yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Monday, March 14, 2011

APIUM Nilam Puri : Antara ingatan atau kenangan. | atau mimpi ngeri? |

oleh : yaqut hulaif

Ingin saya mencari ibrah daripadanya, moga diredhai.

Saya lihat semua akan gembira bila mengenali erti cinta, walaupun senyum jika tanpa memahami cinta itu hanya duka semata.

Saya akan menulis perkara yang sering dikejar-kejar dan moga yang ada di sisi tidak kehilangan. Cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi saya akan meniggalkan bumi serambi mekah ini. Bumi tuan guru Nik Aziz, bumi bandar raya islam.

Sesekali diri saya diuji hingga tidak berdaya langkah saya di bumi ini, Alhamdulillah dalam hati yang keresahan itu dapat diubati walaupun tidak berpijak di bumi kelahiran, kerana Allah di mana-mana sahaja. Seperti bulan, segalanya ciptaanNYA, bulan hanya satu, di mana-mana sahaja kita akan melihat bulan yang sama. Kita berkongsi satu sahaja bulan. Kita berkongsi segala-galanya, segalanya yang dipinjamkan sementara.

Sungguh sempurna ciptaan Allah hanya dapat dilihat pada cahayanya bulan. Walau hanya bulan dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Syukur pada Allah yang menciptakan kita, syukur pada Allah jua yang menciptakan bulan. Hanya kerana indahnya bulan.

Kita berkongsi bulan yang sama, dan Allah yang esa kita bersama taati. Cuma apa yang perlu kita hargai pada bulan? Atau apa yang kita taati padaNYA? Semua manusia mendapat nikmat cantiknya dan cahayanya bulan yang sama dan kita juga mendapat nikmat islam dan iman seperti orang lain.

Ingin saya kongsikan semangat ini agar segalanya tercapai, akan saya panggil cantiknya bulan dulu, kini dan selamanya dan tak akan berubah tanggapan itu.

Dan juga akan saya sematkan pada jiwa dan sanubari bahawa agungnya dan pengabdiaan penuh rasa hamba kepadaNYA dulu kini dan sampai bila-bila.

Saya tidak akan pernah cuba berhenti langkah mencari cintaNYA, akan terus cari hingga hujung dunia. Mari sahabat-sahabat, kerana saya sudah tahu, saya dan sahabat-sahabat akan temuiNYA jua.

Tetapkan iman kami ya Allah dengan mengenali erti cintaMU. Ameen ya Allah.


                                                                              *****

Teruja apabila mendapat tawaran ke universiti, sungguh nikmat terasa, kerana nikmat syukur ini harapan semua orang. Ingin sahaja sesiapa sahaja pun ingin memijak kaki di manara gading walaupun seketika.

Jika dia tidak dapat memijak kaki di menara gading, tapi biarlah anaknya yang dapat merasa suasana di universiti.

Dari awal pagi bersiap dari kampung jawi daerah rantau panjang, laju kereta menyusur jalan  kelantan. Yang saya panggil emak, saat riang atau sepi, bersama abah, abang dan seorang kakak, datang menghantar.

Di hari yang indah saya yakin akan berlakunya saat yang amat teruja ini, dapat berpijak kaki di bumi Nilam Puri, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Gah namanya Universiti Malaya sebagai universiti terulung di Malaysia.

Tanggapan pertama dari si abang, ‘macam sekolah saja tempat cik korn belajar nie’ , saya hanya mampu tersenyum. Melihat pada nama Universiti Malaya pun sudah gah, bak kata orang kampung.

Kawan pertama yang dikenali dan kini juga sebagai sahabat, keluar sahaja dari kereta terus berkenalan. Banyak sangkaan pertama dapat dibuat. Cara percakapan seperti orang selangor, bila ditanya berasal dari negeri sembilan tapi sudah lama menetap di negeri Perlis J . Entah loghat mana yang sahabat ini guna. Sama sahaja rasanya.

Subhanallah, Alhamdulillah syukur pada Allah. Syukur atas rezekinya. Akan saya ingat dan dipahat di sini. Pertama kali ditegur oleh kakak urusetia, baiknya kakak tu. Kakak ini tanya asal dari mana? Saya terus sahaja menjawab spontan ‘Perlis’. Memang peramah, suasan pendaftaran di universiti yang memang tidak akan dilupakan.

