDelete
  14. Salam 'alaik

    Salam ziarah kembali dan salam ramadhan.

    Teruskan bertinta untuk sinergi dakwah. Mudahan perjuangan pena ini membawa hati2 menyelusuri jalan ALLAH.

    Allah yubarik fiik

    ReplyDelete
  15. terkesan dgn 1 kata Us.Riduan M.Noor,"dgn menulis, walau kita mati, tulisan2 dakwah kita tidak mati."

    best qoute dr Hilal Asyraf..!
    doakn sama2 kita sbg blogger tpilih utk mnulis dan mnyentap hati2 yg mbaca,ameen..

    ReplyDelete
  16. terbaiikk...dari tajuk je da best da...XD

    ReplyDelete
  17. 'dan tiadalah drpd seorg penulis melainkan akan kekal,tulisannya wlpun tlh musnah dua tgnnya,maka jgnlh engkau menulis dgn khatmu selain kitab.yg menggembirakn engkau pd hr kiamat utk melihatnya.'(ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir)

    salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas entry nya.
    Biasanya sy agak payah utk menghabiskan bacaan entry yg agak panjang.
    Alhamdulillah berjaya.
    Kadang2 sy rasa down ketiadaan ilham utk menulis dan bertindak utk menyalahi keadaan. Alangkah kejamnya.
    Membaca entries yg lepas juga adalah salah 1 habit, dari situ lah mula kritik baik buruk hasil tulisan sendiri.

    Diambil dari sahabat sy: blogger sbg daei, pembaca sbg mad'u, hasil tulisan sbg maudhu' & blog sbg uslub.
    Semoga terus thabat dlm penulisan.

    August 15, 2011 1:00 AM

    ReplyDelete
  20. pengolahan ayat yang bagus..sentap jugak bace..x borink walaupun panjang..mungkin kurang paham sebab bace dnegan cepat.but really, i respect those who can write like this..me?? i'm just writing craps :) all da best :)

    ReplyDelete
  21. salam ziarah..setuju sangat dengan artikel saudara..semoga kita semua terus thabat dengan menulis perkara2 yg mendatangkan faedah.insya Allah!!

    ReplyDelete
  22. Salam Ziarah..

    Ziarah mengutip mutiara ilmu dn pengajaran dari penulisan saudara.. Semoga terus thabat dalam menulis, keranaNya Yang Maha Esa..

    ReplyDelete
  23. dulu ana pernah fikir, tak ada gunanya ana update blog, tp lepas fikir balik.. antara dakwah yg paling brkesan skrg ni ialah dgn penulisan. syukran for this post, jazakallah :)

    ReplyDelete
  24. sukenye membaca entri ni =]
    memang
    nak sgt menulis, sehinggakan pembaca dpt merasakn apa yg ditulis..

    menulis lah dari jiwa,kerana-Nya!

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas perkongsian. Penulisan yang mempunyai pengisian yang baik. Teruskan usaha saudara. Salam perkenalan. Assalmualaikum.

    ReplyDelete

Followers