yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Wednesday, October 27, 2010

Nota-nota Hati

Nota-nota Hati

Oleh : yaqut hulaif


Kualiti hati menentukan kualiti amalan, kualiti amalan menentukan kualiti hati.


Hati manusia, semua orang mempunyai hati, hati yang perlu dijaga disemaikan redha Allah dan disiram dengan ketakwaan kepada Allah agar ianya tidak layu tanpa kasih Allah agar hati berajakan keimanan sentiasa mekar dengan amalan-amalan agar ianya terus hidup.

Menghidupkan hati.

Ingin mahukan kesenangan tetapi tidak mahu merasa kecewa langsung, itu mustahil untuk dicapai. Ingin menghidupkan api juga perlukan pengorbanan dan bahan-bahannya. Pengorbanan dan amalan-amalan kebaikan juga diperlukan untuk menghidupkan hati.

Agar hati terus dapat meneruskan langkah perjuangan di jalan ALLAH. Agar semua impian menjadi nyata kerana segalanya akan menjadi nyata apabila hati hanya pada ALLAH.

HATI milik siapa?

HATI ialah milik ALLAH, jadi hanya pada ALLAH sahajalah tempat kita mengadu, merajuk. Jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati, jangan leburkan segala mimpi dan jangan memakan diri.

Kerana keagungan setiap ciptaan ALLAH seperti malam dan siang, bukankah tuhan telah ciptakan malam untuk merajuk kepadaNYa sementara menanti siang, dan ALLAH telah ciptakan siang agar dapat mencari rezeki. Subhanallah.

Jangan diadu rasa hati pada insan, kerana insan itu lemah. Kerana ianya dapat mendatangkan ‘penyakit hati’ yang tidak diduga. Dilema ‘penyakit hati’ yang merungsingkan hati manusia.

“ carilah hatimu sewaktu mambaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru...”

Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.


ALLAH adalah tujuan Hati

Dimana akhirnya cerita kita jika tidak berakhir dengan kasih Allah, Allahhu ghoyatuna. Akan dimana akhir riwayat kita selain padaNYA.
Air mata bertegas mengatakan demikian bahawa Allah sahajalah mula dan akhirnya. Fitrah perhambaan insan.

Ingatkan ALLAH, nur hidayahNYA semakin cerah dan zikrullah itulah kiasan syukur kerana cinta Allah bukanlah satu tetapi pada pelbagai wajah kemuliaan, muliakanlah Allah dengam mengingatiNYA dan nescaya hidup akan dimuliakanNYA. Tanda kerendahan hati kepadaNYA.

Rasulullah S.W.A bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.’’
(Riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Hari kiamat ialah hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera.” (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)


Apabila Hati takut sedih dan ngeri.

Menakutkan mengerikan dan menyedihkan apabila teringat semua dosa, tertunduk diri di hadapanMU.

“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” ( Surah al-Syams 91: 9-10)

Apabila tersedar akan dosa tetapi masih tidak meninggalkannya, itu bermakna hati telah mati. Carilah hatimu melalui doa kepada Allah.

Ingatkan MATI. Duduk tafakur mengingati mati maka kembalilahlah seri hati, dan bernyawalah erti cinta kepada Allah pada hati yang merajakan keimanan. Cukuplah mati sebgai peringatan dan pengajaran.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”


Tidak akan lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang, sehingga lurus lidahnya.


Allah berfirman yang bermaksud:

Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya. “ ( Surah al-Isra’ 17: 72)

Jujur Hati




Jujur hati pernah terasa mati, jujur hati pernah melupakanMU ketika semua orang memujaMU dan ketika semua orang agungkanMU.

Apabila jujur hati mengatakan pernah melupakanNYA, apabila hati mengatakan pernah terasa mati, ketika semua ciptaanNYA memujaNYA dan ketika segala makhlukNYA mengagungkanNYA.

Bacalah AL-QURAN. Jadi lazimilah diri dengan mencapai AL-QURAN dan membacanya, kerana AL-QURAN penawar kepada hati dan ubat kepada jiwa yang mampu mencerahkannya lagi. Ianya makanan rohani.


Syeikh Ibn Ata’illah katanya:

“Sebahagian daripada tanda matinya hati iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa.”

“Hati merupakan cermin bagi seseorang yang sedang mencari cinta ilahi untuk mengetahui watak dan keistimewaan dirinya dalam sabda kekasihNYA. Kerana sebenarnya dia tidak jatuh cinta kecuali cinta mencari redhaNYA dan cinta akan ketenangan di negeri abadi.”

Kembalikan seri hati, pasti akan terasa disayangi 11:48 p.m 27 Okt. 10

2 comments:

  1. sungguh,indah bait2 kata2 anta.teruskan artikel sebegini.ya,hati itu raja,janganlah kita berejakan nafsu,nauzubillah.. salam ziarah ~

    ReplyDelete
  2. The King Casino - Ventureberg
    The King Casino is owned by https://deccasino.com/review/merit-casino/ British casino operator Crown Resorts and operated by Crown ventureberg.com/ Resorts. It is 출장안마 owned by British ADDRESS: https://febcasino.com/review/merit-casino/ CASTLE worrione

    ReplyDelete

Followers