Reaksi muka mak dan abah menunjukkan tanda gembira walaupun kepenatan perjalanan jauh dari Perlis hingga Kelantan. Rasa biasa, entah rasa apa, mungkin kerana teruja.

Saya ditempatkan di asrama Al-Ghazali, nombor bilik 115 diberi. Bagasi berat mudah sahaja diangkat oleh urusetia muslimen. Orang kuat badannya, berasal dari kedah J

Satu bilik hanya untuk dua orang, selesa dan tidak seperti asrama. Rakan sebilik saya pelajar pengambilan kedua, saya keseorangan dalam beberapa minggu.
Pelbagai ragam manusia, berasal dari pelbagai negeri. Saya tetap ingat sehingga kini. Saya masih ingat muslimat yang menegur dan mencium tangan emak saya. Saya masih ingat pesanan dari Timbalan Pengarah ketika itu.

Saya mengikuti Asasi Akademi Pengajian Islam yang merupakan program persediaan bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin,  Sains dan Pendidikan Islam di kampus utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.


Saya diberi peluang untuk memilih ‘HALUAN’

Maksud saya minggu haluan siswa, selesai sahaja pendaftaran di asrama dan segala taklimat dari pihak universiti, maka bermulalah minggu haluan siswa, minggu untuk memilih haluan masing-masing?

Pelbagai perwatakan, pelbagai ragam. Mungkin kerana berjauhan dari negeri masing-masing. Apabila berada di kejauhan dari kampung halaman adakalanya mestilah merasai kesepian, jadi kami sentiasa menjalani sesi taaruf berterusan.

Berjumpa sahaja terus berkenalan. Hebat perkenalan pertama, kerana tanggapan yang pertama akan dapat membayangkan perwatakan seseorang itu, tapi tidak bermakna terus mengenalinya.

Setipa kali berjumpa, mesti ditanya nama. Hanya mampu untuk mengenali nama. Belum lagi hati budi sebagai sahabat. Minggu ini jugalah minggu yang dapat dikenali perwatakan kawan-kawan. Siapa yang bersifat kepimpinan dan sebagainya.

Ketenangan ada di sini, bagi saya ketenangan ada di sini, jangan hanya asyik terkenangkan kampung halaman. Ketenangan ada di sini kerana ianya tempat menuntut ilmu, dan tempat yang menjadi tumpuan pembelajaran bahasa arab. Sangat sinonom bahasa arab di sini.

Pelbagai aktiviti dan perancangan pensyarah di sini untuk memantapkan penguasaan bahasa arab sehinggalah pada semester akhir kemahiran perdebatan di dalam bahasa arab. Kita akan suka apabila sudah terbiasa.

Terbiasa dengan bahasa arab bukanlah sesuatu yang sia-sia, kita seperti menulis lakaran silaturahim berpanjangan dengan agama sendiri, islam agamaku, bahasa arab bahasaku. Sahabat-sahabat pun sudah sedia maklum.

Mujur ada teman seperjungan, yang mengatakan kita harus teruskan segalanya untuk keredhaan ilahi, teman perjuangan yang dapat mengisi kelompongan di dalam hati yang kekosongan sementara kerana berjauhan dengan keluargan. Teman, saya lebih suka melebalkannya sebagai sahabat. Dan kawan hanya sekadar kawan biasa.

Ketenangan ada sahaja disini, Nilam Puri. Jika tidak jumpa ketenangan itu mungkin kerana kita tidak mencari wahai sahabat-sahabat. Dan kebahagiaan bersama sahabat-sahabat di sini jangan disiratkan di hati, tak rasa kerana kita tidak menghayati. Saya sedang cuba untuk menghayati.

Saya selalu menggunakan perkataan ‘sedang’ kerana saya lebih suka ‘mengajak’ daripada ‘menyuruh’. Mengajak untuk bertindak bersama-sama. Bersama akan lebih kuat, tetapi jangan  sesekali ragu-ragu untuk keseorangan kerana Allah sentiasa bersama di dalam perkara-perkara yang sudah pasti kekuatannya.

