yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Sunday, July 8, 2012

Cahaya cinta sebenar ? Gersang ?

Oleh : yaqut hulaif

Cinta matahari pelangi

Cinta matahari pelangi, renyai hujan, cahaya matahari samar-samar, membiaskan cahaya, pelangi indah terpancar, matahari itu telah membahagi-bahagikan cahayanya melalui seri pelangi. Menjadi satu-satu cahaya pelbagai, punya pesona tersendiri.

Indah dipandang, tanda matahari bukannya hanya satu cahaya, tapi pelbagai, tidak terik sahaja yang dipancar, tapi juga damai pelangi.

love is like a piece of art work, even the smallest bit can be so beautiful


Cinta Allah yang teragung, memberikan nikmat cintaNYA di atas muka bumi atas macam rupa cinta, pelbagai cinta untuk menuju cinta ilahi. Hitunglah cinta yang tersebar ini satu persatu. Kiranya ia membawa cinta abadi.

Cinta, cinta dapat diibaratkan seperti cahaya, tidak akan menyapa kamar yang tidak membuka jendelanya. Bukalah hatimu untuk menyintaiNYA, penuh ikhlas kamu akan merasa nikmat perhambaan.

Cinta pada Allah lebih dari segala-galanya, mampukah pertahankan cinta ini dalam mengabdikan diri pada Allah? jika ada amalan yang lebih baik dari segala amalan, pasti akan diamalkan setulus hati tanda cinta pada Allah, tapi beramal sudahkah kita dengan amalan-amalan itu?

Setiap helah nafas, setiap gerak-geri, setiap degup jantung dan setiap langkah kaki tak akan pernah bermakna tanpa cinta Allah.

Namun bagaimana mahukan cinta Allah, jika diri masih tidak kembali kepada fitrah bahawa kebaikan itu perlu dicari, perlu diamalkan.

Mungkar itu bukan fitrah, fitrah insan mengabdikan diri pada Allah, mahukan menghambakan diri, cinta Allah itu kebaikan, itu fitrah. Tapi ada sahaja yang mungkar.

Untuk mempertahankan cinta Allah, selamilah dalam lautan mutiara wahyuNYA. Jika temui cerita syurga bersulam cinta dan nikmat keabadian maka hayatilah.

Penghuni syurga teramat sibuk dengan kenikmatan. Dihiasi cahaya yang gilang-gemilang. Persekitaran yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Bersama isteri-isteri serta bidadari memadu kasih di pelaminan empuk, menikmati buah-buahan syurga. Bercinta di puncak-puncak ketinggian.

Tiada keupayaan bahasa untuk menggambarkan hakikat sebenar akan kenikmatan taman syurga itu. Sekadar untuk mencapai ketenangan hati dan akal untuk mentafsir, memberitahu dan menyampaikan.

Namun, yang paling menggetarkan hati adalah saat diziarahi yang Maha Pengasih. Seakan terlupa segala nikmat yang lain, lantaran pertemuan itu adalah kemuncak segala nikmat.

Bayangkan seorang mukmin selama di dunia, dia hidup kerana Allah, beribadah kerana Allah, menahan diri kerana Allah, berjuang dengan harta dan jiwa raga untuk Allah.

Maka di saat itu, dia berpeluang untuk bertemu dan melihat Allah. Adakah lagi nikmat yang lebih hebat dari pertemuan itu?

Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang pada hatiku untuk merasai sentuhan lembut dan bahagia dari kalam ini.

InsyaAllah, mari sahabat-sahabat kita bersiap dan berkemas untuk ke syurga, ya Allah bimbinglah kami. Nak berkemas untuk ke syurga ?


Cinta ibu.

Mahukan cinta ilahi, kita juga memerlukan cinta-cinta kecil ini, cinta ibu, cinta ayah, cinta ahli keluarga, sahabat dan sebagainya. Jika cinta-cinta kecil ini mebawa kita kepada cinta Allah, maka bercintalah sepuas hatimu.

