yaqut hulaif

The official blog of Furqan Rezqi

Jiwa-jiwa yang dahagakan redhaNya!

Wednesday, April 13, 2011

Hijau Bumi Tuhan

Hijau Bumi Tuhan

Oleh : yaqut hulaif


Hijau mata, memang akan terasa janggal apabila mata berwarna hijau, tetapi apabila sudah terbiasa akan mata berwarna hijau hati tidak akan menidakkan lagi. Apabila sudah menjadi kebiasaan apa pun mudah dikatakan ‘ya’.


Segalanya cantik dengan hanya kerana ciptaanNYa


Begitu juga dengan dosa, apabila hati sudah terbiasa dengan dosa maksiat, semuanya kemungkaran akan menjadi rutin, hati tidak merasa resah apabila melakukan kesalahan kepada sang pencipta. Sungguh rugi bagi yang sedar dari kemungkaran tidak mahu berubah dan rugilah bagi yang tahu akan dosa tetapi tetap melakukannya.


Akan tetapi apabila warna tidak menghiasi keindahan dunia ini pasti akan terasa janggal, melainkan si buta yang hanya melihat kegelapan di dalam pandangannya. Hijau walaupun dengan satu warna yang dapat dilihat oleh si buta, itu merupakan nikmat tanda kasihNYA untuknya.


Alhamdulillah warna menyerikan hidup, penghias alam ciptaanNya, si buta mahukan cahaya akan tetapi insan yang menerima nikmat cahaya dari seri warna langsung tidak menghargai. Tidak sedar itu nikmat Allah. Tidak sedar langsung di dalam jiwanya, bagaikan jiwa yang kosong tanpa sebarang warna cahaya. Merugilah dengan nikmat yang diabaikan.


Begitu juga dengan iman, nikmat iman dan Islam nikmat yang terbesar. Senasib juga tetap diabaikan. Ianya tidak digilap dengan amalan redhaNYA. Tanpa malu segan diabaikan segala kewajipan. Katanya aku islam, aku hendak masuk syurga. Namun hidupnya bagaikan dunia tanpa warna. Gelap suram sepi tanpa kecerahan warna kemanisan redhaNYA. Bersegeralah wahai insan.


Tiada warna seperti tiada makna. Menakutkan?
 
Tiada yang mengalir membasahi bumi tanpa nikmat Allah, tiada yang bergerak di atas muka bumi tanpa nikmat Allah dan kebenaranNYA. Kehijauan hutan kini dapat dilihat, tetapi tidak akan dapat dilihat jika tanpa nikmat penglihatan. Kenikmatan alunan aya-ayat merdu memuji Allah tidak kan dapat di dengar jika tanpa nilkmat pendengaran. Segalanya nikmat Allah. Bersyukurkah kita?


Nikmat Allah yang diabaikan, segalanya disiakan. Kata mereka rindu Rasulullah, tetapi sunnah terbesar Rasulullah juga diabaikan, dakwah Islam. Mengharapka syafaat Rasulullah namun perjalanan hidup tetap suram tanpa warna, suram tanpa cahaya Islam, suram tanpa sunnah Rasulullah. Dakwah Rasulullah kitalah penerusnya. Warnailah sunnah Rasulullah, ingatlah wahai insan. Amanah terbesar.


Hijau yang akan sirna.


Betapa indahnya hijau ini akan sirna, akan hilang tanpa kesan. Akan menyesal pada sesiapa yang tidak mengambil peluang dengan nikmat yang ada. Mengharapka pimpinanNYA, namun kesetiaan di dunia hanya pada insan. Dituruti kehendak kesuraman, kerana matanya kabur dengan warna yang khianat. Dan dia telah khianat segala amanahNYA, segala urusanNYA, dan segala suruhanNYA. Hidup yang suram tanpa warna. Warnailah kehidupan dengan keindahan Islam sebagai cara hidup. Subhanallah.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali Imran/3:190-191)


Mencari hidupan yang berwarna.
 
Allah jadikan segala nikmatNYA bukan untuk disia-siakan, tetapi segalanya tetap disiakan. DIA menjadikan segala nikmat untuk disyukuri, agar dapat menuju kearahNYA. Jangan sesekali disiakan atas segala nikmat yang ada. Dan jangan dikesali dengan segala kekurangan, kurangnya kerana mahukan rajukan kepadaNYA. Tanda Allah masih sayang. Mari mensyukuri segala nikmatNYA.


Aku lebih suka berada dibawah, kerana yang dibawah lebih suka meminta daripada memberi. Sukalah berada dibawah sebagai hambaNYA, kerana kita hanya perlu memohon.


Berwarna ianya indah dan mengasyikkan.


Saya suka hijau, hijau merupakan satu warna, warna yang saya minat moga lebih yakin dengan impian menuju ke arah syurga, suka saya hijau moga suka saya dekat dengan Allah. Supaya hati kembali segar dan hijau. (kenikmatan)


Ingin kembali segar !
Segar nyata lebih indah daripada kesuraman klik [link] sini bagi yang ingin merasa.

1:54 a.m 14 APRIL 2011-penawar sepi cinta-teratak bonda-perlis. Mari menuju keindahan dengan warna-warni keindahan iman.

8 comments:

  1. touch..mmg selalu wat salah..jadi kita harus selalu meminta keampunan dari nya..nice post

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    Seindah dan Sehijau BUMI ALLAH SWT..

    Moga kita senantiasa menjadi hambaNYA yang mensyukuri nikmat kurniaanNYA.

    ReplyDelete
  3. salam ku lihat hijau.....allah huakbar..teruskan usaha berdakwa menarik hijau indah mata memandang
    http://shaffuan86.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Kenikmatan satu ujian, sama ada dengan nikmat kita semakin dekat pada-Nya atau semakin jauh...
    Dalam bercinta, kita sering diuji, dan seringkali manusia leka dengan kenikmatan. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud, nikmat yg sering dilupakan manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Kenikmatan adalah ujian untuk mengukur sejauh mana kecintaan kpd-Nya. Menguji keimanan.

    Cari keredaan-Nya dengan kenikmatan yang juga daripada pemberian-Nya


    p/s: mmg takut tgk gambar yg hitam tu...

    ReplyDelete
  5. Sedangkan insan yang buta dapat merasai indahnya bumi Tuhan, bersyukur..

    Ohh, ruginya mereka yang celik, tapi kufur dengan nikmatNya..

    Moga kita tidak 'buta' di akhirat sana. Ameen.

    {"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."

    Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

    Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan."} [Taha: 124-126]

    ReplyDelete

Followers