Minggu haluan siswa, atau minggu orientasi. Jiwa kami dipenuhi dengan nasihat untuk kekuatan rohani dan jasmani. Diberi kesedaran akan peranan pelajar akademi pengajian islam. Semuanya hanya berlangsung dalam masa yang singkat dengan bantuan urusetia dari barisan kepimpinan di sini.

Selepas itu semuanya memilih haluan masing-masing dan ada juga ‘dipilih’ haluannya. Saya dipilih dan saya juga memilih. Saya mendengar dan juga mendengarkan. Alhamdulillah moga Allah redha.


BI’AH SOLEHAH

Ini tanggapan awal saya, kadang terlintas juga, mungkin kerana mereka barisan kepimpinan.

Saya memerhati suasana di sini, lebih kurang suasana semasa di sekolah dahulu, tetapi di sini jauh lebih baik. Perhubungan dan pergaulan antara siswa dan siswi yang bertugas sebagai urusetia semasa minggu haluan siswa amatlah terjaga, sopan dan senang hati saya melihatnya.

Tiada pergaulan yang sia-sia, apatah lagi bermain mata. Sesama siswa kelihatan ukhwah mereka diikat erat. Dapat sahaja saya nilai pada zahirnya. Terus saya terfikir kuat sekali tarbiyah ustaz dan ustazah di sini yang mendidik. Hati saya makin bertambah senang.

Niat di hati ini ingin hidup di dalam bi’ah ini dengan bersungguh, ingin juga saya merasa tarbiyah yang dilihatkan tadi, ingin sahaja saya mahukan kemanisan tarbiyah ini, bukan sekadar hidup di dalam tarbiyah tetapi langsung tidak merasa kemanisannya.

Contoh teladan yang baik dari urusetia yang bertugas, siswinya berpakaian tampak muslimah sejati. Berjubah sederhana warnanya, baju kurung sopan tanpa corak yang menyakitkan mata, hanya bersederhana coraknya.

Tarikannya pada akhlak, bukannya kecantikan semata-mata, akhlak baik bagi saya lebih menyejukkan hati berbanding kecantikan yang dicemari dengan akhlak buruk.

Dilengkapi kopiah putih seragam bagi muslimen, dan tudung labuh yang melengkapkan seorang muslimah sejati. Kepimpinan urusetia siswa yang mengkagumkan.  Semuanya menambah keyakinan dan kekaguman saya di bumi Nilam Puri ini.


Firman ALLAH S.W.T :
Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." -Surah az-Zariyat: 56

Setiap kali masuknya waktu solat, bergemanya azan. Surau di asrama Al Ghazali penuh dan kadang tidak muat, perlu kepada imam yang kedua. Tetapi keadaan sedemikian hanya berlaku sementara kerana ada sahaja siswa di sini yang mendapat tawaran dari maktab perguruan. Dan jumlah kami semakin berkurang.

Berjemaah bersama, berzikir munajat, dan saling mengingati, ukhwah kami mudah sahaja dibentuk dengan pertemuan kami setiap kali solat berjemaah di surau. Saling berkongsi penyampaian demi penyampaian dan saling melengkapi dengan perkongsian ilmiah. Saya rasa kelompongan di hati untuk sahabat dapat sahaja diisi di sini, walaupun berjauhan dengan keluarga.

Susana yang sememangnya yang saya mahukan, Alhamdulillah. Saya hanya  inginkan suasana dan masa-masa seperti dulu yang diisi tanpa sia-sia. Saya yang berasal dari SMK AGAMA ARAU, sebuah sekolah agama yang terletak di Perlis. Suasan di sekolah dahulu berpanjangan sehingga di Nilam Puri. 

                                                 Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


Saya tetap bersyukur walaupun ada sahaja yang patut dikesali. Berbekalkan sabda Rasul Junjungan yang bermaksud :


“Sentiasalah kaki anak Adam itu berdiri di hari kiamat dihadapan TUHANnya sehingga dia ditanya empat perkara: Umurnya kemana dihabiskannya.Masa mudanya dimana dipergunakan. Hartanya dari mana ia peroleh dan kemana dibelanjakannya serta ilmunya sejauh mana dia mengamalkannya." ( Hadis Riwayat al-Tirmizi )


Anggaplah Zaman Mahasiswa Sebagai Alam Fantasi.