Jika cinta itu Allah redha dan membawa kepada keindahan cinta Allah yang sebenar. Dunia itu sementara, apalah sangat segala cinta dunia, cintalah jika cinta itu membawa ke negeri abadi.

Jauhnya cinta Allah dari genggaman kita, tautlah dahulu cinta yang kecil-kecil ini. Cinta ibu membawa ke syurga, insan yang wajib ada pada setiap insan, tiada ibu, tiadalah kita. Pada insan yang bernama ibu inilah yang kita seharusnya menabur segala jenis sesuatu.

Pada dia kasih kita seharusnya berada


Sesuatu yang indah, namun tidak bisa membalas segala cinta yang telah ibu berikan sepanjang hayatnya. Itu hakikat, tiada segala sesuatu yang boleh membalas jasa ibu kecuali anak soleh.

Agama Islam telah mengembalikan fitrah kaum perempuan dari kebiasaan jahiliyah yang menganggap kedudukan kaum perempuan sangat rendah menjadi suci dan terhormat. Kata-kata perempuan adalah baik, hormat pada orang tua, patuh pada suami, takut pada Allah, mengikuti perintah dan sunnah Rasulullah.

Perempuan mengenal rumah tangga seperti memahami setiap sisi dirinya sendiri. Walaupun terkadang perjuangan mereka sulit, kaum perempuan tak perlu kesah dan tak juga menyombongkan diri, selalu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Amanah.

Inilah harakah perempuan yang mulia dan bermartabat dengan lima sifat utama, benar, jujur, pandai, fasih terdidik, dan bersifat malu.

Dari merekalah kita dilahirkan maka kepada merekalah kasih kita seharusnya berada.

Sayangi ibu kalian. Ibu itu sumber kekuatan setiap insan hayat ini, dan sumber kekuatan itu juga yang telah membawa kepada kenalnya cinta, sumber cahaya sebenar, iaitu semestinya cahaya cinta ilahi. Betulkan persepsi diri, kekuatan itu Allah. segala jenis kekuatan itu Allah.

Dan insan ini sahajalah yang akan membantu menyemarakkan rasa cinta ilahi itu. Insan yang membantu mengenal Allah, ibu. Dia berikan segala-galanya. Ada wangian syurga pada tangannya.

Bagi mereka-mereka yang sudah tiada ibu seperti saya, kita masih ada hati, hati yang di didik oleh arwah. Katakan, “ aku punya hati yang di didik oleh arwah mak’’

Doa, kita saham ibu bapa, hargai apa yang ibu bapa didik dengan beramal baik, jangan siakan. Target terbaik niat di hati nak jumpa di syurga sana. Kita memang kuat, kita tetap punya hati yang di didik oleh arwah.

Jasa seorang ibu dikenang sampai akhir hayat, oleh itu ciri keibuan dalam membentuk wanita solehah amat penting.


Cinta sahabat.

Dalam menikmati sempurnanya kurniaan Allah, pasti tidak akan terucap lafaz terima kasih kerana tidak terhingga nikmat Allah itu, Alhamdulillah.

Sempurna Allah mahu yang terbaik untuk hambanya. Namun untuk menjadi hamba yang terbaik masih belum kita mampu.

Dalam menjadi yang terbaik dalam bersahabat juga perlu, terbaik itu boleh rasanya tapi sempurna sama sekali tidak, menuju ke arah sempurna itu boleh, ia merupakah saat tarbiyah menuju ke arah kesempurnaan.

Di dalam bersahabat, sahabat itu apabila melihat wajahnya akan ingat Allah, itu sahabat. Apabila kita melihat wajahnya, reaksinya dalam pelbagai situasi, rasa kagum dengan keindahan Islam di hatinya, itu sahabat.

Sahabat dia tidak mengajak sahabatnya yang lain itu terjun ke dalam lubang api neraka, itu sebenar-benar sahabat, jadi sahabat yang bagaimana kita mahu? Sahabat yang membawa kita kepada cahaya cinta Allah, itu yang perlu dicari.

Kadang keseronokan di dunia ini merupakan penyeksaan di neraka kelak. Kita mahu rasa seronok di syurga. Bersusah dahulu, baru akan merasa apa sebenarnya nikmat syurga, ia tidak tercapai akal.