“Anggaplah zaman mahasiswa sebagai alam fantasi,” antara amanat yang diberikan oleh pensyarah di Nilam Puri.

Dan “ Padankanlah apa yang anda buat dengan apa yang anda pelajari”

Dan “kerahsiaan itu ada kewajarannya, perlu berpada-pada dan bertempat”

Dan “jangan pilih calon zaujah di sini, perlu tengok di KL nanti kerana muslimat disini masih bertopeng” tersenyum mendengarnya J. Kata-kata seorang pensyarah muslimah ini seperti kata-kata penuh kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Tidak perlu saya terangkan tentang maksud yang tersirat, artikel saya kali ini mungkin mudah difahami oleh pelajar-pelajari APIUM NP sahaja.

Banyak lagi pesanan dari pensyarah di sini yang berbaur nasihat dan perli, hanya untuk yang memahami dan pesanan ini patut disampaikan kepada sahabat-sahabat lain yang akan memijak kaki ke Universiti Malaya Kuala Lumpur.



SEUMPAMA IKAN ATAU LALANG ? ( idea dari majalah solusi)


“Jadilah seumpama ikan di lautan dalam,” demikian peringatan yang ingin saya sampaikan.


Seekor ikan, walau sepanjang hidupnya hanya di dalam lautan, namun, tidak sedikit pun rasa isinya yang manis dan segar terkesan dengan masinnya air di persekitaran.

Mari kita menjadi manusia yang tidak kalah dehngan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan yang masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap manis dan sedap untuk dimakan.

Oleh itu, pengalaman hidup di Nilam Puri ketika bergelar remaja berusia 18 dan 19 tahun dan ketika ini saya 20 tahun, cukup memberi ibrah dan mematangkan.

Nilam Puri bukan sahaja mendidik diri untuk menjadi seorang yang lebih teguh, tetapi juga menghalakan tumpuan hidup ini untuk menjadi seseorang yang berbakti kepada agama islam yang sempurna ini, Islam merupakan cara hidup.

 Kita ini merupakan rantai-rantai perubah suasana wahai sahabat-sahabat bukan berubah kerana persekitaran yang melata di luar sana.

Ya, betul ketika di Nilam Puri pensyarah amat mengambil berat, sangat beruntung kita sahabat-sahabat. Tetapi ketika di Kuala Lumpur sana bebas dan lebih terbuka. Janganlah sesekali mengasingkan diri kita dengan berubah kepada yang lebih buruk.



Ditambah lagi suasana hidup bersama sahabt-sahabat yang seiring sejalan dalam menuntut ilmu Islam, juga berperanan saling ingat-mengingati, menjadikan penghuninya kuat dan tidak cepat terpengaruh dengan rentak dan gaya di luar.


Hakikatnya kini, saya amat merindui pengalaman itu. Bukan sedikit pengalaman yang dapat saya timba. Saya pernah merasakan kemanisan menuntut ilmu, beribadah, ukhuwwah dan segala yang terbaik di dalamnya.


Bangga dan syukur bergelar siswa kelahiran Nilam Puri, namun tetap tangkas berpersatuan dan berbakti kepada masyarakat sekitarnya. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang juga pernah menjadi salah seorang penghuninya, pasti jawapan yang sama akan mereka perkatakan.


Kerana itu, saya tidak dapat menafikan rasa sedih dan kecewa yang melanda akhir-akhir ini. Melihat sebahagian sahabat yang tidak lagi berpegang kepada prinsip yang pernah mereka perjuangkan. Ada yang berpasangan, menghisap bahan bakar tu, seperti askar upahan yahudi, senyap-senyap berkhidmat untuk yahudi dan lain-lain lagi. Seperti bebas dari penjara dan menuju ke Kuala Lumpur.

Andai sewaktu di Nilam Puri, tabarruj dan solekan sangat dijauhi, maka kekalkanlah, jangan pula  perkara itu dilakukan tanpa rasa berdosa?