Dia sahabat ada kebaikan, sahabat ini juga ada keburukan, perlu kepada proses memilih, tapi memilih yang bagaimana? Kebaikan di ambil, keburukan sama memahami, bukannya ketika sahabat ini ‘bersih’ disanjung dipuji, apabila sahabat ini ‘kotor’ dikeji dicemuh.

Apabila bersih tidak dijaga, kotor dibuang jauh pula. Sejauh mana anda mengisi kelompongan hati seorang sahabat?

Ditinggal terkontang-kanting, dan menghilang dari segala bimbingan, sahabat yang dahulunya pertama kali berjumpa, nampak kelihatan pemikirannya bersih, indah dengan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Tak kasihan ka pada dia?


Namun siapa yang akan mendampingi sahabat ini yang akan mencorak suasana hidupnya tika berjauhan dengan keluarga masing-masing? Fungsi kita terletak di mana? Kita membawa dia ke syurga  atau membawa ke neraka?

Nyata kita ada dia, sahabat, perlu dan memerlukan. Di sana di sini ada peneman akrab, jaga setiap masa agar sentiasa diredhai, menjaga tika lena leka atau alpa. Cinta ilahi jauh di mata bila jauhnya dari sahabat yang dapat mengundang kepada cinta ilahi.

Mujur ada sahabat seperjuangan, yang mengatakan kita harus teruskan segalanya untuk keredhaan ilahi, sahabat seperjuangan yang dapat mengisi kelompongan di hati yang kekosongan sementara kerana berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Untuk kita hargai kepelbagaian cinta ini, kita hanya perlu jadi sahabatnya, pasti dia bahagia. Kerana lompongan kasih sayang yang wujud di dalam hati dia terisi.

Ketenangan ada sahaja di mana-mana. Jika tidak jumpa ketenangan itu mungkin kerana kita tidak mencari. Dan kebahagiaan bersama sahabat-sahabat jangan disiratkan di hati, tak rasa kerana kita tidak menghayati.

Solat bersama, berzikir munajat, dan saling mengingati, ukhwah fillah mudah sahaja dibentuk dengan setiap kali pertemuan. Saling berkongsi penyampaian demi penyampaian dan saling melengkapi dengan perkongsian ilmiah. Saya rasa kelompongan di hati untuk sahabat dapat sahaja diisi, walaupun berjauhan dengan keluarga.

Ber usrah, ber halaqah, ber tamrin, ber jaulah, ber rehlah, ber program bersama, dan segala macam ‘ber’ lagi dengan niat, jom masuk syurga sama-sama !

Jika ada sahabat yang sebenar sahabat, dialah yang membawa ke syurga. Bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan, sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan. Bersama bermimpikan syurga. Juang dan janji sahabat untuk ke syurga, ingat juga janji dengan ahli keluarga.

Ada, insan sebegini, dengan sahabat penuh janji setia ke syurga seangkatan dengan ahli kumpulannya, namum ahli keluarga sendiri dibiar. Jangan lupa janji dengan ahli keluarga, ingat itu !




Kita hanya perlu memilih.


Apabila bercinta, akan merasa disakiti. Apabila terasa disakiti, terus membenci. Apabila membenci, cuba untuk melupakan. Ketika cuba untuk lupa, mulalah terasa kehilangan. Dan ketika mula rasa kesunyian. Akhirnya akan jatuh cinta sekali lagi. Pernah rasa? Ini kitaran cinta sia-sia, cukup merugikan, melemahkan.


Andai ber ‘cinta’ lagi, itu maksudnya nak masuk lubang neraka dua kali.



Masih di persimpangan jalan ??

Allah tidak pernah menyakiti. Tidak pernah membenci, tidak pernah lupakan kita, sedangkan Rasulullah pun tidak pernah lupakan umatnya. Jangan pernah terasa kehilangan, Allah Dia dekat, penuh kasih sayang. Inilah cinta yang sempurna. Mahu apa lagi?