 Jika dulu, muslimat amatlah berhati-hati mempamerkan gambar dan foto sebagai seorang siswi Nilam Puri, mengapa kini foto-foto dengan pelbagai gaya dipaparkan tanpa rasa resah di dalam jiwa? Muslimen menayangkan pasangan masing-masing? Jahilnya. Seperti bebas dari Nilam Puri, tapi perlu ingat, kita tidak sesekali bebas dari hukum Allah.


Pernah juga mendengar hujah-hujah sebegini diluahkan, ‘perlu berubah mengikut keperluan dan keadaaan’ , ‘tidak salah berubah selama mana syariat menjadi panduan’ dan pelbagai lagi. Namun adakah hujah tersebut lahir dari iman yang tulus atau sekadar nafsu yang menipu ?


Adakah dahulu kita BERUBAH KERANA ILMU atau sebenarnya kita hanya terikut dengan suasana yang mendominasi ? Adakah kita ini umpama ikan di lautan dalam, atau selayaknya kita hanya umpama lalang, meliang lintuk mengikut arah angin yang meniup?



Jawapannya ada di dalam diri kita sahabat-sahabat.


APIUM Nilam Puri : Antara ingatan atau kenangan. |atau mimpi ngeri? |


Ngeri? Terasa kejam pula perkataan ini, tapi tak mengapalah.

Memang mengenang sesuatu yang indah sangat menggamit kerinduan, apatah lagi jika ia merupakan sesuatu yang baik untuk dijadikan tauladan dan pengajaran. Mengimbau masa yang terisi dengan suasana tarbiah dan penuh keimanan. Alangkah baik, sekiranya keadaan itu dapat dikekalkan.


Namun, sebagai manusia biasa, saya tetap sedar dan akur, bahawa tempoh dua tahun bukanlah penentu dan kayu ukur yang dapat meletakkan ‘produk’ Nilam Puri sebagai figure yang boleh menjadi contoh ikutan. Segalanya tetap terletak pada diri individu itu sendiri. Akan tetapi, ingatlah, sewajarnya asas ilmu yang kuat dan biah yang solehah mampu melahirkan muslim yang hebat, InsyaAllah.



Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya.



Semoga kata-kata ini menjadi peringatan buat saya dan pembaca semua. Bukan menyindir, jauh sekali mahu menghina. Kita semua manusia biasa, namun kita mampu menjadi luar biasa jika kemahuan itu ada dan kita terus berusaha mencapainya. Ambillah sebagai muhasabah kita bersama.



Moga ditetapkan kita semua di jalan yang diredhaiNYA.


Akhirnya, khusus buat sahabat-sahabat Nilam Puri, mohon kemaafan jika persahabatan selama ini serba kekurangan, syukran kepada sahabat yang sudi melengkapinya, mohon kemaafan juga jika pimpinan saya selama ini tidak memenuhi kehendak kalian, syukran juga kepada sahabat yang membantu. Mohon maaf kepada yang ditegur secara terus. Kalau sayang sahabat jadi tegurlah kan?

Biar di mana pun kita ditakdirkan berada, walau bagaimana pun suasana persekitaran yang mendatang, kita sebagai insan-insan di dalamnyalah yang berperanan mencorak dan memberi warna. Jika baik, baiklah ia. Namun jika tidak, ia akan menjadi sebaliknya.

Moga ukhwah dirahmati. Ameen ya Allah.

*Jika mahu dikongsi semua mungkin jadi cerpen, maaf. 

Hanya dengan ismullah kita berbai’ah.

9:20 a.m  15 mar 2011, masih di Nilam Puri.

Alhamdulillah ada post balas Dr. Cinta Punye Belog : Di mana lagi akan ku temukan suasana seperti ini?

20 comments:

  1. jd di nilam puri hanya utk asasi?? takde undergradute programs?

    ReplyDelete
  2. pernah juga seketika di apium NP,indahnya kenangan,tiada yang mengerikan..masih dalam ingatan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam alaik.

    enta student di Nilam Puri rupanya (=

    selamat meneruskan pengajian, may Allah bless (=

    ReplyDelete
  5. alam alaik... Perkongsian yg menarik... NP adalah kenangan bkn mimpi ngeri... Ssiapa yg belajar kt NP pasti akn merindui suasananya... Xcukup setahun berada di NP...
    Moga istiqamah...

    ReplyDelete
  6. subhanallah, saya jadi rindu! =')

    jujur saya mengatakan, saya rindu pada suasana dulu, dulu rimas kini rindu! baru saya mengerti penjagaan suatu masa dulu ternyata lebih saya sukai dari bebas seperti masa kini di tmpt saya belajar~


    dulu semua terjaga, jika salah ada yang mengingatkan, saling berpesan-pesan, tapi sekarang suasana jauh berbeza, saya kena kuat sendiri! melihat maksiat di mana2 tapi hilang kekuatan utk memperbetulkannya kerana saya sendiri insan yang lemah.


    kadang2 terlalai tak sedar rupa2nya kita sedang berdosa, hmmm. rindukan biah solehah yg dulu =') sangat rindu.

    ReplyDelete
  7. salam...
    bila baca luahan hati ini, terasa teringin sgt utk berada di NILAM PURI..terasa ingin merasai kemanisan ukhwah, dakwah, kehidupan yg tenang dgn ajaran islam yg berterusan spt yg digambarkan...beruntungnya mereka yg pernah menimba ilmu,mengutip pengalaman di sana..alangkah bahagianya hati ini juga berpeluang utk merasai keindahan islam...

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah..

    Subhanallah..Smoga Allah sntiasa meneguhkan hati dijalanNya walau dmana jga berada..

    ReplyDelete
  9. tkasih kerana ziarah IM yang kerdil ini. Muga enta temui cinta agung dan bahagia bersamaNya..

    ReplyDelete
  10. salam singgah
    saya jgk pernah blajar kat np
    mmg suasana y kekal dlm ingatn:-)

    ReplyDelete
  11. Tahniah, teruskan perjuangan. Pada zaman ana YPTIK tidak seperti zaman antum.

    ReplyDelete
  12. sejujurnya saya takut keadaan di nilam puri TT.TT

    tahniah , moga istiqamah .

    arab spm mesti a yer jika ingin ke nilam puri?

    ReplyDelete
  13. Pastinya apium sbg kenangan yg indah~ Disitu bermula sgalanya . Disitu ku temu suma kawan2 . Disitu ku blajar erti sbuah khidupn, Sgalanya disitu menggamit 1001 kenangan yg xkn mudh utk dilupakn. Stu mmpi yg indh tu korn~ oloh

    ReplyDelete
  14. Sy pernah d nilam puri satu bulan dulu sebelum mndpt tawaran ke maktab perguruan.suasana yg sngt dirindui.tak ketemu lg sehingga kini.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sy batch apium nilam puri 2012/2013...alhamdulillah apium masih terjaga...dan biahnya subhanAllah...indah...skrg asasi ni dah jd setahun

    ReplyDelete
  16. saya bactch 2014/2015..hampir 3 bulan saja lagi nk habiskan pengajian di sini..Alhamdulillah,bi'ahnya masih terjaga..banyak kenangan yg akan dibawa ke kl nanti dan di sinilah tempat saya belajar untuk menjadi seorg mahasiswa yg berdikari...:))

    ReplyDelete
  17. Dgrnya UM NP bakal tinggal nama....KIAS menamatkan kontrak sewaan demi survival menjadi Kolej Universiti...

    ReplyDelete
  18. .https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete
  19. saya generasi masuk 2007 dan keluar 2008. saya pergi tamrin PAS boleh dikatakan setiap minggu dan banyak mengelilingi kelantan pada waktu itu. pointer NP sangat tinggi tetapi zaman itu, pointer NP tak masuk ke Pointer degree jadi syg. NP adalah pengalaman manis buat saya. walau dua tahun tapi ia cukup bermakna. tamrin menjadikan saya seorang yang kental dan tabah. dan ketabahan itu dibawa hingga saya menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti kini, kerana terlalu rindu pada zaman universiti.

    ReplyDelete

Followers