Atau

Yang sudah mulakan cinta 'haram' perlu berundur dan bertaubat, mula buka buku baru, cari cinta 'high class' pula. Kerana mustahil bagi seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di bulan dan planet-planet lain.

Tetapi tidak mustahil, dan sangat beruntung bagi seorang lelaki membawa seorang wanita menetap di tempat yang jauh lebih indah, iaitu, SYURGA. Allah sudah janji, dan sudah pasti, adakah kamu masih meragui ?



Tanya kepada guru apa erti cinta? tentu jawabnya cinta itu ilmu, cinta ada di dalam buku.

Tanya kepada ibu cinta untuk siapa? lantas dijawabnya cintailah dirimu.

Tanya kepada jejaka, hebat mana cintamu? mendabik dada bersuara, gunung berapi sanggup ku daki.

Tanya kepada gadis apa ada cinta murni? bisikan terdengar, cinta lahir di dalam hati, cinta dan jiwa jadi sebati.

Bunga mawar bukan kaler merah ja, tapi warna-warni ada. Kan?




Bias cahaya cinta.

Seperti matahari, segalanya ciptaanNYA, matahari hanya satu, di mana-mana sahaja kita akan melihat matahari yang sama. Kita berkongsi satu sahaja matahari. Kita berkongsi segala-galanya, segalanya yang dipinjamkan sementara.

Sungguh sempurna ciptaan Allah hanya dapat dilihat pada cahayanya matahari. Walau hanya matahari dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Syukur pada Allah yang menciptakan kita, syukur pada Allah jua yang menciptakan matahari.

Hanya kerana indahnya matahari yang memancarkan cahaya. Dari matahari terbentuknya pelangi indah, ia membahagikan rasa cinta indah cahaya matahari itu kepada satu persatu cahaya pelangi indah.

Kita berkongsi matahari yang sama, dan Allah yang Esa kita bersama taati. Sungguh rupa cinta bukanlah satu, malah pelbagai wajah kemuliaan, moga kau tahu seandainya bertemu, hadirnya dari cinta Allah jua.

Lebih banyak anda kenal Allah, anda akan mengasihi Dia, maka hidup anda akan lebih baik. Salah satu nama Allah adalah Al-Wadood yang bermaksud  Yang Maha Penyayang  (The All-Loving).

Ia adalah mustahil untuk mencintai seseorang tanpa mengetahui dan mengenali. Untuk mencintai Allah, kita perlu untuk mengenali Dia, supaya kita rasa nikmat menyembah Yang Maha Pencipta.

Allah Mengekspresikan cintaNYA pada kita :)



Sebarkan cintamu... !

Cinta suram, jika engkau tidak mengisi lompongan hati itu, kau akan terasa suram. CintaNYA sampai syurga, itu sahaja. Bercintalah, carilah cahaya cinta itu. Bernyawalah erti cinta.

kualaperlis 2:15 a.m 09 Jul. 12. Sebenarnya artikel ini sudah lama ditulis untuk diisi dalam salah satu majalah dakwah tempatan, perancangan asal tidak menjadi, cuma disegarkan, disantaikan dan dikongsi. Maaf, moga ada juga manfaatnya. *Mujur tak jadi letak dalam majalah.
_______________________________yaqut hulaif
Luaskan takrifan cinta anda. Mengisi lompongan hati mereka-mereka, dan moga lompongan hati kita juga terisi.

5 comments:

  1. entri yang sangat menarik. Setiap kupasan mudah difahami. Cinta ALLAH kekal abadi.

    ReplyDelete
  2. Nice entry.. p nak tanya, semua picture2 dlm entry ni kpunyaan kamu ke.. rasa ad yang x kan, tp knpa smua ada tagname yaqut hulaif, ad kebenaran ke x tu, klau xde, agak tidak molek di situ..

    ReplyDelete
  3. sy syg mama sy.hanya dia yg sy syg.oleh kerana sy sorg je anak perempuan,suda semestinya sy syg ibu :)

    ReplyDelete
  4. dtg sini terus follow..entry berilmiah.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers